Selamat Hari Jadi Nuffnang!

Hari ini genap 3 tahun hari jadi Nuffnang, ditubuhkan pada 27 February 2007 dan bergiat aktif sebagai platform pengiklanan internet yang paling popular di Asia. Bagi aku Nuffnang dah macam keluarga sebab ianya dekat bersama blogger. Nuffnang jugalah yang menjadikan aku rajin berblog walaupun penulisan aku bukanlah seorang blogger yang baik dan bagus. Oleh itu aku nak hadiahkan lagu Happy Birthday ini kepada Nuffnang dan staffnya atas kejayaan anda semua selama 3 tahun ini. Saya cukup bangga dengan kamu semua yang sentiasa menjaga dan prihatin kepada semua blogger dibawah anda. Terima kasih sekali lagi.. banyakkan lagi event bersama blogger dimasa akan datang ye..

huhu aku nak cerita banyak pasal Nuffnang ni pun dah tak boleh sebab bro eyriqazz dah cerita semuanya kat blog dia, lihatlah entry jeles dia dengan aku pasal advertorial kat sini http://eyriqazz.blogspot.com/2010/02/happy-birthday-nuffnang.html hehehe.. dia tak tau yang aku pun jeles dia dapat TV/Astro B.yond tu… tak pe bro rezeki masing-masing kan… janji kita happy kan..kan..kan…

Aku ingat lagi aku mula-mula berblog aktif 2 tahun lepas, masa tu tak berapa tahu sangat pasal Nuffnang ni sebab masa tu aku dengan Advertlets, dengan Advertlets aku dah kumpul duit dekat RM80 sampai hari ni… tapi slowlah tak boleh dipercayai langsung… lepas pada tu aku terus tukar kepada Nuffnang.. dan sampai hari ni alhamdulillah rezeki aku dengan Nuffnang melimpah-limpah ruah. Lagi satu aku tak anggap aku akan jadi kaya bersama Nuffnang ni.. tapi kalau rezeki tu tak boleh tolak lah kan… aku sentiasa ingatkan diri aku supaya jangan membazir.. jadi aku jadikan pendapatan aku bersama Nuffnang tu macam aku menabung dalam bank… bayangkan kalau sehari aku dapat RM1 simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan… bila dah banyak baru lah keluarkan.. , bulan lima ni aku nak cashout duit aku yang bertimbun-timbun dalam akaun Nuffnang tu sebab bulan 6 nak pergi melancong ke Hong Kong… haaa tengok tu dengan duit iklan Nuffnang je aku dah boleh pergi ke Hong Kong tau…

Jadi kepada sesiapa yang masih belum menjadi ahli geli-geli (Nuffnang Glitterati) tu harap pergi daftar dan berblog sambil menjana pendapatan bersama Nuffnang.. klik http://www.nuffnang.com.my/ tak rugi apa-apa pun.. sambil berblog, sambil berhibur, sambil dapat duit dari Nuffnang…

Muka Depan Laman Nuffnang Semperna Hari Jadinya yang ke 3.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Selamat Hari Jadi Nuffnang!

  1. kenwooi says:

    happy birthday NN! =)

  2. wawan says:

    hebatlah duit Nuffnang buleh buat p HK!

    happy birthday Nuffnang!!!!

  3. shandye says:

    happy birthday nuffnang.
    memula diorang introduce glitterati tuh aku tak layak apply sbb tgh run both adverlets dgn nuffnang (unsur tamak! haha!). tp lps aku discover yg adverlets aku agak slow berbanding nuffnang aku, terus aku stick to nuffnang je.
    mula pasang mid-2007 sampai sekarang. dh berkali-kali gak cash out.
    ok la. side income. lepas buat top-up. hahaha….

  4. zaid says:

    hoho tak ada kek ke nak bagi kat NN nih heheh

  5. eyriqazz says:

    wah2,zaid dah ada commentluv..bagus2..tapi,cam tak berfungsi la commentluv zaid..tak kuar …Happy Birthday Nuffnang..Nuffnang terbaik…

  6. admin says:

    tu la bro macam tak function je commentluve ni.. ermmm nanti saya cek balik apa masalahnya.. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *