Weather for Kuala Lumpur, MY

Current Conditions:
Mostly Cloudy, 86 F
Nuffnang Ads
MY SELANGOR STORY
I Love ChurpChurp
Featured Blogger Nuffnang
Main Menu Categories CITCAT


Archives
Tags Alexa Rank
Who's Online

19 visitors online now
11 guests, 8 bots, 0 members
Map of Visitors
Powered by Visitor Maps

Pelawat Mohdzaid.com
Pelawat Hari Ini: 771 orang


» Tooth Fairy – Si Pari-Pari Gigi
Posted by admin | 5 Comments
Posted on: January 27th, 2010

Kenal tak dengan Dwayne Johnson ?… siapa tak kenalkan … ala pemain gusti yang popular tu.. siapa lagi kalau bukan The Rock lah.. sekarang ni dia dah tak bergusti lagi, sekarang ni dah jadi pemain hoki si pari-pari gigi… hahaha lawak je dengarkan.. apa-apa pun terima kasih kepada Nuffnang sebab kasi tiket free tengok cerita ni kat 1 Utama hari tu..

Mula-mula aku macam malas nak pergi tengok cerita ni sebab kalau dengar cerita pasal pari-pari tentu membosankan hidup aku… tapi selepas menonton cerita ni tangapan aku silap, cerita ni memang best dan aku boleh kasi 9/10 bintang dari sudut komedi. Memang terbahak-bahak aku gelak dalam panggung sampai meleleh air mata tergelak..cayalah The Rock.. muka je nampak ganas tapi boleh berlakon cerita lawak.

Betul ke ada pari-pari gigi?.. kalau gigi susu kita patah masa kekecik dulu, kita kena letakkan bawah bantal sebelum tidur kemudian ada sang pari-pari akan datang menggantikan gigi itu kepada duit sebagai hadiah… waaaaa kalau gitu boleh kaya pakcik.. hehehe. Sebenarnya cerita dongeng Tooth Fairy ni dah lama dah.. asal usul cerita ni adalah sebab nak pijuk anak mereka yang kehilangan gigi susu supaya tak menangis sepanjang malam dan trauma .. maklumlah budak masih kecik lagi kan kita dulu masa kecik pun kalau gigi patah mesti menangis..,so nak diamkan anak-anak yang menangis tu  pada malamnya ibu bapa masuk ke bilik anak untuk menggantikan gigi itu kepada duit… esoknya anak tu bila bangun dari tidur mesti happy sebab giginya dah bertukar menjadi duit…

Aku sebenarnya tak pernah pun dengar cerita pasal pari-pari gigi ni… kalau dulu masa kecik bila gigi susu aku patah mak aku tanam je kat tanah.. tak ada pulak pari-pari datang kasi duit… tapi ini cerita dongeng je.. jangan percaya sudah … sekadar nak suka-suka gelak-gelak happy-happy boleh la kan…

Huhu jom tengok Trailer dan synopsis cerita “The Tooth Fairy” ni… dan lepas tengok trailer ni pergi pawagam TGV perhampiran anda dan saksikannya sendiri. Memang best dan kelakar cerita ni..

Lihat Senarai/Jadual Cerita Tooth Fairy di Pawagam TGV :

http://www.google.com.my/movies?hl=en&near=Kuala+Lumpur&ei=StdfS63AJYvY7AODm4XDDA&mid=2c930aae708bbc4a


TOOTH FAIRY (FOX)

Local Release: 21st January 2010

Director: Michael Lembeck

Story by: Jim Piddock; Screenplay by: Lowell Ganz & Babaloo Mandel and Joshua Sternin & Jeffrey Ventimilia and Randi Mayem Singer

Producers: Jason Blum, Mark Ciardi, Gordon Gray

Cast: Dwayne Johnson, Ashley Judd, and Julie Andrews.  Stephen Merchant, Ryan Sheckler

Genre: Family Comedy

Official Site: TBA

Plot Outline:

Dwayne Johnson is “The Tooth Fairy,” also known as Derek Thompson, a hard-charging hockey player whose nickname comes from his habit of separating opposing players from their bicuspids.   When Derek discourages a youngster’s dreams, he’s sentenced to one week’s hard labor as a real tooth fairy, complete with the requisite tutu, wings and magic wand.  At first, Derek “can’t handle the tooth” – bumbling and stumbling as he tries to furtively wing his way through strangers’ homes…doing what tooth fairies do.  But as Derek slowly adapts to his new position, he begins to rediscover his own forgotten dreams.

View admin's Profile | Subscribe via RSS
Related Articles Similar posts plugin not found.
5 Responses
  • #1 On January 27th, 2010 @ 4:55 pm
    ReD says:

    besh eh citer ni?? nak tengok gak laa…;)

    Reply
    • #2 On January 27th, 2010 @ 5:02 pm
      admin says:

      memang kelakar citer ni… dari awal sampai abis tergelak… ada juga part sedih…

      Reply
  • #3 On January 27th, 2010 @ 7:49 pm
    avataraang says:

    mcm 2 ke..kalau xberbaloi malas nak tgk cite ni..hehehe

    Reply
  • #4 On January 29th, 2010 @ 6:57 am
    alicia says:

    bg aku movie ni mmg best…tp x tau lah org lain…wlupun aku duduk 2 line paling depan…sakit leher aku…tp berbaloi….huhu

    Reply
    • #5 On January 29th, 2010 @ 9:33 pm
      admin says:

      samalah aku pun sakit kepala.. sampai kene urut…

      Reply
Leave your response:

Name (Required)

Email (Required)

Website (Optional)

CommentLuv Enabled