Album Review – Search – Live In JB 2009 (City Of The Rock N Roll)

Pewitt… begitulah trade mark Amy dari KUMPULAN SEARCH.  Pemuzik yang mempelopori muzik rock ini telah tiga dekad berada di dalam industry muzik.  SEARCH masih tetap berdiri kukuh.  Para peminat kumpulan tersohor ini tidak pernah mengenal erti jemu dalam memberi sokongan. Lagu-lagu evergreen kumpulan ini seperti “Isabella”, “Fantasia Bulan Madu”, “Rozana”, “Gadisku” dan banyak lagi masih diperdengarkan di corong-corong radio tempatan dan tetap menjadi siulan ramai.

Album SEARCH LIVE IN JB 2009 CITY OF “ROCK N ROLL” sudah pun mula berada dipasaran.  Album ‘Rock Otai’ berbentuk CD ini, diterbitkan secara ekslusif oleh SONY MUSIC ENTERTAINMENT.  Manakala penerbitnya adalah KUMPULAN SEARCH itu sendiri.  Kemunculan album ini cukup dinanti-nantikan oleh peminat-peminat mereka di luar sana dan sesungguhnya penantian itu cukup berbaloi kerana album terbaru kumpulan ini adalah di antara yang terbaik dari mereka dan cukup unik sekali!

Album SEARCH LIVE IN JB 2009 CITY OF “ROCK N ROLL” ini  memuatkan 13 ‘track’ lagu-lagu rock yang telah disunting dan diadun menjadikan mutu album ini mencapai tahap ketinggian kesempurnaan pendengaran.  Bertambah syokk lagi mendengarnya apabila gema suara Amy termasuk laungan penonton yang hadir menyaksikan konsert berkenaan.  Terasa seolah-olah kita turut sama berada di sana.

Ada beberapa buah lagu digabungkan serentak menjadikan 19 buah lagu berirama solo.  Antara lagu yang terkandung dalam album ini:

Disc 1:  Paranoid & Balada Pemuzik Jalanan;  Setelah Hujsn;  Laila Namamu Teratas;  Langit dan Bumi;  Pelesit Kota; Gadis Misteri/Gadisku/Gadis Ayu.

Disc 2:  Gothik Malam Edan;  Guitar Solo & Fenomena;  Bencana & Drum Solo;  Isi atau Kulit;  Isabella;  Fantasia Bulan Madu;  Mat Rock & Pasti.

SEARCH berjaya menggabungkan barisan pemuzik handalan mereka; Amy (Vokal), Hillary Ang (Gitar), Din (Gitar) Nasir (Bass) dan Yazid (Drum) dan Roza (Keyboard-Sessionist).

Di Disc 2, kita dapat menikmati alunan gitar solo Hillary Ang dan drum solo sentuhan Yazit  yang amat memberangsangkan, cukup membuatkan kita beraksi seolah turut serta bermain gitar dan menggoncangkan tangan seperti bermain drum dengan mereka.

Keep on Rocking Isabella! Lagu yang memecahkan stadium dengan nyanyian bersama peminat-peminat.  Memang meriah. Pengalaman KUMPULAN SEARCH berada di persada seni ini melayakkan mereka dinobat sebagai di antara barisan pemuzik yang cukup dihormati dan disanjungi.

Dapatkan album terhebat mereka dipasaran, Pastikan yang Original baru beli yee…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Review Album (Malaysia) and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Album Review – Search – Live In JB 2009 (City Of The Rock N Roll)

  1. alicia says:

    aku peminat amy search !!! yeaahh..

  2. admin says:

    ye ke alice ko peminat amy?… ok kalau ko betul peminat setia amy apa trademark dia?… hehehehe

  3. alicia says:

    trademark amy “piiewwwwwiiiitttttt”

  4. Garretot says:

    Hi there,
    Amazing! Not clear for me, how offen you updating your mohdzaid.com.
    Have a nice day
    Garretot

  5. admin says:

    hehe apa yang ko “piiewwwwwiiiitttttt” tu alice?

  6. admin says:

    hi @Garretot .. nice to see u here..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *