Bagaimana Nak Indexed Blog Di Google


Tahu tak korang macam mana aku indexkan blog aku ni kat Google search engine?..  terdapat banyak cara untuk mendapatkan GoogleBot datang ke blog kita setiap saat dan setiap masa. Ini penting sebab kita amat mengalu-alukan kedatangan Google Spider, Google Crawl atau lebih dikenali dengan nama Googlebot datang melawat laman blog kita sebab tugas Googlebot ini ada untuk mengindeks, merekod dan mengenal pasti setiap entry didalam blog, selain memudahkan orang ramai untuk membuat carian di Google.com ia juga boleh naikkan pagerank blog korang gak.

1) Cara yang paling mudah sekali untuk menjemput Googlebot adalah dengan memilih hosting yang bagus, kerana dengan kecangihan zaman teknologi masakini, korang tidak lagi perlu mempromotkan laman blog korang kepada Google kerana Googlebot telah direka untuk mengimbas blog korang melalui hosting provider yang telah disetup khas. Tapi cara ni agak lambat dan susah, sebab tak semua hosting provider tu bagus kan..

2) Selain dari itu korang juga boleh letak sendiri URL blog melalui http://www.google.com/addurl/, kaedah ini dibuat secara manual oleh kita sendiri. Cara ini juga mudah dan hanya mengambil masa 1-2 minit dan Googlebot akan melawat blog anda paling kurang pun dalam masa 2 atau tiga hari berikutnya.

Letak URL Blog korang disini dan Googlebot akan index blog secepat mungkin!

3) Laman blog selalunya mempunyai berpuluh, ratus dan beribu-ribu entry, takkan kita nak letak satu-satu link entry kita kat google.com/addurl kan.. ermmm ada lagi cara yang mudah.. tapi nak buatnya susah sikit…caranya seperti berikut, pergi ke laman http://www.xml-sitemaps.com/ dan buat laman peta xml blog korang disana, perkhidmatan ini adalah percuma. Laman itu akan merekodkan dan indeks setiap link dan entry didalam blog korang. Selepas laman ini merekodkan url yang terdapat didalam blog, ia akan mereka satu link xml dan muatturun link xml tersebut kedalam komputer korang. Transfer file .xml tadi kedalam Public_html ataupun root directory blog menggunakan FTP clients.

Seterusnya masuk http://www.google.com/webmasters/tools/ dan daftar akaun disana. Sekiranya dah ada akaun Google lagilah senang, boleh terus login dan ikut arahan pendaftaran yang mengambil masa 3-4 minit sahaja. Masuk bahagian Webmaster Tools Account dan submit link xml tadi. Googlebot akan terus mengindeks laman blog yang telah direkodkan oleh laman tadi dalam masa 2-3 hari kemudian.

Ini adalah contoh xml link yang telah di Generate oleh laman XML-Sitemaps.com - http://www.xml-sitemaps.com/download/www.live.mohdzaid.com/sitemap.xml

4) Sekiranya Googlebot degil sangat dan malas nak masuk blog korang, terdapat satu cara lagi. Seperti yang kita tahu laman seperti Digg.com, Nuffnang Innit, Gengblogger, Komuniti-Blogger, Petalingstreet.org, Negaraku.net dan lain-lain lagi adalah laman sosial yang mengumpul data, cerita dan komen dari blog kita yang telah dihantar ke laman berkenaan. Laman berkenaan tersedia maklum telah menjadi hits googlebot untuk diindeks. Jadi apa kata kalau korang hanya PING blog korang disana dan tunggu dalam masa 1 atau 2 hari gerenti blog korang akan terus diindex oleh Google Search melalui link laman sosial berkenaan.

– Kadang-kadang korang perlu semak didalam robots.txt dan perlu diset kepada allow* untuk membenarkan Web crawler lain seperti Yahoo! Slurp, Baiduspider, Yandex, Msnbot, Methabot, WebCrawler, ht://Dig, mnoGoSearch, WebFountain dan lain-lain menjejaki laman blog korang.

Dibawah adalah contoh robots.txt yang perlu diset bagi membenarkan Web crawler memjejaki laman blog korang!

This example allows all robots to visit all files because the wildcard “*” specifies all robots:

User-agent: *
Allow: /

This example keeps all robots out:

User-agent: *
Disallow: /

Diharap dengan tips ini dapat membantu korang serba sedikit tahu cara bagaimana hendak menindekskan laman blog korang di Google Search engine mahupun di laman carian yang lain. Terdapat banyak lagi tips-tips yang lebih tepat boleh didapati kat luar sana.. yang penting sentiasalah bertanyakan pada en.Google ye.. Hoho kalau ada salah silap dalam artikel aku kali ni harap dimaafkan dan kasi tau ye untuk aku perbetulkan…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

30 Responses to Bagaimana Nak Indexed Blog Di Google

  1. kenwooi says:

    thanks for the tips =)

  2. adi says:

    tips yang berguna

  3. sangat berguna.. =D

  4. admin says:

    thanks kenwooi, adi, dan ruby atas komen anda.. harap anda semua dapat manafaatkan tips ini dengan berkesan..

  5. admin says:

    hoho nanti praktiskan dalam blog hang ruby..

  6. zik says:

    wah ..terima kasih bro..nak cuba…

  7. Seri says:

    tip yang amat baik sekali terutama cara nak hantar site-map. boleh tak jelaskan dengan terperinci cara nak hantar site-map ke goggle, yahoo dan msn.

  8. Wawa says:

    tips2 yg bagus..

  9. zuhaini says:

    wah.. nice one! 🙂 tq for the tips…

  10. Khairul says:

    Nice one… First time tau yang pasal hosting tu.. masa beli hosting dulu, saya cari yang murah je. next time kene lebih detail.. hehehe 🙂

    Berkenaan yang pasal ping tu, WordPress ade function untuk automatic Ping website2 pilihan everytime kita update blog.. Cuma boleh ke kita Ping Innit Nuffnang directly gune wordpress tu?

  11. Hafizi says:

    kalau blogspot,apa lak citernya??nak kena index gak ke kat google??google buoleh wat tak sitemap???

  12. yeah dah pandai.. hehe.. thanks zaid..

  13. admin says:

    bagus-bagus… sharing is caring..

  14. sofieyya says:

    terima kasih atas tips yg amat berguna utk newbie cam saya.

  15. admin says:

    sama-sama.. saya buat sekadar yang termampu je.. kalau ada salah silap harap dimaafkan ye..

  16. max says:

    good info..thanx

  17. aloys says:

    kite bley dpt duit ke gune google adwords tu?

  18. admin says:

    Google adwords untuk kita jadi pengiklan, kita iklankan iklan kita kat sana dalam masa yg sama kita pun dpt duit dari business kita

  19. imddin says:

    Maklumat berguna.. Harap blog saya akan lebih sukses…

  20. admin says:

    thanks imddin..

  21. Mad Din says:

    Makasih byk2. Baguih betoi tip ni

  22. admin says:

    sama-sama.. harap ianya membantu saudara

  23. faris says:

    thanxxxxxxxx

  24. Mohd Zaid says:

    homestay qaseh sama-sama..

  25. Mohd Zaid says:

    @zik .. selamat mencuba..

  26. Mohd Zaid says:

    @seri selamat mencuba ye..

  27. Mohd Zaid says:

    Salam @wawa .. semoga berjaya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *