I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Acara/ Event :  Gatsby Deodorant Street Fair

Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)

Waktu : 10 pagi hingga 5 petang

Tempat : Ruang Legar, Ground Floor Berjaya Time Square, Kuala Lumpur

Anda nak ikut Zaid pergi Gatsby Deodorant Street Fair?? tapi sebelum tu nak tanya anda mempunyai masalah ketiak busuk ataupun masalah bau badan yang mashumm?.. hehehe jangan risau anda semua dijemput hadir ke Gatsby Deodorant Street Fair secara besar-besaran pada 17 April 2010 bersamaan hari Sabtu dari pukul 10 pagi hingga jam 5 petang. Street Fair ini bakal berlangsung diruang legar , Ground Floor Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Bagi yang tak ada bau badan jangan risau anda juga dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Gatsby Deodorant Street Fair ini. Gatsby Deodorant Street Fair merupakan program komuniti Nuffnang yang terbesar di Malaysia  di mana ia menjangkakan lebih daripada 500 orang bakal berkumpul dan berada disana.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya apa yang menarik di Gatsby Deodorant Street Fair ini nanti?… macam-macam adaaaa… antaranya terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas  membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang  melucukan dan menggelikan hati  seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para pesert dan macam-macam permainan lagi.

Zaid ada satu cadangan, apa kata kalau adakan sukan mini macam kat sekolah seperti tarik tali sambil kepit Gatsby Deodorant kat ketiak, Lari dalam guni yang penuh Gatsby Deodorant ataupun lari bawak Gatsby Deodorant menggunakan chopstick kat sana nanti?.. amacam?… ok tak?… hehehe ni cadangan je.. korang ada cadangan lain tak?..

//Produk Deodorant Gatsby Pilihanku…. mmmmm Wangiiiinyeeeee…..//

Oh ye apa yang bestnya masa Gatsby Deodorant Street Fair ni nanti, peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!  Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah.  Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit  dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000! WOW banyak tuhhh.. siapa tak nak kan.. jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini dan datang beramai-ramai bawaklah atok, nenek, adik, abang, kakak, mak, abah dan kawan-kawan korang sekali untuk bersama Zaid dan rakan-rakan yang lain rasai keseronokan dan kemeriahan Gatsby Deodorant Street Fair.

Bagaimana untuk dapatkan jemputan ke event ini?..  sila layari www.gatsby.com.my/streetfair dan mainlah game online yang paling happening dan gempak disana serta dapatkan 2 jemputan khas ke Gatsby Deodorant Street Fair kepada pemenang mingguan setiap permainan online itu. Antara permainan online di www.gatsby.com.my/streetfair adalah

Spot the deodorant dimana anda diberikan tempoh masa selama 60 saat untuk mencari deodorant yang tersembunyi..

Balloon Throwing permainan membaling belon warna, baling seberapa banyak belon dan pastikan penangkap terhebat iaitu MR.Deodorant tidak menangkapnya..

Rope Skipping berskipping seberapa banyak yang mampu dan pastikan anda tak terjatuh ketika berskipping ye..

Bacteria Attack gunakan Gatsby Deodorant Spray untuk menghapuskan seberapa banyak bakteria jahat dalam masa 60 saat.

Basketball Shooting jom main basketball… mudah saja game ini lontar bola basketball ke hoop yang bergerak

Catch The Germs – tangkap kuman-kuman jahat dengan kereta anda.. ingat hanya tangkap kuman kotor sahaja.. jangan sampai tertangkap batu, nanti rosak pula kereta baru anda..

Nak ikut saya tak event ni nanti??.. jadi cepat layari laman www.gatsby.com.my/streetfair dan berhiburlah dengan game online yang menarik sambil memenangi 2 jemputan ke Gatsby Deodorant Street Fair 17 April ini, jumpa anda disana…

Kepada anda yang takut tersesat ke Gatsby Deodorant Street Fair ni nanti?.. jangan risau Zaid bekerja kat kawasan Berjaya Times Square ni, susah-susah contact je zaid tapi tak perlulah susah-susah nak contact kang ramai pula nak tanya direction, hehehe bukan tak boleh tapi kat sini zaid kasi serba sedikit cara dan kemudahan awam yang ada untuk ke Berjaya Times Square, kalau still sesat gak baru la contact ye.. zaid sedia membantu anda..

Berjaya Times Square terletak di : –

* No.1 Jalan Imbi, Kuala Lumpur, 55100 Malaysia

* Berhadapan Stesen KL Monorail Jalan Imbi

* Berhadapan dengan Bangunan Plaza Berjaya

* Berhadapan dengan Melia Hotel / Wisma Amoda

* Bersebelahan dengan Penjara Pudu

* Hanya 75 km (46 batu) dari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC)

Melalui KL Monorail
-Daripada Stesen KL Sentral ke Stesen Imbi
-Naik dan gunakan perkhidmatan KL Monorail daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Imbi
-Berhenti di Stesen Imbi
-Stesen Imbi terletak betul-betul di hadapan Berjaya Timesquare
-Tempoh perjalanan : 6 minit +/-
Melalui LRT
-Daripada Stesen KL Sentral ke Stesen Hang Tuah
-Naik dan gunakan perkhidmatan Putra LRT daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Masjid Jamek
-Tukar kepada Star LRT di Stesen Masjid Jamek
-Berhenti di Stesen Hang Tuah
-Tempoh perjalanan menggunakan LRT : 10 minit +/-
-5 minit tempoh berjalan ke Berjaya Timesquare
Melalui KLIA ERL
-Daripada KLIA ke Stesen Imbi melalui Stesen KL Sentral
-Naik dan gunakan perkhidmatan ERL daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Stesen KL Sentral
-Tukar kepada KL Monorail di Stesen KL Sentral, menghala ke Stesen Imbi
-Berhenti di Stesen Imbi
-Tempoh perjalanan : 34 minit +/-
Melalui Kereta/Teksi
-Berjaya Timesquare terletak :
a) 15 minit dari Stesen KL Sentral
b) 30 minit dari KLIA
-Terdapat 4500 tempat letak kereta di Berjaya Timesquare

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

  1. eyriqazz says:

    jumpa zaid di sana..byk benda nak tanya zaid nanti..hak2..

    p/s :zaid,knapa tak pakai commentluv?lebih user friendly…

  2. admin says:

    salam bro.. okey nanti jumpa kat saya ye… pasal commentluv tu zaid dah try hari tu tapi tak jalan la pluginnya… then bila reinstall abis semua comment yang asal pun rosak… tak ada pilihan tu yang zaid pakai plugin intensedebate … nanti zaid try lagi… tengah cari solutionnya..

  3. chekgu naman says:

    jumpa di sana..;)

  4. admin says:

    ok nanti tegur-tegur la ye…

  5. TanpaNama33 says:

    harap u boleh menang. entry yg lengkap dan menarik.

  6. admin says:

    terima kasih.. nanti jumpa disana ye.. kita sama-sama menang hadiah…

  7. Bestari says:

    Aduh.. terasa sedikit rugi tak dapat join.. tp nak wat camna kan…family 1st…hehehe.. nnt incik zaid buat ulasan dlm blog ya.. tqvm..
    http://www.myqaira.blogspot.com

  8. admin says:

    okey kak.. tapi zaid update lambat sikit.. bz la pulak 2-3 hari ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *