Mastraveller.com – Saya Nak Cuti Contest!

Hari ini satu majlis perjumpaan blogger dan peminat Malaysia Airlines Travel (MAT) dianjurkan di Brisik Jaya One Petaling Jaya,… terima kasih kepada Miss Jung Yee kerana sudi menjemput aku, dengan harapan untuk memenangi tiket percutian dari MAT…aku dah prepare awal-awal script yang hendak dibaca nanti hehehe.. Ingat nak pergi bersama kekasih hatiku Alice.. tapi dia kerja pula.. so terpaksalah beranikan diri pergi sorang-sorang.. Hari ni macam tak sedap hati almaklumlah baru lepas berperang kat FB.. hahaha menang kalah tu perkara kedua asalkan aku menang something hari ni.. Dari awal aku dah print MAP dari Google MAP nak pergi Brisik ni.. sebab aku tak berapa tahu jalan kat PJ ni… banyak sangat Seksyen.. thanks Google MAP yang selalu bantu aku tatkala aku tersesat dan tak tahu jalan…

Okeylah aku dah lama tak bercuti.. next destination aku ke Hong Kong tu pun bulan 6 nanti.. so buat masa ni aku nak bercuti dalam ASEAN dulu.. ye lah siapa yang tak nak tiket bercuti secara percumakan.. hahaha.. malam ini juga ada diadakan 2 pertandingan iaitu pakaian tercantik dan cerita Saya Nak Cuti terbaik.. setiap pemenang akan menerima tiket penerbangan yang ditaja oleh MAT.. cayalah.. thanks to MAT

Ini antara blogger dan Fan MAT yang mengambil bahagian malam tadi.. semuanya hebat-hebat belaka… aku pun tak ketinggalan untuk mengambil bahagian… menang kalah tu perkara kedua.. janji event ni memang best dan menghargai jasa blogger yang penat lelah mempromosikan MAT kepada orang ramai.

Yaaa... aku lah tuh.. blogger dari Mohdzaid.com tak ketinggalan untuk mengambil bahagian... walaupun yang adooo hahaha.. aku tak menang la weii.. tak apa bukan rezeki aku..

Peserta kedua

Peserta ketiga

Peserta keempat

Peserta kelima

Peserta keenam

Peserta ketujuh

Kak Redmummy dengan baju ala Thai nya... sungguh cantik...

ini pula pemenang bertuah pada malam tadi.. kak redmummy dengan pakaian tercantik dan peserta kedua sebagai cerita paling best..

tahniah kak Red, dan terima kasih atas nasihat blog yang akak kasi zaid malam tadi.. insyaallah zaid akan ikut segala nasihat akak tu.. thanks ye..

Peserta kedua dengan cerita yang bertahun Saya Nak Cuti Bali - memenangi tiket tajaan MAS dan berpeluang dikaca TV rancangan Saya Nak Cuti

Okey… anda semua mesti kecewakan.. hahaha jangan risau.. anda masih berpeluang untuk memenangi hadiah percutian dari Mastraveller.com caranya cukup mudah!…

Layari laman – http://mastraveller.com/SayaNakCuti/ dan buat pendaftaran ahli…

Setelah selesai pendaftaran, klik SERTAI SEKARANG!

Lengkapkan borang penyertaan dengan karangan mengapa anda layak memenangi hadiah percutian ini, karangan mestilah tidak melebihi 350 patah perkataan. Setelah melengkapkan borang penyertaan anda mesti memuat naik satu gambar dengan gaya kretiviti anda sendiri.

Mudah bukan.. hadiah percutian dan berpeluang pergi bercuti dan percutian anda akan dirakamkan selama 1/2 jam di Astro Ria. Jadi ceritakan “Saya Nak Cuti” anda dengan ayat yang paling kreatif. Sila layari http://mastraveller.com/SayaNakCuti/ untuk maklumat lanjut dan Terma & Syarat.

Ini adalah karangan saya… jadi undilahye..

SAYA NAK CUTI – BALI

Pulau Bali adalah sebuah pulau peranginan di Indonesia yang masyhur dan memiliki pemandangan  alam yang cantik serta bersih.  Pastinya kita akan terpesona dengan kekeindahan pantainya.  Ianya amat sesuai untuk bersantai. Cubalah bayangkan kedamaian pantai, deruan ombak yang mengalunkan irama gemersik menyejukkan kalbu.  Deretan pohon nyiur melambai tika disapa hembusan bayu laut dalam sepoi-sepoi bahasa itu.  Tatkala sore pula, pastinya kita tidak mahu ketinggalan untuk ke  Uluwatu  untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam begitu mengasyikkan sambil menikmati jagung bakar special.  Kemudian dijamu dengan tarian tradisional iaitu Tarian Kecak.  Tarian Kecak ini merupakan taridra (tarian drama) dari epic riwayat kepahlawanan Ramayana.

Di Jimbaran kita menikmati makan malam di tepi pantai.  Sungguh romantic tempat ini, ianya memang sesuai untuk berbulan madu.  Di Matahari Café menawarkan hidangan makanan laut istimewa serta nasi padang.  Menu utama mereka adalah Special Fresh Grilled Seafood.  Sudah terliur dibuatnya.  Apatah lagi bila disambut oleh jelitawan-jelitawan yang berpakaian tradisional Bali.

Sesuatu yang menarik apabila membeli-belah di Denpasar.  Di sini kalau bershopping akan di beri beg plastic yang berbeza-beza warnanya. Melalui warna tersebut peniaga boleh mengenali samada pembeli itu pandai menawar harga atau pun tidak. Tak taulah sejauh mana kebenarannya.

Kawasan seperti di Kintamani menawarkan suasana pemandangan perbukitan yang segar.  Gunung Batur merupakan gunung yang masih berstatus aktif.  Suasana terbaik adalah ketika menikmati pemandangan melihat matahari terbit di puncak Gunung Batur.  Jangan lupa mengunjungi Desa Trunya.  Mahu ke sana terpaksa berperahu.  Perjalanan mengambil masa selama 20 minit.  Apa yang menarik di situ adalah cara pemakaman penduduk tempatan.  Mayat disandar di pohon tanpa dikuburkan. Anehnya, mayat tidak berbau kerana haruman semula jadi kayu Menyan telah menetralkannya.

Keindahan semula jadi dan tersendiri ini membuatkan kita yang mendengar akan terlopong.  Maka sebab itulah ‘Saya nak cuti’ ke destinasi percutian luar Negara yang kaya serta masyhur dengan pemandangan alam semula jadi yang cantik ini.   Tak puas kalau  sekadar mendengar cerita atau melayari internet semata.  Pastinya cemburu hati membakar jiwa dibuatnya.

Semakin berkobar-kobar untuk saya menyebut “Bali sangat dekat di hatiku kini! Debaran jantung ku semakin berketar pantas, semoga MAStraveller.com dapat merealisasikan impian ini.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Mastraveller.com – Saya Nak Cuti Contest!

  1. aidi-safuan says:

    erk..xleh bukak pon tadi. server prob kot…

  2. admin says:

    dah ok dah.. aku masuk ok je… tadi problem jap..

  3. azree says:

    zaid, add kt facebook, nak gambar, hehe azreeceli@hotmail.com

  4. admin says:

    wokey bro dah add.. pix aku tak masukkan lagi.. aku tengah kerja la.. esok ye…

  5. Pingback: Pencinta Merah…The Red Lover…The Red Diva…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *