Best Bits of Project Alpha Season 1

Rasanya semua dah tahu apa itu Project Alpha kan..?.. bagi mereka yang belum tahu apa sebenarnya Project Alpha ni, aku cuba jelaskan serba sedikit tentangnya. Project Alpha merupakan sebuah rancangan TV online pertama di Malaysia yang mengupas isu dan cerita tentang penggiat TOP blogger di Malaysia. Melalui medium ini blogger yang terpilih khasnya dapat beraksi didepan kamera dan menjalani penggambaran tentang perjalanan hidup seharian mereka.

Project Alpha Season 1 telah mendapat penajaan dari Adidas selaku Main Sponsor dan diikuti dengan penajaan lain iaitu Ministry of Sound EUPHORIA (Official Venue Sponsor), RIMMEL London (Official Make Up Sponsor), Sunway (Official Location Sponsor), Hitz.FM (Official Media Sponsor) dan Nuffnang selaku (Official Blog Partner).

Dalam siri pertama Project Alpha ini, seramai 7 orang blogger terkenal tanahair telah mengambil bahagian iaitu sixthseal.com , beautifulnara.com, nicolekiss.blogspot.com, budiey.com, redmummy.com, fourfeetnine.com dan kennysia.com dan dihostkan oleh Jojo Struys yang sanggat comel lote tu..

Aku suka sangat dengan program Project Alpha ni sebab ianya dapat mendekatkan lagi aku dengan blogger-blogger yang boleh aku katakan “Sifu” atau “Guru” dalam bidang blogger ni… diorang bukan calang-calang orang tau… tengok saja visitor yang masuk  ke blog mereka, berpuluh ribu riban orang…, mestilah blog diorang ada keistimewaan tersendiri kalau tak takkan ramai peminat..

Kalau korang nak tahu aku ni salah sorang peminat abangnara dan kak redmummy… tiap kali ada event under Nuffnang mesti aku nak bergambar dengan diorang.. diorang ni ada karisma tersendiri, aku bangga dia orang dah berjaya dengan kerjaya blogger masing-masing.. dan aku jadikan mereka inspirasi aku untuk terus giat dan rajin berblog walaupun aku ni kadang-kadang pemalas nak update blog huhu..

Gambar-gambar bersama Blogger Project Alpha di Astro B.Yond Blogger Night.

Antara episod Project Alpha yang menarik perhatian aku adalah episod menerjah  bersama abangnara dan abang buddy kita tu… huhu yang tak tahannya si abangnara tu tak berani nak naik G-Force kat Sunway Lagoon.. huhu apalah abangnara, tu pun tak berani.. hoho aku ni macam la berani sangatkan.. sorry abangnara aku ni cakap je lebih tapi aku pun cuak gak..

Aku ingat lagi melalui rancangan Project Alpha inilah aku rajin masuk contest, sebab masa Project Alpha season 1 ni menawarkan hadiah yang lumayan sumbangan penaja. Aku tak lepas peluang untuk mengambil bahagian.. siapa tak kenal dengan Mohdzaid.com pantang ada contest mesti nak join.. menang kalah perkara kedua janji aku join.. mana tahu ada rezeki adalah hadiah… untuk contest Project Alpha ni aku menang tempat ke 4 yang menawarkan hadiah yang best-best. (Lihat Entry Ini).

Oh ye kali ni Project Alpha sudah ke siri 2, lebih fresh lebih gempak lebih sensasi lepas ni.. Laman rasmi Project Alpha Season 2 telah pun dirasmikan. Antara top blogger yang terlibat dengan program Project Alpha Season 2 ni adalah KY, Si leser Azwan Ali , Niki, Ninie Ahmad,  Cheesie, Shaolin Tiger dan Joe Lee (Klubbkidd). Wahhhh pastinya lebih KAW kali ni dengan adanya sileser azwan tu hahahaha mesti jadi topik panas nanti… yang aku salut kat brother Azwan Ali sebab dia berani dan dia memang best… huhu tak sabar nak tunggu episod baru yang bakal ditayangkan pada 19-April-2010 nanti..

Untuk tidak ketinggalan, dapatkan info terkini tentang Project Alpha Season 2 ini di www.facebook.com/projectalpha dan http://twitter.com/ProjectAlphaMY atau klik je icon dibawah ni.. 😉

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Best Bits of Project Alpha Season 1

  1. klubbkidd says:

    wei bro. ko letak nama aku joseph sapa kenal. ko tag pon entah sapa nak jumpa. HAHAHAHA… it’s joe lee @ klubbkidd

  2. admin says:

    opsss sorry bro… okies sudah diedit … sayang brother joe hik3x

  3. wawan says:

    cewah! menang ha? congratz =P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *