DiGi BlackBerry – Apa Kata Mereka?

Ini adalah entey terakhir saya membuat review tentang DiGi BlackBerry dan pengalaman ini membuat saya sangat teruja sekali. Banyak benda yang saya belajar dan menginformasikan diri dalam membuat ulasan tentang DiGi BlackBerry. Tentunya anda telah membaca beberapa artikel saya tentang DiGi BlacBerry sebelum ini kan.. antaranya seperti berikut :-

DiGi Internet Unlimited Plan Paling Murah!

Blackberry Crazy Deals Roadshow at Mid Valley Megamall

“DG Smart Plan For Blackberry” Melalui Aplikasi Blackberry Yang GEMPAK!

OH BB! Aku Suka Sangat Blackberry Unlimited!

Tentunya banyak informasi yang telah anda perolehi dari ulasan saya sebelum ini kan…  bagi saya DiGi BlackBerry dengan pakej “DG Smart Plan for BlackBerry” adalah rangkaian dan pekej BlackBerry terbaik setakat ini. Setelah sebulan membuat ulasan tiada sebarang masalah rangkaian yang saya alami. Saya memang puas hati dengan perkhidmatan yang telah direka oleh telco DiGi ini. Tidak adil sekiranya saya seorang memuji-muji perkhidmatan ini kepada anda, oleh itu saya telah menemuramah beberapa rakan yang turut menggunakan DiGi Blackberry ini.

Shahrizal : Bagi saya DiGi BlackBerry sanggat pantas dan murah, mula-mula saya tak suka pakai BlackBerry tapi bila dah tengok Zaid pakai saya mula tertarik. Lebih-lebih lagi DiGi telah membuat promosi BlackBerry di MidVally tempoh hari, jadi saya tidak lepaskan peluang ini untuk merebutnya. Sekarang saya hanya BBM rakan-rakan untuk ajak lepak dikedai mamak, tak perlu sms lagi..

Rabiatul Adawiyah : Kenapa saya pakai DiGi BlackBerry?.. masuk ni dah ramai yang tanya kenapa.. tapi saya hanya cakap sebab saya percaya pada DiGi.. rangkaian telekomunikasinya yang tiada tandingan, saya melayari Twitter, Facebook dan mengupdate blog setiap hari setiap saat. Lagi pun plan DG Smart Plan menawarkan internet unlimited. Saya sukakan DiGi..!!

Aby : Saya tertarik dengan pakej yang ditawarkan oleh DiGi, BlackBerry Curve 8520 hanya RM1199 dan sangat berguna seperti saya yang gilakan Facebook. 24Jam Internet tanpa henti dengan DG Smart Plan hanya RM58 sebulan. Lagi satu saya kuat bersembang jadi dengan pekej ini saya dapat diskaun dari penggunaan kredit saya tau.. wahhh sambil BlackBerry sambil borak-borak hasilnya dapat diskaun.. murahh..murah.. Semua orang boleh pakai, semua orang boleh rasai kehebatannya.

Siti : Ingat Siti Nurhaliza je boleh pakai BlackBerry?? silap lah… Saya siti juga tapi saya pun mampu beli BlackBerry tau… “BlackBerrryyyyyyy” (sebut dengan nada manja…) heheheh.. Saya pula sukakan DiGi BlackBerry sebab saya suka tengok video online seperti Youtube.. memang pantas dan tak pernah lagi saya tension tengok video kegemaran saya selepas saya menggunakan DiGi BlackBerry… tak ada buffering langsung… ini bukan berbaloi lagi tapi ni dah berbaloi-baloi-baloi tau….

Zaimi : Saya seorang yang BZ man … saya kadang-kadang tak sempat nak berlawak kat tempat kerja, tapi selepas saya pakai DiGi BlackBerry saya dah boleh berlawak di Twitter dan Facebook. Duit bukan segalanya tapi kepuasan berhibur dengan DiGi BlackBerry adalah kepuasan sebenar. Sebelum ini saya menggunakan Telco lain untuk BlackBerry saya.. tapi mahalah… tak mampu saya.. dengan DG Smart Plan yang direka oleh DiGi memang puas hatilah.. murah gile.. tak tipu tau..

 

Itulah gelagat mereka yang menggunakan DiGi BlackBerry, tiada pun komen yang tak elok… sebab apa sebab ianya memang bagus.. tak percaya cubalah sendiri.. pasti anda rasai kelainannya..Okeylah ini entry terakhir saya untuk ulasan DiGi Blackberry, sekiranya anda berminat untuk mencuba, sila layari http://www.digi.com.my/blackberry/index.do dan dapatkannya satu hari ini juga..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com