Selamat Tahun Baru 2010

Selamat tahun baru 2010 kepada semua kengkawan, terima kasih lah kat korang yang masih sudi masuk blog aku yang tak seberapa ni, masuk tahun 2010 ni genaplah 3 tahun aku menulis blog, macam-macam komen yang aku dapat, ada komen yang baik ada komen yang menghentam, ada yang mengutuk, ada yang suka… semua tu asam garam apa-apa pun boleh berlaku, kalau korang tengok kat archives blog aku ni start dari 2008 tapi sebenarnya aku dah berjinak dengan dunia blog ni sejak 2007 cuma database tahun 2007 tu tak dapat diselamatkan dari hosting lama.

Tahun 2010 ni aku nak letak banyak lagi cerita-ceriti pasal apa saja kat blog aku ni… tu azam aku tahun 2010 ni… setiap orang bila tiba tahun baru mesti nak berazam, tak ketinggalan gak aku ni, memanjang nak berazam tiap-tiap tahun, tapi azam tak kemana buatnya tah kemana… kalau korang nak tahu azam aku tahun lepas nak langsaikan hutang kad kredit, tapi rupanya dusta belaka… tahun 2009 adalah tahun aku menambah hutang… haisaaayy…. apa nak jadi la dengan aku ni kan… azam je lebih buatnya tidak…mungkin azam tahun lepas tu akan aku forward ke tahun 2010 ni hehehe..

Tahun 2009 ni yang bestnya aku bertemu jodoh… hahahaha ye lah.. bertemu kekasih hati yang paling aku sayang.. ingat lagi masa tu aku sms kat si dia cakap aku nak couple dengan dia… hahaha aku ni kan jenis pemalu dan takut kene reject.. last-last dia pun suka kat aku dan boleh terima aku seadanya.. yahoo

Sekarang aku dah takut nak berazam lagi, takut tak boleh buat.. anyway aku nak wish korang semua terus success dan terus sihat di tahun 2010 ni… umur makin meningkat jangan buang tabiat lebih-lebih ye hahahaha.. cayokk..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Selamat Tahun Baru 2010

  1. alicia says:

    Selamat tahun baru…semoga tahun ni (2009) memberi sesuatu yg berguna dalam hidup kita…semoga tahun depan (2010) kita lebih tabah & rajin berusaha… Apa yg kita azamkan, kalau Tuhan berkenan mesti kita dapat. Kalau x tercapai, mungkin kita perlu berusaha lagi or mungkin belum masanya or mungkin kita kena fikir sesuatu yg lebih baik…HAPPY NEW YEAR 2010…

  2. Azharramli says:

    Salam Bro..Selamat Menyambut tahun Baru 2010..Tak payah buat azam bro..apa kata kita buat duit..hehehe..Nie hah si phatgurl intro kat gua pasal lu…so dengan rasa rendah dirinya gua nak jemput lu untuk join our Group untuk DIGI INTERNET,PIMP MY DAY Contest..gua perlu sorang lagi member untuk memegang title THE ROCK….kalau interested..drop by my blog http://teratakarmo.blogspot.com/ dan bagitahu setuju ke tak? Anyway gua link blog lu kat blog gua tanda persahabatan..cehhhhh…hehe

  3. admin says:

    salam bro.. thanks for your invitation , tapi saya nak minta maaf sebab saya dah join team lain… apa-apa nanti kita jumpa kat sana ye..

  4. phatgurl says:

    elops zaid… Selamat Tahun Baru… kalo dapat masuk jumpa la kite semua kat Digi Pimp My Day tu kan… hehe

  5. bina badan says:

    selamat tahun baru…moga ceria selalu..dan dikurniakan badan yang sihat dan cergas…

  6. admin says:

    oh ye… thn baru ni boleh la zaid bina badan sekali yek… nak macam malik noor hahhahaa

  7. alicia says:

    cayalah zaid…..

  8. Right here is the right website for anybody who really wants to understand this topic.
    You know a whole lot its almost hard to argue with you (not that
    I actually will need to…HaHa). You definitely put a brand new spin on a topic
    which has been written about for years. Excellent stuff, just excellent!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *