Realiti Atau Ilusi? – Ish Aku Pulak Yang Takut

258943621_01b967ae37

Semalam aku ada training kat office tu yang kena datang awal ke tempat kerja, training pukul 10 pagi tapi sebenarnya aku kerja shift petang.. dah la malam sebelumnya aku tidur lambat. Sampai ofis dan ikuti training tu dengan penuh minat, almaklumlah dah memang training pasal kerja mesti la minat kan.. lepas training aku pasti duduk melangok kat office sebab abis pukul 12, nasib baik bos aku offer aku OT sampai pukul 3, jadi terus OT dan terus masuk kerja pukul tiga tuh..Waktu kerja aku dari jam 3 petang hingga 11 malam, dah la hari khamis malam jumaat… diorang kat office pula cerita-cerita hantu.

Lepas balik kerja pukul 11 malam tu aku pun terus la balik rumah, tak singgah mamak pun sebab dah penat sangat. Sampai je rumah terus masuk internet dan cek Facebook dan selesaikan registration domain nbkara.com.my , pejam celik dah pukul 2.30 pagi.. mata dah menanah dan mengantok. So aku pun terus tutup laptop dan tidur kat bilik adik aku, untuk pengetahuan aku tidur bilik adik aku sebab katil kat bilik aku dah kene Najis Mutawassitah (kencing kucing)…

Lepas SMS dengan awek aku pagi tu aku pun terus terlena, ada la dalam setengah jam tertidur… lepas tu kucing aku dok mengacau aku tidur sekali, melalak “miaauuuu” sampai pekak telinga aku ni… aku terjaga dalam pukul 3 lebih… lepas aku terjaga tu, aku nampak kelibat mak aku pergi tandas.. mak aku siap membebel “isshhh kenapalah kucing kau ni memekak je” …. jadi aku terus bangun tidur dan letak kucing aku kat ruang tamu,… alangkah terkejutnya aku bila aku nampak mak aku yang jalan ke tandas tadi rupa-rupanya mak aku tengah tidur bedengkur kat depan…

Aku terus tergamam kejap, memikirkan siapa yang jalan ke belakang (dapur) tadi…. dalam fikiran aku memang mak aku sebab raut wajah dan suara tu memang mak aku…. OMG … siapakah dia yang berjalan tadi… , aku terus kejut mak aku dari tidur dan tanya dia kot-kot dia ada pergi tanda kejap tadi.. mak aku menafikan.. dia memang tak sedar dan tidur dari tadi…

OMG…. siapakah perempuan yang menyerupai mak aku tuhh… sampai sekarang aku tertanya-tanya… adakah itu hanya ilusi aku yang sedang penat dan mengantok… adakah itu hantu?.. jin atau makhluk halus?..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.