OH Baju OH Mister Potato

Hari selasa lepas aku pergi cari kain untuk party Mister Potato sabtu ni, pening kepala aku dibuatnya nak cari meterial sesuai dengan theme party ni ala-ala South American atau ala mexican yiha..yiha.. hehehe.. aku ada gak usha-usha banyak website dan blog tapi semua tak membantu. Akhirnya aku deside nak pakai baju kemeja dengan seluar jeans dan sarung baju Poncho je. Ermmm ala Mexican ke tu yek..?.. ala peduli lah bukan nak pakai hari-hari pun, pakai sehari seumur hidup hehehehe… Poncho tak Poncho ni poncho ala melayu mak aku bikin hahaha…

Dari pagi aku cari kain kat Kamdar dan Nagoya Kajang dengan mak aku, memang nak cari kain biasa-biasa je, kotak-kotak atau belang warna-warni. Memang banyak choice tapi kain yang aku nak semuanya mahal-mahal. Tengok punya tengok aku tak puas hati, alang-alang my darling ada kat KL Town aku ajak dia survey kain kat Jalan TAR pulak…

Jalan punya jalan kami singgah banyak kedai sampai kaki aku sakit-sakit berjalan, my darling jangan cakap lah.. dia kalau dah dapat berjalan terjumpa kain pulak tu memang dah tak ingat dah penat ke apa.. hehehe jangan marah ye sayang.. :P , best dowh dapat dating kat Jalan Tar… len kali kita tengok wayang cerita Tamil pulak ye..

Aku tengok kain yang aku minat tu kat Nagoya KL, harga RM15 semeter, perhhh aku je dah 2 meter setengah (Tengok badan lah),… my darling pun dekat 2 meter… mahal-mahal… tapi hati dah berkenan kat kain tu… disebabkan aku tengah pokai bulan ni aku tak nak lah memilih sangat lagi pun kain ni my darling yang belanja.. so nak jimat punya pasal aku dan my darling pergi Kamdar beli kain kotak-kotak dengan harga RM3.00 semeter… alang-alang dah murah tu beli terus 5meter.. hehehe.. lebihan kain tu boleh la suh mak aku buat sarung bantal ke atau buat baju tidur.. :P

Tak sabar rasanya nak berparty theme kat Mist Club Bangsar hari ni.. harap-harap sambil melaram dengan baju Mexican ala Malaysian aku tu, boleh la jugak menang 10k kat situ  nanti … kalau menang la 10k tu aku nak buat kenduri kat rumah insyaalah… korang jemput lah datang ye… (kalau menang lah.. kalau tak menang korang la blanje aku) …

nahh ambik kau cowboy malaya tersesat kat KL Town.. hehehe

Snapshot_20091219

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.