Album Review : Aliff Aziz – It’s Aliff’s Time

-ALBUM REVIEW-

Aliff Aziz- Cinta MV Teaser [OFFICIAL]

Berapa Bintang Album Ni ? Saya Memilih – 

– ERMM TAK BEST

– BOLEH TAHAN

– WOW HEBAT

– OH YEH! SANGAT BAGUS DAN HEBAT (DAPATKAN DIPASARAN)

– SANGAT-SANGAT DAN TERLALU BAGUS (DAPATKAN DIPASARAN)

LAGU YANG DIMUATKAN DALAM ALBUM INI!

Senarai Trek
1 Cinta
2 Milikku Saja
3 Boom Boom Boom
4 Kalau Cinta (Feat Joanna)
5 Kau Yang Ku Mahu
6 Selintas Kau Pergi
7 Puteri Khayalan Ku
8 Cinta (Minus One) Bonus Track

Tarikh Keluaran:12hb Januari 2010

Download and Preview – Digi Music

 

Aliff Aziz atau nama sebenarnya Md Aliff Aziz adalah anak sulung daripada tiga beradik.  Penyanyi kelahiran Singapura yang memiliki ketinggian idaman peminat-peminat wanita ini, lahir dari pruduk  program realiti Singapore Idol.  Siapa yang tidak kenal Aliff Aziz yang memiliki raut wajah yang tampan menjadi pujaan terutama dari golongan peminat remaja.  Lagu Sayang Sayang menerusi album pertama beliau, ternyata membawa tuah kepadanya dan telah berjaya mencuri tumpuan peminat-peminat di Malaysia juga Singapore dan telah melonjakkan nama ALIFF AZIZ.  Malahan lagu berkenaan begitu popular sehingga menjadi pilihan nada dering dan muat turun.
Walaupun lagu “Sayang-Sayang” masih tersemat di hati peminat dan tetap segar dalam ingatan peminat-peminat sehingga kini, namun beliau sudah bersedia untuk kemunculan album kedua beliau  ALIFF AZIZ: IT’S ALIFF’S TIME di bawah naungan Sony Music Entertainment Sdn. Bhd. juga selaku Penerbit Eksekutif. Album kedua ini juga mengekalkan genre muzik yang sama.  Album ALIFF AZIZ: IT’S ALIFF’S TIME memuatkan 7 lagu dan 1 minus one.  Lagu-lagu yang terdapat di dalamnya adalah ‘CINTA’,  ‘MILIKKU SAJA’, ‘BOOM BOOM BOOM’, ‘KALAU CINTA’ Duet bersama Joanna dari band Joanna & Co (Indie),  ‘SELINTAS KAU PERGI’,  ‘PUTERI KHAYALAN KU’ dan ‘CINTA’ (Minus One).
Kepada peminat-peminat ALIFF AZIZ apa ditunggu lagi, berilah sokongan kepada penyanyi kesayangan anda ini, bagi menyambung karier beliau sebagai penyanyi.  Lagu ‘Cinta’ beliau bakal menjadi hits begitu juga lagu ‘KALAU CINTA’ berduet bersama Joanna.  Malahan keseluruhan lagu-lagu beliau memang sedap dinikmati.
Bagi peminat Aliff Aziz boleh dapatkan album terbaru ini dipasaran atau beli secara online di laman rasmi http://www.sonymusic.com.my/ harga CD Aliff Aziz ini hanya berharga RM28.00 sahaja. Pastikan ianya ori baru beli ye..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Review Album (Luar Negara) and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Album Review : Aliff Aziz – It’s Aliff’s Time

  1. alice says:

    ooouu mamat ni lah yg nyanyi lagu sayang sayang tu eh….best best…

  2. admin says:

    lol.. baru kenal ke alice… siut je.. hehehe.. inilah aliff aziz.. bestkan lagu dia…

  3. alice says:

    sy ingatkan yg nyanyi lagu jangan nakal tu…nama dorg lebih kurang sama je..

  4. balqis says:

    oh. aliff aziz! ske sgt2~
    ble mv dia nk kuar hbis eh?

    p/s: tanak uploadkn ke lgu dia. ha3 =P

  5. admin says:

    huhu tak nak la… support lah diorang.. penat buat album.. kita belilah yang ori..

  6. Pingback: uberVU - social comments

  7. SYAH says:

    “Milikku saja”

    lagu ni best. 5 Starrrrr……

  8. Kludd says:

    berbanding majoriti peminat muzik, saya lebih menyukai komposer dan penulis lirik sesebuah lagu berbanding orang yang menyanyikan lagu tersebut. Kenapa tak nyatakan sekali? Sesungguhnya lagu ‘Puteri Khayalan Ku’ dan ‘Milikku Saja’ memiliki keunikan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *