Album Review – Alif Satar (Nakal)

-ALBUM REVIEW-


Hadir dalam industri muzik tempatan dengan penampilan kemas serta mempunyai kelunakan suara yang ada pada jejaka bernama Muhammad Alif Mohd Satar atau lebih dikenali dengan panggilan Alif Satar menjadi pujaan ramai wanita diluar sana. Jejaka kacak yang memiliki karisma tersendiri ini mula mengejar cita-cita melalui program realiti One In A Million (OIAM). Bakat nyanyian yang dimilikinya tidak dipersiakan begitu sahaja, Alif nampak lebih optimis dalam kerjayanya, sebagai penyanyi Alif mula menceburi dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Bidang yang berbeza bagi Alif tidak mematahkan semangatnya untuk terus merakamkan album, ini kerana Alif Satar telah mengeluarkan album terbarunya berjudul Nakal dibawah naungan Sony Music Entertaiment Malaysia telah berada dipasaran.

Album Nakal ini menampilkan lagu-lagu segar sesuai dengan umur Alif yang baru meningkat naik, lagunya tidak berat dan membuat anda untuk mendengarnya bekali-kali. Album ini menampilkan 7 lagu antaranya single hit Alif Satar ‘Jangan Nakal’ , ‘Cinta Tergadai’, ‘Cukup Indah’, ‘Lagi Lagi Cinta’, ‘Satu Garis’, ‘Katamu’ dan ‘Akan Tiba’. Terdapat satu lagu bonus iaitu ‘Jangan Nakal (Minus One)’ย  yang turut dimuatkan dalam album ini.

Semasa saya mendengar dan membuat review lagu-lagu Alif Satar ini saya amat sukakan melodinya yang pelbagai, ada lagu perlahan dan berentak catchy. Lagu ‘Jangan Nakal’ lirik dan lagu oleh Panji yang berasal dari Indonesia membuatkan ramai gadis diluar sana terpesona. Liriknya yang nakal juga membuatkan lagu ini hidup dan menjadi siulan anak muda dan diputarkan dicorong-corong radio dan TV. Lagu ‘Cinta Tergadai’ juga ciptaan Panji yang menampilkan irama perlahan serta alunan melodi yang gemersik kalbu, lagu ini mengesahkan cinta yang tidak berbalas dari seorang jejaka yang menaruh harapan terhadap seorang gadis, namun gadis itu telah memberikan hatinya kepada orang lain. Selain kebolehan Alif dalam bidang nyanyian serta pengacaraan, dia juga tidak ketinggalan dalam mencipta lagu, lagu ‘Katamu’ ciptaan Alif Satar dan Farith juga turut dimuatkan dalam albumnya sendiri, lagu ini diterbitkan oleh Aubrey Suwito. Lagu ‘Lagi Lagi Cinta’ ciptaan Audi Mokย  lirik oleh Shah Shamshiri dan lagu ‘Satu Garis’ ciptaan Aidit Alfian lirik oleh Ad Samad yang berbentuk catchy dan bertenaga. Komposer Zimi (Sofaz) turut tidak ketinggalan menyumbangkan bahan berkualiti untuk Alif dengan lagunya berjudul ‘Cukup Indah’. Antara lain lagu hit siri drama ‘Rona Roni Makaroni’ dari komposer Amylea yang pernah ditayangkan di Astro Ria turut dilengkapkan dalam album ini.

Apa yang boleh saya katakan selepas membuat review album Alif Satar ini saya amat berpuas hati dengan hasil karya yang telah dirakam dalam Album Nakal ini. Pastinya membuat jiwa tenang dengan alunan melodi yang segar serta dapat menenangkan jiwa. Saya memberikan 4 bintangย  untuk album Alif Satar ini. Saya sarankan anda semua untuk mendapatkan album ini dipasaran atau juga boleh dibeli secara online melalui laman www.sonymusic.com.my

PS:/ – oopssss.. nak cakap nih rugi tau kalau korang tak beli yang original… hapuskan cetak rompak dan sayangi artis kita 1 Malaysia.

Berapa Bintang Album Ni ? Saya Memilih –ย 

ERMM TAK BEST

– BOLEH TAHAN

– WOW HEBAT

– OH YEH! SANGAT BAGUS DAN HEBAT (DAPATKAN DIPASARAN)

– SANGAT-SANGAT DAN TERLALU BAGUS (DAPATKAN DIPASARAN)

LAGU YANG DIMUATKAN DALAM ALBUM INI!

1. Jangan Nakal 3.52

2. Cinta Tergadai 4.36

3. Cukup Indah 3.16

4. Lagi Lagi Cinta 2.54

5. Satu Garis 3.59

6. Katamu 3.36

7. Akan Tiba 3.32

8. Jangan Nakal (Minus One) 3.49

Lirik ‘ Jangan Nakal dari Alif Satar

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

Kadang kadang ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Risau hati kau ada yang curi

Chorus
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Diri ku untukmu

Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

Kadang kadang ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Risau hati kau ada yang curi

Ulang Chorus

Bukan aku
Terlalu mengawasi kamu
Ku hanya terlalu terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih
Jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

Ulang Chorus 3X

Diri ku untukmu
Diri ku untukmu

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Review Album (Malaysia) and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

58 Responses to Album Review – Alif Satar (Nakal)

  1. imah says:

    memang best lagu-lagu alif satar ni.. rugi kalau tak dapatkan …

  2. Saidi azhar says:

    saya dah beli pun yang original… memang best…

  3. admin says:

    yup… memang best…

  4. admin says:

    bagus beli yang original.. jangan nakal2 nak curi… hehehe

  5. apis says:

    Yes! album ni aku dah beli pas dgr preview die lam internet..mang layan..lagu bes vokal sgt2 bgus..skaang dah msuk lam list artis pebret aku -)

  6. admin says:

    alu apis… yes memang bestkan.. tak sia-sia beli…

  7. inderawan says:

    mnat track no.6 katamu..alif cipta sndiri??cam tak caya je..bes dgr improvisasi die wat lam vokal ngn musix lagu tu..n ending die yg tba2 jd slow tu mang bkesan..lg satu single no5..aidit wat..satu garis..alif bwak pnuh attitude..sume lagu pn die bwak act de gaya..bg lagu yg dah bes lagi btmbh bes bla die yg bwak..hee..sume lagu pn bes la..haha.arap byk single dari album ni akan msuk radio t

  8. satar says:

    @admin, Salaamm, saya baru berpeluang menjenguk laman di sini.
    Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat zaid atas inisiatif membuka laluan komen pada album NAKAL alif.
    Pun, buat Imah, saidi azhar, apis, inderawan.. Terima Kasih dan penghargaan buat semua. Akan saya sampaikan kepada alif segala komen yang diberi.
    Inderawan, keaslian melodi lagu KATAMU dicipta oleh alif – lirik dikongsikan dengan rakannya. gubahan muzik oleh Aubrey.
    terima kasih.

    satar

  9. alicia says:

    aku pun setuju, lagunya alif mmg best…

  10. admin says:

    hi inderawan…. thanks for for your comment … bagus-bagus awak dah beli ke CD?.. pastikan beli yang original ye sayang..

  11. admin says:

    salam satar.. thanks ye komen entry zaid ni.. saya akan cuba dapatkan info terkini pasal alif satar dan semua artis lain demi korang semua.. zaid cuma harapkan korang support blog ni untuk kekal sampai bila-bila.. amin hehehe

  12. admin says:

    alice.. ko dah beli ke CD?… beli jangan tak beli hehehe

  13. injection says:

    Ska lagu cinta tergadai..rasa-rasa blum pape g lagu tu dah mletup kat internet..bleh push jd single ke2 kut..touching abis..akak aku pn mnat..tp alif mang kne sgt ngn muzik fast konsep camni..penghayatan suara aku stuju mang bgus sgt..trus bwa muzik cmni next album t k..rilex jer dgr..

  14. cukup indah says:

    cukup indah is my fav! sofaz wat?waa..alif,tringin nak dgr die bawak lagu ni live ngan gitar je..scara akustik.msti bes n romantik..lagu tu dah jd lagu tema sy ngn bf saya..hehe..lagu ni gak dah jd my new fav song pas lagu indigo-istimewa(lagu tema iklan sunsilk) ngan kau ilhamku(man bai).ska lagu2 yang gna 1 instrumen cam gitar or piano cam lagu ni..cukup indah!

  15. hafizaf7 says:

    walaupun cuma ada 8 lagu termsuk minus one jangan nakal tapi ok pe..kalau cukupkan spuluh lagu pun tapi setakat tangkap muat nak wat pe..ni semua lagu memang sedap didengar,tak lari konsep..semua sesuai muat dlam satu album..rasa macam dengar album kompilasi pun ada..tapi aku prefer lagu ‘lagi2 cinta’ ciptaan audi mok..muzik disko lagi..kalau aku dengar konfem aku ngn bibik2 umah aku nari skali..hek3

  16. naruto says:

    album artis realiti terbaik yg pernah aku dgr! so far

  17. meor shariman says:

    Salam,

    Terima kasih kepada semua yang telah membeli album NAKAL dan yang menyokong Alif Satar selama ini. NAKAL dihasilkan dengan amat teliti, dan lama juga (hampir 9 bulan). Alhamdullilah, hasilnya adalah seperti yang anda dapat dengar.

    Insyallah, album ini akan tercalon utk Anugerah Industri Musik dan single ke-2 dari album ini iaitu CUKUP INDAH, sudahpun mula diperdengarkan di HotFM. Harap anda semua dapat membantu mempopularkan CUKUP INDAH dengan cara memilih lagu ini untuk diperdengarkan di HotFM.

    Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda.

    meor shariman
    manager, Alif Satar

  18. admin says:

    thanks meor atas komen bernas anda… saya amat mengharapkan komen bernas seperti ini bagi membantu menaikkan taraf muzik tanah air kita..

  19. adman says:

    Rasanya penghayatan alif untuk album ni real sgt..ad-lib die wat xover..natural..agaknya bawak versi live bleh dapat sma cam album x?

  20. kukoo says:

    Bakat yang perlu diberi perhatian! Dulu Alif suam2 kuku..wlupun lpas single ciptaan amylea dlu nma die dah naik sikit tapi album ni btul2 mmbuka mata peminat industri muzik..klu dapat promosi yg bagus,sti album ni leh naik..susah skang nk dapat album yg sume lagu bes..album ni bkn stat menghiburkan tapi kualiti muzik ngn vokal pn dashat..cayok2!

  21. peminatalif says:

    harap alif bleh jaga personaliti..jgn over kalau dah naik..maintain jer cam skng ni..jauhi gosip..low prfile xpe..n rambut tu jgn pendek sgt..wat cacak2 bru smart..heheh..erm..alif xde facebook ke?np xwat

  22. sifatmanusia says:

    audi mok syabas untuk lagi2 cinta..muzik yg bes!!layan je dengar kai earphone.eheh

  23. cintatergadai says:

    imej cover album alif ni simple sangatla..kenapa tak buat imej macam dalam cover album single akan tiba..yang pakai serba hitam tu..baru nampak sesuai ngan alif..baru ada kelas macam kualiti album awak gak..elegen ngn klasik gitu..hehe

  24. sehatiberdansa says:

    alif ada fan grup profile dalam facebook tapi tak ada profile peribadi..kenapa ekk??

  25. mishail says:

    camana nak undi cukup indah dlm colz fm?

  26. noktah cinta says:

    Pertama sekali tahniah buat Alif untuk penghasilan ‘Nakal’,sebuah produksi yang pada saya berjaya membawa dan membuktikan sesuatu kepada industri muzik tanahair.Saya tertarik dengan semua lagu amnya,tetapi untuk Lagi-Lagi Cinta dan Satu Garis saya melihat sesuatu yang baru.Muzik sebegini mungkin agak kehadapan untuk muzik Malaysia,satu percubaan yang berani tetapi yang mengkagumkan Alif berjaya menkomersialkannya juga album ini secara keseluruhan menjadi bukan setakat bagus tetapi menghiburkan,kerana kualiti tidak harus datang dengan sendiri jika mahu diterima,pembelajaran dan kesilapan kita bila mahu mmbawa peningkatan muzik negara tetapi gagal dalam penerimaan.Warna vokal Alif juga sama-sama berjaya membina album dengan muzik bru dan baik sebegini menjadi ‘cukup indah’ dan mudah diterima.Tahniah Alif untuk kehadiran pertama bakat baru lelaki yang dinanti sekian lama-dengan pembawaan sesuatu yang dinantikan untuk muzik negara!

  27. meor shariman says:

    @cintatergadai,

    Imej bagi cover album NAKAL adalah bersesuaian dengan konsep album serta imej Alif sebagai remaja yang masih nakal. Pihak saya dan Sony Music merasakan ia bersesuaian dengan ‘target audience’ Alif yang kebanyakannya adalah remaja.

  28. meor shariman says:

    @sehatiberdansa, Pihak Sony sedang dalam proses menghasilkan Fan Club Alif serta official Facebook Alif. Insyallah, tidak lama saja lagi.

  29. FuNKy91 says:

    Dgar carta era x korg bersama ngan alif 2 mggu kalau xsilap..selamba je si dua pnyampai radio tu panggil alif budak hingusan,poyo>? At least alif artis realiti yang dah kluarkan album berbanding dengan dua deejay yang kutuk tu dari realiti tv popular lagi tapi sudahnya meringkuk kat konti jek.nak kata gurauan tak gak nmpak cam perli pn ada.dengki kot..tapi suka ngan cara alif jawab soalan2 panas diorang,soft spoken,tak melatahpun,sebab alif tahu siapa diri dia,tahap dia macam mana,tak kisahpun orang yang dengki tu nak kata apa..dengar album alif dlu bru cakap k..kpada alif truskan ngan personaliti merendah dri tu..1st time dgr alif ditemubual dah terpaut..hehehe

  30. BRIGHThappyPERSON says:

    Jangan nakal dah hits..strategi nak naikkan single no.2,cukup indah?-wat videoklip..gempaq2..kuar bajet skit utk plaburan alif..ambil KRU buat video konfem meletup!

  31. Cradleof5TH says:

    Takpun jadikan lagu tema untuk drama bersiri tv3..??

  32. achu........ says:

    blom beli lg la album dia,tngh tnggu dpat duit,kalo x be;skong dia ngn beli caller ringtone pown bleh kan,pape pown lagu jngn nkal mmang best,slalu nyani ntuk awek,please,please,please,kamu jangn nakal……………

  33. ehsan_penang says:

    byk gak artis muda malaysia wat album muzik2 camni-bertenaga,muzik2 yg fast,catchy,sound pn best..tapi sayang xmesra pendengar..lebih kepada syok sendiri jer..kdg2 plak lagu tu ciplak lgu2 inggeris,yg top2 plak tu..pas2 letak lak sbg single 1st..dgn nyanyian yg xjelas..terlalu nak ‘hollywood’kan lagu tu..tapi kbayakannya artis female la.artis lelaki xde pn yg brani ngn muzik2 camni..khadiran alif satar dgn muzik2 cmni mmg kne pada masanya,,lpas tu plak lagu bkn stakat ikut trend muzik skrang tp xmlupakan untuk mmberi hiburan kpd pendengar(mesra pendengar)..kualiti je kdg2 xckup..semua lagu sedap didengar..paling menarik mletakkan single 1st-jangan nakal sbg pembuka pengenalan kpada lagu2 menarik dan hebat lain dlam album ni..jangan nakal paling mudah diingat pada liriknya ”plz3 kamu jgn nakal”..budak2 pn bleh ikut sma mnyanyi,..pntingnya perlu ada bahagian atau some part pada sesebuah lagu yang notis untuk memancing pendengar skaligus mjdikan kseluruhan lagu diminati dan terpahat dlam ingatan

  34. Berrysoul says:

    Tak terlalu cepat ke nak push single ke2-cukup indah..ada ke yang nak minta lagu tu kat radio sbb rasanya rmai yang xtau lagi lagu tu..karang risau bila xde byk permintaan single tu lenyap camtu je..sayang sbb lagu tu best..spatutnya biarkan jgn nakal main lagi kat radio..baru 2 bulan lebih je kat radio,wlupn dalam tempoh singkat tu dah diterima ramai tapi klu diteruskan lagu tu dipasang bleh jadi bertambah hits dan berhantu..lagipn lagu jgn nakal xbosan ddgar brapa kalipn..biarkan dlu single jangan nakal smpi dah agak2 basi t,bru kluarkn lagu ckup indah..time 2 sti byk permintaan sbb diorang sti nak sesuatu yang baru daripada alif lepas dah jemu dgn jangan nakal…terlalu awal la nak push single ke2 skrang..knapa nak tergesa2

  35. meor shariman says:

    @Berrysoul,

    Single ke 2, Cukup Indah, sebenarnya dalam proses dimainkan di radio. Memang betul, Jangan Nakal masih ‘hot’ di radio tetapi pada waktu yang sama, single ke 2 perlu dihantar ke radio untuk kesinambungan.

    Lagipun, Cukup Indah perlu dihantar ke stesyen radio lebih awal kerana, pada kebiasaannya, lagu yang dihantar ke stesyen radio terutama Hotfm, hanya akan dimainkan selepas sebulan atau dua bulan dihantar. Sebagai contoh, Jangan Nakal sudah dihantar ke Hotfm, pada bulan April iaitu sebelum Alif masuk ke kem Khidmat Negara. tetapi lagu tersebut hanya mula dimainkan selepas Alif keluar dari kem iaitu awal bulan Jun.
    Dan Jangan Nakal hanya mula ‘hot’ selepas hari raya puasa. Bermakna, Cukup Indah, Insyallah, akan mula mendapat tempat di radio stesyen dalam bulan Mac.

    Wasalam

  36. Lalaland. says:

    I bought myself 3 original albums of his. Satu dalam kereta, satu dalam rumah, satu lagi bagi kat kawan yang minat. Mana la tau, by the end of the day,my kawan2 pun recommend the cd plak kann ๐Ÿ™‚ InsyAllah :)) Support by buying more than one and pass it around to your friends ๐Ÿ™‚

  37. jimmy says:

    hello there……i love album nakal … BEST GILA!! saya suka lagu … Akan tiba, Jangan nakal, senang nak cakap semua lagu! hehehehehehe. Please…Please…Please kamu jangan nakal ๐Ÿ™‚

  38. jimmy says:

    dan saya bagi 5 stars ๐Ÿ™‚

  39. jimmy_Neutron says:

    Alah Datuk Ct kat era leh putar smpi 3 single(cinta ini,ku percaya ada cinta,amarah)xkan alif xleh kut..rasa2 era bukak kuota 3 single tuk satu2 atis klu x silap

  40. i followwww says:

    datuk ct sape alif sape…..

  41. i followwww says:

    alif jgn sombong2 ye..klu dh femes nanti jaga peribadi,jgn wat hal lak..skang rmai artis muda taim kat bwh prangai baik2 je..bila dah naik mcm2 brita kuar..muka artis ni mang xleh caya..harap alif xmcam tu ๐Ÿ™‚

  42. rizalman says:

    pminat lagi suka artis yang makin top makin merendah diri,pandai jaga tatatertib..kalau tgok bakat dah brapa ramai talent yg hebat2 skang ni,tapi personaliti dan tatasusila tetap jadi sanjungan peminat..pminat ni apala sgt nak tau pasal pitch2 ni sume..depe pandang prangai pn sama..kalau ada bakat artis tu bleh ramai peminat tapi kalau prangai elok,bkan stakat minat,pminat akan ‘up lagi’ sayang kat artis tu..heh3x

  43. busybody says:

    alif wat zoom in kat rtm..tringin nak tgok alif nyanyi semua lagu2 lam album ni dlm versi live..nak dgr sedap ke x? ๐Ÿ˜‰

  44. aziz m-osman says:

    ~Katamu tiada guna diriku padamu namun ku sisihkan marah ku padamu..Walaupun ke mana-mana kau pergi jua kini hidupku berlalu tanpamu…Manakah sumpah dan janjimu pada diriku yang menunggumu perlukah ku sebut satu persatu ~ katamu-alif satar..luv dis song!

  45. meor shariman says:

    @Lalaland.,

    Thanks for your support. nantikan showcase Alif Satar tidak lama lagi, anjuran Sony Music.

  46. crynan says:

    showcase Alif Satar? macamana nak join?

  47. chowkitroad says:

    Baru semalam dengar Faiz Ridzwan cover bawak lagu Alif,Satu Garis kat DisCo Mesta smalam..Best lagu tu ada feel..Alif bawak dalam album ni lagi dasyhat..Cuma tak setuju tang korus,die macam lari sikit dari lain2 part dalam lagu ni..Aidit cipta kan?Aidit mang camtu..lagu masih jelas-hafiz pun i rasa sama..korus tak brapa masuk ngan intro..bila dh lama dgr baru rasa better.. i minat smua part dlm lagu satu garis tu kcuali korus..kacaula!

  48. anakonda says:

    Join jela..bukan konsertpun nak pakai pas

  49. anakonda says:

    Imagine lagu lagi2 cinta pnya klip video wat cam vc nana-katakan..rasa sesuai la konsep camtu..persamaan muzik 2 lagu ni ada unsur2 disco..saonn baekk pnya..tp ofkos alif-lagi2 cinta jauh lg bes..dgr album ni cam album kompilasi pn ade…lagu2 best of the best!

  50. LoveHeart says:

    Lagu Cinta Tergadai is all about my 1st love..tak bleh dgar lagu tu dah..kalau bukak cd ni sti langkau track no.2 tu..bukan pe takut menangis jer..tak tahan dgr alif bila bawak part tgh lagu ni,lyricnye,, ”ku takkan sanggup terluka ku takkan rasa terhina tulus ku cinta ku ingin kau bahagia..” time die tarik ”bahagia” puhh semangat,melekat kat hati ni ha.. n then masuk slow music ”cukuplah aku mencintaimu” alif bisik mcm dekat jer ngn telinga ni ha..n tiba2 muzik jadi grand ”smpi di sini tergadai lagi….” Fantastic! Penghayatan dan lagu yang bagus untuk buat org yang malang dalam cinta cam i nie untuk nangis puas2.. ๐Ÿ™ ngeri ngan lagu tue

  51. Akim_af7 says:

    Alif lambat hantar lagu Cukup Indah ke radio..kan akim af dah sain kontrak ngan aiskrim Cornetto lagu single baru akim ‘inikah cinta’ dah jadi lagu tema Valentine Cornetto taun ni..Kalau ambil lagu Alif-Cukup INdah lagi romantik..Lagu Cinta Terbaik dan paling bersahaja i pernah dgr!

  52. mr.world says:

    Satu Garis still the best! Korg nak kata apapun katalah..Lagu ni abg aku pernah tnya ”Knapa lirik lagu ni cani?” aku jawab,”Lirik camnilah smart..macam lirik lagu2 inggeris yg diterjemahkan dalam bahasa mlayu”..abg aku kata lirik dia terlalu straight 4ward..tp bg aku lirik lagu die smart..ada stail! :)))

  53. zizie says:

    errr…

  54. CanggihOnline says:

    Alif Satar great! Tahun ni mesti menang besar …

  55. Nakal says:

    5 Star!

  56. admin says:

    bagus gak idea ni..

  57. Aku_Nina says:

    Suke dgr lagu Nashrin Fobia Cinta best sangat.Tapi hotfm xk’dengaran pn asyik2 ulang lagu yg sama..Plzzz la buat p’baharuan….

  58. admin says:

    radio Malaysia sekarang ni pasang lagu hit je.. tapi diorang tak sedar banyak lagi lagu best dalam album setiap artis tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *