SHARE

Blackberry?? yes ini adalah Blackberry Curve 8520 yang original okey.. bukan cap ayam tau! diulangi ORIGINAL!.. Best sangat sebab diberi peluang mencuba dan merasai Blackberry Curve 8520 a.k.a (BB) kesayangan dan comel ini. Banyak kelebihan dan kebaikkan yang boleh kita perolehi sekiranya kita pakai Blackberry ni. Lebih-lebih lagi dalam dunia teknologi yang semakin canggih dan moden sekarang ni wajar kita berubah kepada sesuatu yang baru dan terkini dalam hidup kita. Tengok saja ahli politik seperti Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan artis-artis terkenal diluar sana seperti Paris Hilton dan Ashraf Sinclair semuanya pakai Blackberry sebab apa sebab ianya senang dan memudahkan dalam urusan harian.

Kalau semua nak tahu hanya orang-orang yang hensem dan macho je yang pakai Blackberry ni… hehhe belagak la pulak saya ni kan.. tak lah saja je nak sakat korang supaya beli Blackberry ni juga. Untuk pengetahuan semua saya bukanlah seorang yang kaya dan suka menukar telefon bimbit, kali terakhir saya membeli handphone pada tahun lepas tu pun sebab handphone lama dah rosak. Baru-baru ini saya telah mencuba Blackberry Curve 8520 pula dan amat berpuas hati denganya. Bagi seorang blogger tegar seperti saya yang tidak boleh dipisahkan dengan internet 24 jam sehari dan 365 hari setahun, memang sesuai menggunakan Blackberry.

Sebelum ini penggunaan internet bagi saya hanya di rumah sahaja, maklumlah saya tidak suka membawa laptop ke luar untuk berinternet. Tapi sekarang dengan menggunakan Blackberry saya dapat segala maklumat dengan pantas dan terkini, antara lain kerana ianya elegant, bergaya, comel dan nipis yang mudah dibawa kemana saja.

Banyak tau functioning yang boleh kita download dan install ke Blackberry ini. Dengan aplikasi yang disedia dan dibangunkan untuk Blackberry ini memudahkan saya mengemaskini dan membalas email dengan pantas, cit cat bersama kawan-kawan dengan YM, ICQ, MSN dan Google talk dalam satu masa, antara pengalaman saya yang menarik adalah menggunakan Blackberry Messenger yang membenarkan kita berkongsi nombor pin Blackberry kepada peminat ataupun rakan-rakan, melalui pin ini kita boleh bersembang melalui mesej dari jarak jauh. Banyak lagi aplikasi yang menarik dan memudahkan saya mengemaskini laman sosial seperti Twitter, Facebook, Blog dan lain-lain lagi… semua tentang aplikasi Blackberry ini akan saya huraikan pada post yang akan datang.

Ini adalah 10 fakta kenapa saya gemarkan dan suka sangat dengan Blackberry Curve 8520 …

Fakta 1 : Saya suka sangat-sangat sebab Blackberry ni ringan dan mudah dibawa kemana saja, Ya Blackberry Curve 8520 hanya seberat 105 gram sahaja. WOW ringankan…

Fakta 2 : Sekarang saya boleh bersembang dan mengemaskini aktiviti di blog dan laman sosial seperti Facebook, Twitter dengan menggunakan aplikasi yang tersedia.

Fakta 3 : Saya suka bercakap, bercakap dan bercakap, dengan Blackberry Unlimited ini saya dapat berbual dan dapat diskaun dari penggunaan panggilan harian saya.

Fakta 4 : Kerana Blackberry ini cantik dan dipakai oleh kebanyakkan artis.. huhu nampak bergaya tau pakai Blackberry ni..

Fakta 5 : Kadar internet unlimited “DG Smart Plan for Blackberry” yang sangat murah dan boleh dikatakan yang paling murah antara telco yang lain.

Fakta 6 : Trand dan teknologi applikasinya yang “UP TO DATE” dan selalu dikemaskini.

Fakta 7 : Saya boleh cek email dan membalas email dengan pantas. Jadi saya tidak lagi terlepas peluang perniagaan yang dikirim melalui email.. sentiasa update beb!!

Fakta 8 : Saya suka bercuti dan travel.. tetapi saya sukakan hiburan juga… dalam masa yang sama saya boleh menonton video klip artis kegemaran saya melalui laman web Youtube mobile tanpa sekatan dan tak ada buffering langsung.. tak percaya cubalah “DG Smart Plan for Blackberry”

Fakta 9 : Saya memang tak boleh hidup kalau tak baca suratkhabar sehari.. setiap hari saya akan abiskan RM3.00 untuk membeli suratkhabar.. sekarang tidak lagi.. saya hanya membaca suratkhabar kegemaran saya melalui Blackberry. Mudah dan yang penting percuma tak perlu beli suratkhabar lagi..

Fakta 10 : Saya suka Blackberry Curve 8520 ini kerana ianya best…best….best… dan besttttt… sangat..sangat… hehehehe

Sekarang saya menggunakan DiGi iaitu “DG Smart Plan for Blackberry” perkhidmatan semua dalam satu yang direka khas untuk Blackberry, ini menjadikan DiGi antara telco yang menawarkan perkhidmaran internet unlimited Blackberry yang paling murah di Malaysia. Dengan hanya RM58/sebulan saya dapat menyemak dan membalas Email tanpa had, Instant Messanging tanpa had, Social Networking tanpa had, dan melayari internet dan mengemaskini blog kegemaran saya tanpa had setiap hari. Dengan plan ini juga saya boleh membuat panggilan, SMS, MMS ke mana-mana dan akan diberikan diskaun kedalam akaun saya. Wahhh menarik dan tertarik bukan?..

Untuk maklumat lanjut sila semak di http://www.digi.com.my/blackberry

44 COMMENTS

  1. wah…cun giler BB ni…nak juga beli…tapi duit belum ade..

    sebenarnya tercari n ternanti2 apa kelebihan BB selain dr hp lain…

  2. HP ni sesuai utk mereka yg gila internet macam aku ni…kat mana2 pun boleh access internet tau…nampak je kecik tp byk kegunaan…MASALAHNYA….aku xde HP BB ni :-(

  3. lol… bro senang je.. memula saya pun blur gak masa 1st time dapat blackberry ni.. tapi lepas 5 hari guna dan pro dah hehehe…

    thanks bro sudi masuk blog zaid ni.. bila nak blanje zaid minum?..

  4. Uihhh..meriah engko zaid,rezeki melimpah ruah sama macam bro eyriqazz..tahniah atas advertorial…keep up the gud work..cargasssss

  5. terima kasih bro.. actually ni bukan advertorial ni contest.. kalau menang baru la zaid dapat BB ni… kalau tak menang kene pulangkan balik hehehe..

  6. dasat2….aku juz gune nokia 5800 xm aku jer..data pakej jugak..bleh la ape yg ko ckp kat ats tu aku leh wat..plus tambah2 lagi skit application =P cam gps bla3..sbnrnyer tak minat BB ni..tapi minat pakej murah from digi ni.. =P

  7. So true la zaid, DG murah ek..my celcom punye bill reach 400++ per month.license Blackberry, dan segala charges2 nye..nasib bukan aku bayar

    So ko dah decide nak beli BB ni ke tak???

  8. salam bro zaid…

    aku berminat lah dengan BB ini. Tapi still blur pembayaran itu. Nak tanya ini, ada ke bayaran tambahan masa 1st payment utk dapatkan BB ini? and then rm58 itu memang tetap setiap bulan yer? means takde bayaran lain? jawap ye.. hehe

  9. fid…depends dgn jenis BB yg u nak beli..kalo xde contract mahal byk, klo contract stahun murah sket, klo contract 2tahun, sgt2 murah…yup mmg de bayaran tmbahan time beli..tp caj tu nnt kena tolak after bbrpa bulan…
    skrg BB bkn 58, tp dah 78 coz de tambahan 10 klo nak nak guna BIS(BB intenet)…
    78 tu fix klo u xde kol n msg la..tp klo u msg n kol2 mst byaran btambah…makin byk kol n msg makin byk la u kena byr..huhuhuhu…btw i love my WITTYBERRY so so much…use DG la..mmg besh!!!!!

  10. saya punya bb 8520 curve tak boleh play youtube video through browser la ,dia kluar device processor media busy. sy dah kluarkan bateri then masukkan balik still tak boleh play youtube video jugak. free data plan ade lagi dlm 230mb like that. help me please, wht should i do..?

  11. bb vs android…android mcm better..huhu..sbb bb xleh dgr radio..smua fx tu ada kat android phone skng,even internet pn..tp sy masih tercari2 kelebihan bb berbanding android,sbb dah bosan pkai touchscreen ni..letih…:P

  12. dae > bagi saya kelebihan bb dia ada BBM je.. lain-lain ermmmm tak ok hihi.. dulu sy suka la bb ni tapi sejak pakai iphone dah berkenan dengan ios pulak..

LEAVE A REPLY