Album Review – The Emperor Of Heavy Metal (MAY 1989-2009 Terunggul)


-ALBUM REVIEW-

‘Rock never dies’ (Rock takkan mati), itulah ungkapan yang sering dilaungkan oleh peminat-peminat muzik rock tegar.  Memandangkan sambutan terhadap lagu-lagu rock menjadi kegilaan maka SONY MUSIC ENTERTAINMENT SDN BHD selaku Penerbit Eksekutif telah mengambil inisiatif menampilkan album kompilasi bagi KUMPULAN MAY. Sementara Mus MAY (Sinar Studio) selaku penerbitnya.

Album MAY 1986-2009 TERUNGGUL terbaru memuatkan 26 lagu-lagu hits (Hakikat Perjuangan; Penghuni Kota; Keadilan; Pelayaran; Racun Bermadu; Gadis Misteri; Pahlawan Mimpi; Penaklukan; Strategi; Janji Illahi; Dari Kacamata; Derita Bangsa; Batu Api; Sketsa Sebuah Cinta; Sinar; Cintamu Mekar di hati; Jemu; Gadis Bertudung Putih; Sendiri; Terukir Janji; Pasrah Impian Siksa; Mahligai Fantasi; Cintaku Sewangi Kasihku; Nanti Dulu; Dalam Kembara; dan Diari Cinta Pertama) dan 2 lagu baru berjudul ‘Sebenarnya’ dan ‘Bicara Jiwa’ kini sudah berada di pasaran.  Kegemilangan muzik rock bagi kumpulan yang mendapat nama jolokan ‘THE EMPEROR OF HEAVY METAL’ini berterusan sehingga sekarang kerana peminat tidak jemu mendengar lagu-lagu mereka.

Nama kumpulan MAY atau M.A.Y adalah pangkal huruf kepada singkatan nama-nama anggota asal kumpulan ini iaitu Man (Ketua/Drummer), Mus (Vokalis), Abu (Gitar) dan Yus (Bassist).  Sebelum tertubuhnya kumpulan MAY pada 1986, Man pernah bersama kumpulan Test 1, Yus dan Abu pula pernah bersama kumpulan Exit, manakala Mus pernah bersama kumpulan Black Mass.  Mulanya MAY adalah ketika mereka menyertai pertandingan Juara Juara Rock 1986. Dalam pertandingan tersebut, MAY telah dinobatkan sebagai juara.

Album pertama MAY diterbitkan pada tahun 1987 berjudul ‘DILEMA’ dan diterbitkan sendiri oleh MAY.  Jualan album mereka mencecah 50,000 unit.  Pada tahun 1988, album kedua MAY berjudul ‘HAKIKAT’ telah melonjakkan nama kumpulan ini dengan pencapaian jualan sebanyak 200,000 unit.  Lagu lagu seperti ‘Sendiri’, Cintamu Mekar Dihati’, ‘Dari Kacamata’ dan ‘Hakikat Perjuangan’ menjadi hits lantas menjadi siulan anak-anak muda di ketika itu.  Malahan, lagu ‘Sendiri’ telah berjaya memasuki pertandingan akhir Muzik Muzik.

Setelah itu, bermulalah langkah mereka menempa nama di persada seni dengan album-album seterusnya:

1989   –           RAHSIA

1990   –           STRATEGI

1992    –          ZIET GIEST.  Ketika ini vokalis utama, Mus mengundurkan diri dan diganti oleh penyanyi rock the lagend iaitu Yantzen       (bekas vokalis kumpulan Rusty Blade).

1994    –          WIRA CYBORG

1995    –          IDEOLOGI

1995    –          LAYAR

1997    –          PENAKLUKAN.  Vokalis bagi album ini, bukan lagi bersama Yantzen, tetapi bersama vokalis baru iaitu Oney.

1997    –          KERAS

2003    –          Selepas album ‘KERAS’ kumpulan MAY seolah-olah  bersembunyi dari industri muzik.  Sehinggalah album SINAR kembali menyinari.  Dan kali ini vokalis Mus kembali bersama memberi sinar kepada kumpulan ini. Album ‘SINAR’ telah dinobatkan sebagai ‘Album Hard Rock Terbaik 2004’ Anugerah Industri Muzik (AIM).

2004    –          OTAI JAMM.  Album ini telah merangkul ‘Album Hard Rock Terbaik 2005’ Anugerah Industri Muzik (AIM).

2005    –          LIVE & UNPLUGGED AT PLANET ‘05

2006    –          OTAI JAMM 2.  Menariknya album adalah kerana vokalis Mus telah menyanyikan semula lagu-lagu lama MAY yang dinyanyikan oleh Yantzen dan Oney.

Sehingga ke hari ini, mereka masih teguh untuk bersama peminat.  Kemunculan album kompilasi MAY 1986-2009 TERUNGGUL terbitan SONY MUSIC ENTERTAINMENT SDN BHD ini cukup dinanti-nantikan oleh peminat-peminat MAY.  Semoga album ini mendapat sambutan hangat dari peminat music rock tempatan.  Diharapkan juga, selepas ini Kumpulan MAY akan dapat mengadakan konsert bagi peminat-peminat yang rindukan kumpulan rock lagend mereka.  Peminat muzik rock yang sememangnya setia, pasti akan terus membanjiri konsert MAY.

Berapa Bintang Album Ni ? Saya Memilih –

– ERMM TAK BEST

– BOLEH TAHAN

– WOW HEBAT

– OH YEH! SANGAT BAGUS DAN HEBAT (DAPATKAN DIPASARAN)

SANGAT-SANGAT DAN TERLALU BAGUS (DAPATKAN DIPASARAN)

LAGU YANG DIMUATKAN DALAM ALBUM INI!

Track Listing:
CD 1

  1. SKETSA SEBUAH CINTA
  2. SINAR
  3. CINTAMU MEKAR DIHATI
  4. JEMU
  5. GADIS BERTUDUNG PUTIH
  6. SENDIRI
  7. TERUKIR JANJI
  8. PASRAH IMPIAN SIKSA
  9. MAHLIGAI FANTASI
  10. CINTAKU SEWANGI KASIHKU
  11. NANTI DULU
  12. DALAM KEMBARA
  13. DIARI CINTA PERTAMA
  14. BICARA JIWA (LAGU BARU)

CD 2

  1. HAKIKAT PERJUANGAN
  2. PENGHUNI KOTA
  3. KEADILAN
  4. PELAYARAN
  5. RACUN BERMADU
  6. GADIS MISTERI
  7. PAHLAWAN MIMPI
  8. PENAKLUKAN
  9. STRATEGI
  10. JANJI ILAHI
  11. DARI KACAMATA
  12. DERITA BANGSA
  13. BATU API
  14. SEBENARNYA (LAGU BARU)

Booklet biography Kumpulan May juga terdapat didalam pek!

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Review Album (Malaysia) and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Album Review – The Emperor Of Heavy Metal (MAY 1989-2009 Terunggul)

  1. alice says:

    cayalah…..aku suka MAY!!!

  2. admin says:

    hehehe aku pun..

  3. skid says:

    memang gempak ada album kompilasi nih..

  4. admin says:

    best… dapatkan kat kedai cepat.. beli yang ori ye..

  5. one says:

    gue memang minat MAY!!!!!!!yeah!!!!

  6. MAY sensasi…sensasi…sensasi….TERBAEKKK!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *