Kuiz “Jejak Orang Misteri MohdZaid.com” – Hadiah Misteri Menanti anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kawan-kawan, apa kabar korang hari ni,… lama tak nampak korang kat blog zaid ni kan.. ye lah mentang-mentang lah blog aku  ni tak fofular kan.. kan.. tu yang korang masuk kejap-kejap je.. heheheeh hari ni aku bermurah hati nak kasi duit baki duit bonus yang baru aku dapat bulan lepas.. ada la dalam RM100 yang tinggal, ingat nak belanja korang makan.. tapi macam tak cukup je RM100… ermmm so aku dok fikir-fikir sampai kesubuh.. aku rasa nak buat kuiz lah kat blog nih.. memasing aku tengok blog korang dok asik buat kuiz je.. tapi aku tak pernah menang pun…

Okey kuiz ni senang je.. semua orang boleh join tapi syarat wajibnya ada dibawah.. so boleh refer kat situ ye.., hadiah bernilai RM100 tu aku tak nak kasi tau sebab dah nama pun Jejak Orang Misteri Mohdzaid.com , so hadiah pun kenalah misteri.. jangan risau hadiah gerenti gempak punya… ye aku tahu hadiah RM100 tu besar mana je (celah gigi)… hehehe tak pe untuk permulaan aku kasi la hadiah bernilai RM100 dulu mana tau esok lusa aku dapat duit terpijak aku kasi la lebih..

Tempat Pertama

Hadiah Misteri + CD dari artis SonyMusic Malaysia = bernilai RM50

Tempat Kedua

Hadiah Misteri + CD dari artis SonyMusic Malaysia = bernilai RM30

Tempat Ketiga

Hadiah Misteri = bernilai RM20

Saguhati x1

CD dari artis SonyMusic Malaysia

Syarat Penyertaan :

1) Perlulah menjadi Follower aku .. saje je ni sebab nak tambahkan lagi follower sebab senang aku nak masuk blog korang bila-bila masa!

2) Korang perlulah menjadi seorang yang penyabar, tak cepat naik hangin, tak ada darah tinggi, migrain dan lain-lain sebab aku dah letak Orang Misteri Mohdzaid.com tu kat dalam entry blog ini secara rawak.. ada 20 Orang Misteri Mohdzaid.com kesemuanya, so far blog aku ni ada 375 entry, korang kenalah belek satu-satu. Kalau jenis yang tak penyabar tu sah-sah tak dapat cari.. so korang kenalah klik satu-satu setiap entry aku tu ye.

3) Lepas korang dah dapat kesan Orang Misteri Mohdzaid.com tu, copy kesemua 20 link post tu..

4) Dah copy 20 link tadi terus emailkan link tersebut ke  saya_telah_jejak_orangmisteri@mohdzaid.com , haaaa saja je suh email.. sebab kang kalau suh paste kat komen ramai pula orang yang sesenang copy paste balik… (AMARAN: Sesiapa yang paste kat bahagian komen 20 link tersebut, kelayakan anda akan terus dibatalkan) tiada kompromi! ..

5) Jangan ingat dah dapat 20 link tu korang dah boleh menang, hehehe ada satu lagi syarat… Buat satu post kat blog korang tentang kuiz Orang Misteri Mohdzaid.com, buat dengan gaya kreativiti anda dan ini akan meningkatkan lagi peluang anda untuk memenangi hadiah misteri itu. Jangan lupa lampirkan gambar Orang Misteri Mohdzaid.com dan link http://mohdzaid.com/ di blog anda ye.

Ini Contoh Gambar "ORANG MISTERI MOHDZAID.COM" jejak dia dan copy 20 tempat/entry yang dia duduk... dan tulis TENTANG KUIZ ini di blog korang! = Menang Hadiah Misteri!

6) Selepas dah dapat kesan kat mana 20 entry Orang Misteri Mohdzaid.com tu duduk dan korang telah buat post tentang kuiz ni kat blog korang, jangan lupa komen kat page ini dan letak alamat blog korang untuk senang aku review.

7) Jangan lupa letak @referrer macam mana korang tahu tentang kuiz ni…

haaaa tu je syaratnya amacam senang je kan!..?… hadiah misteri bernilai RM100 menanti anda… jangan risau.. hadiah gerenti gempak punya!.. Kuiz ini akan berlangsung selama SEBULAN DAN AKAN TAMAT PADA 7-MARCH-2010 , Pemenang akan di hubungi melalui email dan di entry ini….

Apa tunggu lagi cepat cari dan jejak Orang Misteri Mohdzaid.com dan buat entry yang paling gempak di blog anda.. Keputusan juri adalah muktamad! sebarang bantahan tidak akan dilayan! heheheh..

Sebarang pertanyaan, boleh komen kat sini ye….

P/s : Jawapan Bocor : ini salah satu link dia  http://mohdzaid.com/2009/10/14/terima-kasih-nuffnang.html haaaaa korang cari lagi 19 link oke?…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

26 Responses to Kuiz “Jejak Orang Misteri MohdZaid.com” – Hadiah Misteri Menanti anda!

  1. azree says:

    menarik! tungguuuuu

  2. admin says:

    hehehe saja je nak try buat contest.. tengok orang lain buat cam best je

  3. ehem.. ehemm.. saya boleh ke masuk kuiz nih?? ekeke.. =D

  4. alice says:

    ruby x boleh!!!! hahaha

  5. admin says:

    boleh je.. tapi asalkan buat entry kat blog ko dengan gaya yang paling creative dan interaktif hehehe… keputusan juri adalah muktamad

  6. admin says:

    alice tak boleh masuk… sebab alice juri jemputan.. hehehehe

  7. alice says:

    aku dah tau semua link tu…sapa nak jawapan, cari aku ye….(guna “org dalam” gerenti korg menang :-P)

  8. admin says:

    hahaha banyaklah…

  9. juri jemputan kata aku takleh masuk.. hehe.. takpelah.. gua tarik diri.. sob.. sob..

  10. alice says:

    ala ruby, try jelah…aku gurau2 je….hehe

  11. Pisyek says:

    macam menarik… boleh join gak nnt bile free… hehe…

  12. Azharramli says:

    uihhh..cam susah jerr bro…takpe kalau senang susah pulak nak menang,rasa kalau susah senang nak menang kut…ok..aku try nanti

  13. admin says:

    betul tu bro… kuiz ni susah sikit.. tapi nak menang tu senang… bukan semua orang rajin nak belek satu-satu post..

  14. zara aluwi says:

    I like this contest. Coz I’ve plenty of time to look through. Anyway… give chance to you all. Enjoy youself hunting…

  15. ..ein.. says:

    nak join la….weeeee

  16. admin says:

    join jangan tak join ein…

  17. ..ein.. says:

    @admin, ein dh join pun..hehehe…hope dpt memenuhi suma syarat2 yg ade…

    http://www.miszgarfien.com/2010/02/kuiz-jejak-orang-misteri-mohdzaidcom.html

  18. admin says:

    thanks ein… waaaaahh cayalah… ein orang pertama yang berani sahut cabaran zaid nih…

  19. lilacfla says:

    aku tanak join tapi nak folo ja eh. haha

  20. admin says:

    boleh je.. huhu

  21. topo says:

    dah email jawapan..dapat tak? nanti akan dibuat postnya di topotato.com

  22. admin says:

    dah dapat dah bro.. thanks alot sebab sudi participate … huhu tak sangka blogger terkenal macam bro ni sudi join contest yang saya buat.. saya terharu sangat… thanks alot ye..

  23. Pingback: kalau anda tak cari, anda tak menang... | topotato.com

  24. admin says:

    thanks bro.. no problem… cantik..

  25. shah says:

    o0o0oo nk jugk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *