Rock The World 9 @ Carpark A Stadium Putra Bukit Jalil

– Bunkface (Revolusi) live @ Rock The World 9 – – Mohdzaid.com-


Bertempat di letak kereta Stadium Putra Bukit Jalil hampir berpuluh ribu peminat seluruh negeri berkumpul untuk menyaksikan hampir 60 band dari Malaysia membuat persembahan di konsert Hypptunes Rock The World 9 (RTW9) anjuran Fat Boys malam tadi. Bermula jam 12 tengahari dan berakhir pada 12.20 pagi digegarkan di tiga pentas iaitu pentas utama, pentas indie dan pentas chill out bagi penggiat muzik tanah air menghiburkan peminat masing-masing.

Antara artis yang terlibat dalam RTW 9 malam tadi adalah Bleeding Mascara, Monoloque, Kugiran DI Tepi Pantai, Love Me Butch, Pop Shuvit, Pesawat, Disagree, Yuna, Bittersweet, Blind Tribe, John’s Mistress, Federated,  Saturnine, The Times, Seven Collar T-Shirt, Republic of Brickfields, Restraint, Azlan & The Typewriters dan bersama 2 pemenang Hypptunes Rock The World Seach Tour Pitbull Inc dan Wynhen Delirium, masing-masing beraksi dipentas utama. Persembahan bertenaga dari Meet Uncle Hussain yang menampilkan Black Mentor turut mendapat sambutan hangat dan seterusnya persembahan dari kumpulan Bunkface menutup aturcara pada malam itu.

Sementara di Indie Stage pula menampilkan 5 pemenang Hypptunes Rock The World Seach Tour iaitu Kyoto Protocol, Rock n Roll John, Khottal, Ceased War, Exorage dan Twisties Band.  Brainhead, Car Crash Hearts, Joanna & Co, Pretty Ugly, Skudap Skudip, Auburn, The Otherside Orchestra, Labrat, Couple, Forty Winks, Free Love, Y2K, Stonebay, Sam Kuman, Second Combat, Evenstarr, Robot Asmara dan Aku.

Manakala Chill Out Stage mengetengahkan Rashdan Harith, Liyana Fizi, Otam, Mohd Jayzuan, Azmyl Yunor, Karen Nunus Blackstone, Bo, Sharidir & Nizam P dan Rendra Zawawi bersama 3 pemenang Hypptunes Rock The World Seach Tour iaitu Coca Di Monday, Bactrim, Jeapordice

Persembahan yang bermula sekitar jam 12 tengahari itu terhenti seketika kerana hujan lebat yang turun pada jam 4 petang, sementara penonton mencari tempat teduhan hujan pihak penganjur menghentikan seketika program bagi memastikan semua peralatan didalam keadaan baik dan tidak rosak. Akibat dari tidak banyak tempat teduhan dan khemah yang disediakan, ramai penonton berebut-rebut dan terjadi sedikit pergaduhan di pintu masuk hanya kerana berebut tempat teduh. Pihak keselamatan dan polis berjaya menangani masalah itu dengan profesional.

Rata-rata penonton yang saya temu ramah kurang berpuas hati kerana artis kegemaran mereka hanya menampilkan 2-3 buah lagu atau dalam masa hanya 10 minit untuk menghiburkan peminat masing-masing, pihak penganjur terpaksa menghadkan kerana kesuntukan masa. Apa-apa pun RTW 9 kali ini memang best dan pihak penganjur telah memartabatkan muzik Malaysia dan muzik indie, diharap dapat diteruskan lagi  acara tahunan ini tahun demi tahun.

Artikel, Gambar-Gambar dan Video yang lain akan aku update kemudan… huhu..

Bersama Kumpulan Bunkface

Bersama Kumpulan Couple (Pemain Drum tak ada sebab dia tengah setting drum)

Bersama Kumpulan Couple (Pemain Drum tak ada sebab dia tengah setting equipment untuk show)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Rock The World 9 @ Carpark A Stadium Putra Bukit Jalil

  1. alicia says:

    sanggup tuuu kena hujan….biar benar…

  2. admin says:

    @alice mestilah minat punya pasal hhehehe

  3. Tiap tahun, ade saje masalah teknikal dr pihak RTW sehingga saya jadi muak nak join dah, dan kerana saya sudah menjangkakan hujan kali ni, jadi saya tak pegi kerana SUDAH PASTI tiada sebarang persediaan dari pihak penganjur untuk menghadapi hujan. Sudah 9 kali, xkan pihak penganjur masih tak tahu ape yg perlu improve? Haisshhh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *