Weather for Kuala Lumpur, MY

Current Conditions:
Mostly Cloudy, 79 F
Nuffnang Ads
Mohdzaid.com Fan Page
CITCAT


Popular Posts Archives
Tags Pelawat Mohdzaid.com
Pelawat Hari Ini: 190 orang


» Album Review – Hijau Daun (Ikuti Cahaya)
Posted by admin | 11 Comments
Posted on: January 21st, 2010


-ALBUM REVIEW-

Dapatkan album Hijau Daun - Ikuti Cahaya Dipasaran. Dapatkan yang Original..

Satu lagi kumpulan dari seberang (Indonesia) telah hadir mewarnai industri muzik tempatan. Hijau Daun yang berasal dari Bandar Lampung, Indonesia terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu Dide (vokal), Array (gitar), Arya (gitar), Denny (drum) dan Richan (bass). Album pertamanya berjudul ‘Ikuti Cahaya’ telah direlease dan sudah berada dipasaran. Jika sebelum ini banyak band-band top dari Indonesia seperti Sheila on 7, Peterpan, Nidji mencuba nasib kini giliran Hujau Daun pula, ternyata aliran progresif Pop yang dibawa oleh kumpulan ini tidak sia-sia dan diterima oleh peminat-peminat  Malaysia.

Kulit album bewarna hijau sama seperti nama kumpulannya Hijau Daun.

Album ‘Ikuti Cahaya’ ini menampilkan 10 buah lagu segar iaitu Suara (Ku Berharap), Cobalah, Sampai Kau Bicara, Selalu Begitu, Dunia Lain, De Ja Vu, Ikuti Cahaya, Lihatlah, Jatuh dan Dewi. Bagi saya yang membuat review album ini, saya amat sukakan kesemua lagu dari Hijau Daun, mungkin sesuai dengan halwa telinga saya.. antara lagu yang paling best adalah ‘Suara (Ku Berharap)’ dan lagu Cobalah yang dicipta oleh vokalisnya sendiri Dide. Mejoriti lagu dalam album ini ditulis oleh vokalisnya sendiri melainkan lagu ‘Selalu Begitu’, lagu ini dicipta oleh komposer Ayat.

Selepas mendengar kesesemua 10 lagu dalam album ini, saya rasa lagu-lagu ciptaan Dide amat mantap dan seharusnya diberi pujian kerana mampu menghasilkan karya yang bermutu tinggi. Konsep lagu-lagu seperti ini perlu diteruskan bagi kumpulan Hijau Daun kerena mereka berada didalam landasan yang betul.

Kenapa saya sarankan anda semua mendapatkan album Hijau Daun (Ikuti Cahaya) ini..?.. kerana lagunya yang tangkap leleh membuat hati dan perasaan menghayati setiap bait-bait liriknya yang berbunga-bunga. Rugi kalau sekadar mendengar tetapi tidak dapatkan album ini sebagai koleksi anda.. tahukah anda, anda boleh membeli album ini secara online di http://www.sonymusic.com.my/ (belilah yang Original dan hapuskan cetak rompak)

Ps:/ dengar kata Hijau Daun tengah siapkan album kedua.. waaa mashukk…2…

  • Share/Bookmark
View admin's Profile | Subscribe via RSS
Related Articles Similar posts plugin not found.
11 Responses
  • #1 On January 21st, 2010 @ 11:20 pm
    alicia says:

    aku mmg suka lagu hijau daun…”suara”…yg lain2 belum survey lagi….hehe

    Reply
    • #2 On January 21st, 2010 @ 11:29 pm
      admin says:

      alice dapatkan album hijau daun dipasaran… beli yang ori ye,…. tak rugi beli sebab semua lagu best..

      Reply
  • #3 On January 21st, 2010 @ 11:35 pm
    alicia says:

    ye la….nnti aku beli… (kedekut nyer org…susah sangat ke nak copy) :(

    Reply
  • #4 On January 24th, 2010 @ 1:02 pm
    azree says:

    ya, hapuskan cetak rompak, zaid, letakla preview lagu diorg dlm post,

    Reply
    • #5 On January 24th, 2010 @ 7:15 pm
      admin says:

      ermmm aku kene minta permission dari syarikat rakaman dulu azree, kalau diorang kata oke nanti aku letak.. hehehe sebab aku buat review dari cd yang diorang kasi huhu..

      Reply
  • #6 On January 26th, 2010 @ 11:25 pm
    rabiatul adawiyah says:

    sedap2 lagu die org ni.. saya amat suka!!!!

    Reply
    • #7 On January 27th, 2010 @ 10:17 am
      admin says:

      ruby memang sedap pun lagu diorang…

      Reply
  • #8 On February 12th, 2010 @ 1:04 am
    nurul fairuz hidayah radzi says:

    iyaa..setuju sgt..dh bli album ni..2 thumbs up..suka sgt dengar suara dide yg serak2 basah..especially time live performance =)
    owh ya..bila dorang dh kluar album baru nnt inform la eh..makaseyh =))

    Reply
    • #9 On February 13th, 2010 @ 5:06 am
      admin says:

      hoho lagi satu diorang ni ada karisma tersendiri..

      Reply
  • #10 On February 22nd, 2010 @ 2:57 pm
    milimilo says:

    adui..kene beli album ke..download jela..heh..suke sgt lagu suaraku berharap.. =P

    Reply
  • #11 On July 30th, 2010 @ 7:07 pm
    +nurularelang+ says:

    lagu dowang nie mmg best!!
    terutama lagu suara ku berharap btkn aku teringat kat seseorang yg aku sayang..
    :)

    Reply
Leave your response:

Name (Required)

Email (Required)

Website (Optional)

CommentLuv Enabled