Kau Pergi Jua Akhirnya! Oh Maria! [2002-2009]

Sedih…Sedih sangat-sangat bila apa yang kita sayang, apa yang kita kasihi pergi meninggalkan kita. Kecik atau nama sebenarnya Maria Sarahpova telah meninggalkan aku dan keluarga sejak 2 minggu yang lalu sampai batang hidung pun tak nampak hilang entah kemana tanpa sebarang pesan. Kecik lah yang selalu menceriakan aku, tatkala aku dalam kesedihan, kesunyian, gembira dan lain-lain. Selama 7 tahun bersama kecik, aku membesarkanya, mendidik, menatang bagai minyak yang penuh. Sungguh aku kecewa tapi apakan daya, tuhan maha adil, segala yang diciptakanNya akan tamat tempoh. Jasad akan dimamah bumi tapi kenangan silam bersama kecik akan ku kenang sampai akhirat.

Kecik pernah nazak suatu ketika dulu, akibat bergaduh dengan anak jiran, selama seminggu kecik menanggung kesakitan dan titis air mata mengalir berlinang dimata kecik. Aku tahu kesakitan yang melandanya. Aku hanya mampu berdoa dan buat setakat termampu. Alhamdulillah selepas seminggu kesakitan yang kecik alami pulih dan aku kembali bersemangat untuk bekerja. Kecik satu-satunya rakan karib aku, tidur, mandi bersama, aku selalu meminta kecik mendoakan perjalanan hidup aku setiap hari. Kecik sangat baik, pandai berdikari dan comel.

Arhhhhh aku binggung, kenapa dia pergi meninggalkan aku? aku tidak tahu dia dimana ketika ini… mungkin dicolek, mungkin telah mati, ataupun mungkin di syurga… tiada dosa antara aku dan kecik…jikalau benar dia telah pergi, aku doakan dia bahagia disana. Ampunkan sekiranya aku ada membuat kesalahan atau mendera kau kecik…

Oh kecik… kau terlalu istimewa…. Inilah yang aku maksudkan… Kecik atau nama sebenar Maria Sarahpova… kucing kesayangan aku yang telah hilang… dalam banyak-banyak kucing… keciklah yang pandai berak dalam tandas, kencing dalam tandas, tak banyak songeh, manja, suka minum dalam cawan, suka makan minyak cap kapak, ibu yang baik, pendiam dan banyak lagi….

Video atas ni adalah video terbaru aku dan Maria… dan inilah video yang terakhir aku bersamanya

Video ini pula, si Maria sedang membersihkan anak kesayang dia…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Kau Pergi Jua Akhirnya! Oh Maria! [2002-2009]

  1. ruby says:

    comelnyer kucing zaid.. maria gitu.. hrmm.. sabar la eh… hidup mesti diteruskan.. hey, ruby dh lastik didi, tupperware ads k.. 🙂

  2. wanie says:

    ala manjanyaaa..sedih !!

  3. admin says:

    heheeh thanks ruby…

    ruby gua dah lastik balik hang nya ads.. huhu… tq yaa..

  4. admin says:

    heheh wanie… kucing zaid ni satu2nya kucing yang paham zaid… sedihh ooo

  5. alicia says:

    🙁 yg pergi….biarlah dia pergi….klu dia masih hidup…1 hari dia akan balik ke rumah juga…klu jaga kucing ni bagus zaid…murah rezeki…hmmm…klu dia nak mati pun, dia akan pegi jauh sbb x nak menyusahkan org yg jaga dia 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *