Bloggers’ survey about .my domain registry (Nuffnang)

Semalam bila semak email yang dah bersawang tu terjumpa satu lagi email dari NN (Nuffnang), diorang minta aku buat survey berkenaan alamat domain .my ini…  haaa nak tahu apa surveynya?.. jom baca..

Dear Nuffnanger,

Greetings! How has your new year been? We’re trying to find out the sentiments of Malaysians toward the .my domain registry and we’d be most honoured if we could have your views on it. We would be thankful if you could kindly spare a few minutes to fill out the survey attached and send it back to us by end of the week. Your contribution would be much appreciated.

If you have any questions regarding this survey, please do not hesitate to contact Nicholas at 012-2035703. Thank you, and have a nice day!

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations Executive

.my DOMAIN REGISTRY : Blogger Survey
SURVEY QUESTIONS

1. Nyatakan dalam satu perkataan, perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran anda apabila terlihat suatu alamat domain .my (contohnya, www.wesbite.com.my) ?
Jawapan : Perniagaan

2. Apakah pendapat anda mengenai domain .my berbanding dengan .com/.net/.org/etc atau ccTLD lain?
Jawapan : Beridentitikan dan dihost dari Malaysia

3. Adakah anda mempunyai domain .my sebagai laman web utama atau alternatif? Sila kemukakan sebab mengapa anda mempunyai/tidak mempunyai domain .my?
Jawapan : Saya tidak mempunyai domain .my kerana ianya terlalu mahal dan merumitkan semasa pendaftaran (memerlukan No Perniagaan/IC) berbanding TLD yang lain hanya memerlukan alamat dan nombor kad pengenalan sahaja.

4. HANYA JAWAB SOALAN INI jika anda telah menjawab “Ya” kepada soalan nombor 3: Apakah faktor yang menyebabkan anda menjadikan .my sebagai laman utama atau sekunder anda?

5. HANYA JAWAB SOALAN INI jika anda telah menjawab “Tidak” kepada soalan nombor 3: Adakah anda sedia menimbang untuk mendapatkan domain .my domain untuk laman utama anda? Apakah faktor yang akan mendorong anda bertukar/tidak bertukar kepada domain .my?
Jawapan : Sekiranya harga domain .my atau .com.my selaras dengan harga domain TLD sekarang , saya akan bertukar kepada .my kerana ia bercirikan keMalaysiaan dan lebih professional.

6. Semasa pertama kali membuat keputusan tentang identiti laman/URL anda, adakah anda menimbang untuk mendapatkan alamat domain .my? Sila nyatakan mengapa atau mengapa tidak?
Jawapan : Ya, saya ingin sekali membeli domain .com.my , tetapi tidak berjaya kerana saya tidak mempunyai perniagaan dan nombor perniagaan. Oleh itu saya hanya membeli domain TLD .com iaitu mohdzaid.com

7. Adakah anda merasai bahawa terdapat unsur patriotisme bersama domain .my? Sila nyatakan mengapa atau mengapa tidak?
Jawapan : Ya kerana .my bercirikan KeMalaysiaan

8. Adakah anda merasai organisasi yang beroperasi di Malaysia (tempatan dan multinasional) perlu memiliki alamat .my? Sila nyatakan mengapa atau mengapa tidak?
Jawapan : Ya kerana ia menunjukkan organisasi itu beroperasi di Malaysia, selain itu mudah bagi pengguna menentukan sama ada ianya laman yang sah atau laman yang tidak sah.

9. Adakah anda merasai bahawa entiti bukan-perniagaan (individu, blog, forum, etc) yang menyasarkan masyarakat Malaysia perlu memiliki alamat .my? Sila nyatakan mengapa atau mengapa tidak?
Jawapan : Ya! Perlu sama sekali, kerana individu, blog, forum sekarang sukar untuk dikawal. Sekiranya semua blogger di Malaysia memilik domain .my senang untuk membuat pemantauan.

10. Adakah anda akan mencadangkan alamat .my domain kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang berniat untuk memulakan laman web? Sila nyatakan mengapa atau mengapa tidak?
Jawapan : Tidak kerana alamat .my terlalu mahal dan merumitkan sewaktu pendaftaran.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *