Majlis Pelancaran Portal Music Hypptunes & Rock The World 9 @ Sunway Lagoon Lighthouse Cafe

NEW INFO From Organizer (FAT BOYS)

David Rafael Buri ROCK THE WORLD HAS BEEN POSTPONED WITH A NEW VENUE!! DATE : 26TH DECEMBER 2009 VENUE: STADIUM BUKIT JALIL CAR PARK A Spend your boxing day with us!!

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini melancarkan portal muziknya yang diperbaharui, Hypptunes (www.hypptunes.com.my). Pelancaran portal muzik tersebut diadakan bersempena dengan sesi sidang media untuk mengumumkan penajaan TM untuk konsert Hypptunes Rock The World 9, yang akan diadakan pada 26 Disember 2009 di Stadium Bukit Jalil Car Park A.

Hypptunes adalah sebuah portal muzik online yang menawarkan kemudahan memuat turun lagu penuh yang sah di sisi undang-undang. Bersama dengan wajah baru yang lebih segar, ciri-ciri yang senang digunakan dan pelbagai pilihan lagu dari artis tempatan dan antarabangsa. Hypptunes menawarkan muzik dari pelbagai genre, dari lagu etnik, tradisional ke moden, klasik ke kontemporari, serta tempatan dan antarabangsa dan juga muzik dari artis-artis saluran utama “Indie” dari seluruh dunia. Ianya mengandungi lebih daripada beratus ribu lagu dari artis antarabangsa dan tempatan, dan ada diantaranya hanya ditawarkan secara eksklusif menerusi Hypptunes.

DSC_0014

Hypptunes menawarkan saluran alternatif untuk para pengguna internet untuk memuat turun muzik yang original (asli), menerusi portal yang selamat yang membolehkan semua peminat muzik melayari, mendengar, membeli serta memuat naik lagu dan muzik mereka sendiri untuk dimuat turun oleh orang lain. Ciri-ciri interaktif Hypptunes yang terdapat di segmen muzik utamanya dan di segmen muzik “indie” menjadikan portal ini bukan sahaja portal muzik tetapi satu detik pemulaan pembangunan kreatif dan pembinaan komuniti muzik yang aktif.

Bersemperna dengan Hypptunes Rock the World 9, TM dan Fat Boys akan menganjurkan siri jelajah di seluruh negara untuk mencari bakat tempatan yang belum terselah dalam pertandingan muzik kugiran “Bandsearch”. Pemenang dari setiap lokasi akan diberi peluang untuk mempersembahkan muzik mereka di konsert Hypptunes Rock the World 9. Siri jelalah tersebut akan berlangsung di lokasi-lokasi terpilih pada tarikh berikut.

Sabtu, 21 November 2009 – Aloha Bistro Melaka

Ahad, 22 November 2009 – CT Cafe, Johor Bahru

Sabtu, 28 November 2009 – QE2, Pulau Pinang

Ahad, 29 November 2009 – Houz, Ipoh

Sabtu, 5 Disember 2009 – Laundry, Petaling Jaya

Ahad, 6 Disember 2009 – Cloth & Clef, Kuala Lumpur

Hypptunes kini boleh diakses oleh semua pengguna internet, pembayaran boleh dibuat menerusi perkhidmatan prabayar TMNet prepaid dan akaun Streamyx, serta menerusi kad kredit. Untuk mula menikmati muzik hebat Hypptunes layari www.hypptunes.com.my dan dapatkan info Konsert Rock the World 9 di rocktheworld.com.my

Penaja Rock The World 9 adalah : –

penajarocktheworld

Dapatkan Tiket Rock the World anda sekarang… Murah Beb!! Rm25*  je…

Hypptunes Rock The World 9 will be having 3 stages and more than 60 bands. The line ups are as followed:-

MAIN STAGE

LOVE ME BUTCH, POP SHUVIT, BUNKFACE, PESAWAT, DISAGREE, ZEE AVI, SATURNINE, BITTERSWEET, BLIND TRIBE, JOHN’S MISTRESS, THE TIMES, SEVEN COLLAR TSHIRT, REPUBLIC OF BRICKFIELDS, RESTRAINT, MEET UNCLE HUSSEIN, AZLAN & THE TYPEWRITERS, BLEEDING MASCARA, MONOLOQUE, KUGIRAN DI TEPI PANTAI, UZUMAKI & 2 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

INDIE STAGE

BRAINHEAD, CAR CRASH HEARTS, JOANNA & CO., PRETTY UGLY, SKUDAP SKUDIP, AUBURN, THE OTHERSIDE ORCHESTRA, LABRAT, COUPLE, FORTY WINKS, FREE LOVE, Y2K, STONEBAY, SAM KUMAN, SECOND COMBAT, EVENSTARR, ROBOT ASMARA, AKU & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

CHILL OUT STAGE

RASHDAN HARITH, LIYANA FIZI, LURKS, OTAM, MOHD JAYZUAN, AZMYL YUNOR, KAREN NUNIS BLACKSTONE, BO, SHARIDIR & NIZAM P, RENDRA ZAWAWI & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR.

Rock The World 9 this year will preview the very first Twisties Bingit Music Workshop featuring John Thomas on drums, Rithan Deja Voodoo Spells and Julian Mokhtar on guitars, Ken (formerly Estranged bassist) on bass guitar and the chiptune music workshop by MN32.

Tickets can be bought at Music Valley, Rock Corner, Extreme outlets & also Sunway Lagoon.

Huhuhu dapat tak info tentang Hypptunes dan Rock the World 9 tu tadi?…. mesti dapat dah kan… ohh ye petang tadi aku dan rakan wartawan dari kepochhhiiee TV, membuat rakaman dan liputan berlangsungnya majlis pelancaran portal muzik Hypptunes penaja Rock the World 9. Dapatlah jumpa artis-artis indie antaranya Couple, Bunkface dan paling best dapat berbual-bual dengan Meet Uncle Hussain, MUH ni memang peramah dan senang dibawa berbual. Almaklumlah kami ni bukannya wartawan fofuler… kami ni wartawan sambilan je… hehehe oklah jom tengok gambar-gambar yang sempat di snap-snap oleh jurufoto kami iaitu aku sendiri dan kak sal (kepochhhiiee TV).

DSC_0025

Hadir di majlis tersebut untuk melancarkan Hypptunes adalah Naib President Eksekutif segmen Pengguna, TM, Jeremy Kung dan wakil dari penganjur konsert Hypptunes Rock the World 9, Fat Boys oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Zahid Yon.

DSC_0035

Barisan artis yang terlibat dalam konsert Hypptunes Rock the World 9

DSC_0033

Barisan artis yang terlibat dalam konsert Hypptunes Rock the World 9

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Majlis Pelancaran Portal Music Hypptunes & Rock The World 9 @ Sunway Lagoon Lighthouse Cafe

  1. Pingback: MEET UNCLE HUSSEIN & Sepetang di Sunway Lagoon | Mohd Zaid Othman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *