Flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3

Sekarang semuanya dihujung jari, dari membeli pakaian hinggalah membeli tiket kapal terbang. Semudah 123, itulah yang boleh aku gambarkan tentang laman Flymas.mobi ini. Anda tidak perlu risau ketinggalan penerbangan atau terlewat untuk membeli tiket, dengan Flymas.mobi segalanya pasti mudah.

Flymas.mobi adalah sistem penempahan penumpang (PSS) melalui telefon bimbit yang paling komprehensif di dunia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dan keselesaan penumpang MAS yang melebihi 14 juta, yang membolehkan anda membuat tempahan, bayar dan mendaftar masuk dan menaiki pesawat dengan menggunakan telefon bimbit.

Mudah bukan, tidak perlu ke lapangan terbang, tidak perlu beratur, tidak perlu bersusah payah dan sebagainya. Anda cuma perlukan telefon bimbit dan menempah penerbangan ketika di kedai kopi mahupun ketika bersantai bersama keluarga.

Oleh itu MAS menawarkan hadiah telefon bimbit iPhone percuma kepada pelanggan kelas perniagaan yang menggunakan sistem tempatan menerusi aplikasi Flymas.mobi sehingga 31 Disember ini. Jadi apa tunggu lagi. Tawaran sehingga 31 Disember itu turut memberi ganjaran kepada penumpang kelas ekonomi memenangi sepuluh iPhone melalui cabutan bertuah.

Fakta :- Ada Apa Dengan Flymas.mobi?

  • Tidak perlu membuat pendaftaran ahli
  • Akses laman Flymas.mobi secara percuma, hanya kos dari talian telefon berbayar dikenakan. Malaysia Airline (MAS) menawarkan perkhidmatan percuma bagi anda membuat dan memilih perjalanan penerbangan dengan mudah
  • Dwi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
  • Daftar Masuk penerbangan melalui aplikasi telefon bimbit
  • Menaiki pesawat dengan pas pernerbangan 2D yang dihantar melalui telefon bimbit dan email.
  • Semak status dan jadual penerbangan
  • Menyemak tempahan yang telah dibuat dengan memasukkan 5 digit nombor tempahan dan nama akhir
  • Membuat bayaran pembelian penerbangan atau simpan dahulu
  • Memilih tempat duduk anda sendiri
  • Tawaran hebat dari MAS dari masa ke semasa.
  • Sistem yang canggih, selamat dan yang paling penting semuanya di hujung jari dengan menggunakan telefon bimbit anda.

Jadi apa tunggu lagi, layari Flymas.mobi dan alaminya sendiri.Lihat contoh betapa mudah menempah penerbangan…

Langkah Pertama :- Log masuk Flymas.mobi dan pilih link Tempah Penerbangan

step1

Langkah 2 :- Pilih destinasi anda dan tekan butang cari tawaran, Sistem PSS akan mencari jadual penerbangan yang diminta. Skrin akan menunjukkan jam penerbangan dan anda boleh memilih waktu mengikut kesesuaian anda

step2

step3

Langkah 3 : - Dan yang terakhir sekali.. skrin akan menunjukkan ringkasan jadual penerbangan beserta harga yang perlu dibayar. Mudah bukan semudah 1,2,3...

step4

Tiket/Pas penerbangan 2d akan dihantar melalui sms/email…pengguna hanya perlu meleretkan kod 2d pada pengimbas di pintu masuk.

12946_202022409711_52798899711_2892961_2246459_n

Selain dari itu anda boleh menyemak status bagasi yang lewat.

semakbagasi

Dengan Flymas.mobi kini anda boleh mendapatkan maklumat tawaran hebat terus kepada anda walau dimana jua anda berada.

tawaran

MASMobi1

Untuk para blogger semua!, MAS dengan kerjasama Nuffnang.com.my sedang menganjurkan peraduan Blog and Win a Trip Down Under with flymas.mobi, dan menangi hadiah hebat dari mereka semudah 1,2,3. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.nuffnang.com.my/blog/2009/12/14/win-trip-with-flyma/

Join now to win one of these amazing prizes*:

Ist PRIZE
2x Economy Class Return Tickets to Sydney/ Melbourne

2nd PRIZE
2x Economy Class Return Tickets to any destination in ASEAN

3rd PRIZE
2x Economy Class Return Tickets to any destination in Malaysia

The contest is open to Malaysian citizens only The contest runs from 14 December 2009 – 30 December 2009.
*Terms and conditions apply.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.