Novel – Tidakkah Ada Rindu – Zara Aluwi

Akhirnya penantian mak aku akan berakhir tak lama lagi, Novel kedua terbarunya Tidakkah Ada Rindu terbitan Fajar Pakeer akan berada dipasaran tak lama lagi.. tahniah mak.. teruskan menulis lagi.. biar apa orang nak kata janji mak happy ye.. menulis bukan sekadar nak cari duit tapi kepuasan … Sebelum ia terbit kat pasaran ni.. korang baca la blurb cerita ni ye.. harap lepas publish nanti cepat-cepat pergi kedai buku dan belikan original okey…

PS: – Dah dapatkan buku pertama mak aku?… (Belahan Jiwa)… dapatkannya info disini http://mohdzaid.com/2008/10/11/novel-pilihan-belahan-jiwa.html

[ Akan Datang Dipasaran ]

Kerana cinta, Asiah lalai dengan tuntutan agama, membuatkan dia melarikan diri mengikut kekasih hatinya, Ah Sim. Perlarian tanpa hala tuju itu akhirnya menjebakkan diri ke dalam kancah maksiat. Kematian kekasihnya menyebabkan Asiah mengalami tekanan jiwa.

Rafiza, Rufila dan Rafidi dibesarkan penuh kasih oleh Encik Abu Bakar dan Bidan Suriati. Kasih sayang mereka langsung tiada belah bahagi. Apa yang diperolehi oleh Lia Asmara dan Nia Astika, akan diperolehi juga oleh mereka bertiga.

Tahun berganjak, Rafiza melarikan diri bersama pemandu teksi demi hidup bebas sehingga tanpa sedar berlaku sesuatu yang langsung tidak diduganya. Rufila sanggup korbankan kasihnya buat Nazril Shah demi kebahagiaan Nia Astika. Rafidi tetap tidak mahu mengalah dalam mengejar cinta gadis impiannya.

Kerana rindu itu adalah cinta yang harus terus melekat di hati, apakah Rafiza yang lari akan pulang ke pangkuan keluarga? Mungkinkah Rufila akan turut bahagia dengan keputusannya? Bolehkah Rafidi berjaya merebut hati gadis igauannya? Tidakkah ada rindu dalam hati, menghambat semula pertemuan?

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Novel Pilihan, Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Novel – Tidakkah Ada Rindu – Zara Aluwi

  1. ruby says:

    wahha.. mesti beli ni.. 😀

  2. wanie says:

    Maaf, aku tidak minat novel cinta – berpasangan. Bagitau aku , banyak kisah pasal family conflict ke, love conflict?? kalau family conflict aku beli 😀

  3. eyriqazz says:

    x sangka,zaid ni jiwang juga orangnya,.sekali pandang zaid ni ada rupa n gaya cam Pierre Andre…

  4. Azharramli says:

    Tahniah..walaupun aku jarang baca novel,tajuk cerita nampak menarik..tanda soalan

  5. zara aluwi says:

    TIDAKKAH ADA RINDU – Merupakan sebuah kisah yang berlaku pada segelintir kehidupan masyarakat kita. Bila terbaca kes murtad diakhbar, maka terlintas keinginan untuk menulis sesuatu untuk dijadikan pedoman.

    Kisah yang ingin saya sampaikan ini adalah kisah Asiah yang sanggup menukar agamanya semata-mata cintakan seorang lelaki bernama Ah Sim. Setelah kematian Ah Sim, Asiah menjadi tidak siuman dan menghilang entah ke mana. Kehidupan anak-anaknya menjadi kucar-kacir . Dua daripada anak-anaknya dipelihara oleh abang kepada Ah Sim manakala tiga yang lain diserahkan kepada keluarga angkat orang Melayu. Maka bermulalah perpisahan antara adik beradik berkenaan..

    Apabila mereka membesar dan mengetahui tentang kisah ibu mereka yang keluar dari Islam, mereka menjadi marah dan sangat membenci ibunya. Namun setelah berbagai peristiwa terjadi, Rafidi dan Hashim menjadi insaf lantas berusaha untuk berbuat sesuatu dan mencari ibu mereka yang hilang. Mereka ingin membawa kembali ibu yang telah terdampar jauh dari pegangan agama asalnya.

    Semoga kisah ini mampu diterima oleh pembaca. Saya benar-benar berharap agar apa yang ingin saya sampaikan ini mendapat pengajaran dan keinsafan serta teladan kepada mereka-mereka yang telah jauh tersasar keluar dari Islam.

  6. JAI says:

    Insyallah Makcik..satu hari nanti ada kesempatan kita sambar satu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *