Lah Pulak! Hukkk..hukkk..

Aku demamlah... So Sick maaa...

Sejak kebelakangan ni aku dah jarang blog pasal diri aku, asik-asik aku post pasal review album lah, event lah.. sampai kadang-kadang aku lupa nak blog pasal diri sendiri huhu.. so aku ambik peluang singkat ni nak kasi tahu kat dunia bahawa aku…. (lihat dibawah…)

Aku….masuk hari ni dah 3 hari aku batuk-batuk dan selsema tak berhenti-henti, aku ni mudah kena penyakit lebih-lebih lagi kalau selsema.. antibodi aku yang berbadan sasa ni usah dipertikaikan lagi.. kalau tengok dari fizikal memang senang dapat penyakit, maklumlah orang sihat ni… Dalam minggu ni aku memanjang rasa tak sedap badan, dah la lusa nak melancong ke Langkawi so aku tak nak la spoil kan percutian aku ni dengan sakit-sakit… kang susah pula nak berjalan. Tak bestlah kalau nak berjalan dalam keadaan tak stabil ni.. tak ada feel langsung aku nanti.

Hari ni aku nekad pergi klinik panel tempat aku kerja, dah tak tahan sangat pening kepala dan selsema serta batuk kering yang mengganggu hidup aku dan menyusahkan aku nak bekerja dengan aman, sebenarnya aku ni memang susah nak makan ubat.. bukan takut tapi tak suka… hahaha aku lebih rela biar penyakit tu sembuh sendiri dari makan ubat doktor.. kalau korang nak tahu kat dalam peti sejuk rumah aku ni melambak ubatan, dah macam store klinik pulak rumah aku nih.. aku selalu makan ubat pun sekejap je.. kadang-kadang makan ubat bila rasa sakit je padahal doktor dah suruh habiskan ubat antibiotic tu.. alah malas lah..

Ni semua mungkin gara-gara aku tak cukup tidur dan persekitaran udara yang tak segar. Ermmm ya memang aku tak cukup tidur, masuk hari ni dah 2 hari aku tak tidur, bukan tak nak tidur tapi memang tak boleh tidur.. Semuanya memikirkan pasal duit.. ermmm bosanlah asik fikir duit je.. memanjang tak pernah cukup boleh jadi emosi kejap aku kalau fikir pasal duit, bulan ni je nak bayar roadtax dan insurance kereta, nak service kereta, duit sewa kereta, duit melancong Langkawi, nak spend duit ke Hong Kong bulan 6 ni lagi, duit kredit kad, duit tu… duit ni… AArrrrHHHH pokai dah pakcik ni dek oiii… padahal gaji ciput je.. dengan ekonomi yang tak stabil bagi aku ni.. memanjanglah tak cukup duit… nasib baiklah ada Nuffnang..

Bercakap pasal Nuffnang ni.. ingat duit Nuffnang tu aku nak cashout bulan 5 nanti sebab bulan 6 nak gi Hong Kong.. leh aku shopping sakan kat sana.. padalah tak la banyak mana pun… tapi earning Nuffnang yang aku dapat sekarang ni semakin berkembang maju… I Love Nuffnang!! muahhh muaahhh, aku dengar pulak orang cakap Innity lagi bagus sebab earning dia cepat.. ye ke?.. banyak songeh lagi adalah.. blog nak pageview 15k lah tu lah ni lah… sorry to Innity.. aku memang tak minat langsung nak tahu pasal Innity ni .. huhu jangan marah ye orang Innity aku dah jatuh hati dengan Nuffnang… tak ada yang lain dapat menggantikan kasih sayang Nuffnang kat aku selama nih.. :-] sekali lagi laungkan “I LOVE NUFFNANG!” kerana bagi aku, kalau pengiklan kat asian ni hanya Nuffnang je lah yang betul-betul boleh dipercayai… lagi satu diorang banyak buat event dan banyak contest yang senang dan dapat menang banyak hadiah bukankah itu yang kita mau…?..

Buffered Earning untuk minggu ini walaupun tak banyak macam blogger popular tapi aku tetap bersyukur sebab inilah rezeki aku dari tulis blog... thanks Nuffnang..

Berbalik pasal kesihatan tadi, ramai kawan-kawan aku dah tegur badan aku ni dah bertambah-tambah membuak naik. Alamak perlu ke aku turunkan berat badan?.. bukankah aku sedia ada dah gemuk!!.. hehehe.. ye lah.. ye lah… aku tahu gemuk tu tak bagus, selain mudah dapat penyakit kronik gemuk juga buat seseorang tu tak hensem tul tak?… tapi aku masih happy sebab walaupun keadaan aku ni gemuk tapi masih ada orang yang nak tau.. hihihi… Ok Ok.. lepas ni aku akan cuba kuruskan badan.. aikk kuruskan badan?… ermmm memang tak boleh lah.. tapi aku akan cuba kurangkan makan, makan sikit je lepas ni ye..

Ermmm apa lagi nak cakap yek?… ermmmm haaaa oh ye..  korang perasan tak aku selalu buat review album-album artis.. hoho maybe lepas ni lagi banyak album yang aku akan review sebab aku dapat job dari Sonymusic untuk review album dari artis-artis mereka.. terima kasihlah kepada Sonymusic Malaysia kerana beri kepercayaan kepada aku untuk membuat review album domestik terbaru mereka. Huhu ada ke syarikat rakaman lain nak aku review album?.. kalau ada aku amat mengalu-alukan… do contact me at admin[at]mohdzaid.com ye..

Sekarang ni aku dah ada personal card, ataupun kata lain business card.. huhu saje je gatal buat kad untuk diri sendiri,.. maklumlah sekarang ni dah banyak job luar so orang pun ramai minta aku kad.. kadang-kadang aku saje je cakap kad aku habis tapi sebenarnya aku tak ada kad pun… hahahaha.. sekarang ni tak perlu risau lagi.. sesiapa yang bekerja dengan aku akan aku kasi kad ini kepada mereka.. mana tau lepas ni banyak lagi job luar boleh buat business kecil-kecilan.. so sesiapa yang masih tak dapat business card aku tu boleh download kat bawah ye.. korang printlah sendiri.. (jimat sikit duit aku) hahahaha…

ok tak card ni?... aku saja buat simple yang mungkin.. xoxo..

Minggu depan aku mula balik minggu yang Bz… nak gi vaction ke Langkawi, kat situ je aku nak snap gambar banyak-banyak nak buat review pasal Langkawi.. walaupun aku tahu banyak dah blog buat review pasal Langkawi.. tapi aku nak buat juga dengan cara aku sendiri.. lagi aku ada 2-3 job website yang masih tak siap..(Ruby/Kak Norhayati) sorry ye lambat siapkan kerja korang… ermmm lagi ada review pasal Blackberry dan review album artis.. nak tahu siapa tunggu minggu depan ye…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com