Salam kengkawan semua, hari ni aku agak kepenatan sikit sebab dari pagi pergi service kereta Wira Aeroback 1.5 kaler maroon kesayangan aku tu kat kedai Proton Siang Hin area Taman Midah. Huhu punyalah ramai orang pergi service kereta hari ni maklumlah hari jumaat ramai yang masih dalam mood cuti tahun baru cina lagi.
Kereta aku ni sepatutnya diservice pada 3 bulan yang lepas, tapi disebabkan aku ni tak berduit dan dah pokai tu yang tunggu sampai 60 kilometer baru nak gi… ingatkan nak service biasa je, tapi disebabkan kereta tu dah lama tak dijaga aku pun buatlah major service.
Aku ni cetek sikit kalau bercerita pasal kereta, aku reti pakai je nak repair-repair ni aku tak pandai pun.. tu yang semua apa-apa problem pasal kereta aku hantar kedai je lah.. kalau orang kedai tu tipu aku pun tak apa sebab aku akan mengiakan je sebab aku tak tau pun harga-harga barang kereta tu..
Lihatlah enjin kereta aku ni.. dah bersawang-sawang… nanti kalau senang-senang aku nak gi kedai cuci enjin lah.. hari ni aku memang cukup malang sebab dapat tahu yang tayar kereta aku sebenarnya dah merekah… gile lah sampai dah merekah tayar belakang kereta tu.. nak tak nak aku terpaksa gak tukar sebab demi keselamatan, buatnya kalau tengah drive tetiba meletop tak ke bahaya tu… dalam orang mekanik tu cek tayar aku.. dia terperasan pulak yang ekzos kereta aku pun dah rosak… dia siap tunjuk dekat aku lagi yang ekzos kereta tu dah bocor.. alamak duit lagi.. pokai aku macam nih..ekzos tu kena buat kat kedai lain.. errmmmm esok-esok lah..
Inilah tayar kereta aku yang dah merekah tu.. huhu lege dah tukar dengan tayar baru Silverstone made in Indonesia dengan harga RM195 … hari ni je aku service kereta aku dah habis RM632.00 ni belum lagi nak gi repair ekzos tu nanti.. alamatnya bulan ni aku dah tak boleh nak enjoy-enjoy dah.. kene simpan duit…
Duit bukan segala-galanya… janji keselamatan keluarga dan orang yang aku sayang selamat semasa pemanduan aku.. ingatlah orang yang tersayang ye kawan-kawan.. jadi pergilah service kereta anda…








alice says:
better service je semua2 dowhh…alang2 jeww..
admin says:
ye lah mestilah kena service semua.. tapi $$$ tak arak… so kene simpan duit dulu la…
cderluck says:
kalau nak service leh jenguk bengkel aku kerja hehehe..dapat diskaun kalau rakan blogger ekeke
admin says:
ye ke bro.. kasi la alamat mana tau ada blogger lain berminat… boleh je iklan perniagaan bro kat komen ni…
wanie says:
huhuhu kereta, tukar sikit2 punye barang pun mmg makan ratus kannn
admin says:
nak tak nak kena buat juga wanie… huhu terpaksa la simpan duit..