Mister Potato… Mister Potato! yeaaahhh… itulah kerepek kentang kegemaran aku sejak dari dulu lagi (My No Compromise Experience), Untuk pengetahuan semua kerepek kentang Mister Potato ini ada berbagai-bagai perisa yang best-best untuk orang asia macam aku ni.. antaranya, Perisa Tomato, Perisa Hot & Spicy, Perisa Original, Perisa Barbeque, Perisa Tangy Lemon, Perisa Sour Cream & Onion serta Perisa Sour Cream & Smoked Turkey yang dipek dalam dua berat iaitu 75g dan 160g. Rasa asli dan keranggupan kerepek kentangnya yang tiada kompromi, memang enak sambil-sambil aku berblog ni aku “kruupppp kraaapppp” kerepek kentang ranggup ni… PerrHHHhh layan siuttt..
Kalau korang semua nak tahu hari ini Mister Potato ada buat peraduan #1 Mister Potato Contest kat website http://www.misterpotato.com.my/ , peraduannya amat mudah dan hadiahnya cukup lumayan. Wang tunai RM10,000 Ribu owwww… Korang boleh masuk laman web tersebut dan daftar ahli secara percuma sebelum mengambil bahagian dalam peraduan yang telah diadakan oleh Mister Potato ni , Aku sebelum ni memang suka main game-game mudah ni kat Facebook…tapi peraduan anjuran Mister Potato ni lagi mudah semudah ABC… Wahhh aku apa lagi terus lah ambil bahagian sebelum ketinggalan, budak darjah satu pun pandai main game ni..
Okey kat sini aku terangkan cara-cara nak menyertai peraduan ini!
Pertama sekali korang perlu masuk website Nuffnang untuk maklumat terperinci. Kemudian masuk website rasmi Mister Potato di http://www.misterpotato.com.my/ dan daftar ahli secara percuma. Selepas berjaya mendaftarkan nama dan katalaluan, korang boleh terus masuk peraduan ni. dan hadiah-hadiah berikut semakin hampir menjadi milik anda.
• 1st Prize – RM5,000
• 2nd Prize – RM3,000
• 3rd Prize – RM2,000
Untuk korang langsaikan game ni, korang perlu lalui 8 level dan cabaran yang perlu dilalui, setiap 8 level tu ada banyak liku-liku dan ranjau yang perlu ditempuhi… cewahhh macam susah je… hahaha tak lah senang je.. kalau korang nak clue kat blog aku ni pun aku dah kasi hint!.. pandai-pandai je lah cari.

Untuk level pertama korang perlu cabut ibu kentang dan pilih kentang yang berkualiti untuk kentang Mister Potato ini. Sekiranya kentang yang korang cabut tu cantik dan kualiti, korang perlulah memasukkan kentang tersebut kat bakul “Good” dan sekiranya kentang itu dah rosak masukkan dalam bakul “Bad”, sebanyak 20saat diberikan dan korang perlu cabut ibu kentang seberapa banyak yang boleh!

Pada level ke2 korang akan disuruh jawab soalan dan kemungkinan korang perlu masuk blog-blog yang telah diberikan untuk mencari klue dan jawapan berkenaan soalan yang diajukan.

Selepas jawab soalan-soalan di level 2, korang perlu mencantas hehehe memotong kentang berkualiti yang korang kutip tadi dan 20 saat diberikan, potonglah seberapa banyak yang boleh dipotong… lagi banyak lagi tinggi peluang korang nak menang..

Pada level keempat pula, korang akan diajukan satu lagi soalan berkenaan “Fact on the Pack”. Apa yang korang perlukan dapatkan pek Mister Potato dan cari klue disana.

Level ke5 korang perlu test bunyi kerangupan kerepek kentang Mister Potato ni… kalau korang nak tahu dalam setiap pek Mister Potato hanya kentang yang ranggup dan berkualiti sahaja akan dipek, dijamin tak akan ada yang lemau..


Pada level ke6 korang perlu menjawab soalan, segala jawapan ada didalam link “Virtual Tour” . Level ke7 pula korang perlu mengingat perkataan yang keluar, hanya huruf Q,W,E,R dan T sahaja yang perlu ditekan.
Setelah ketujuh-tujuh cabaran ini dilalui.. korang mestilah menamatkan level ke 8 ini dengan memuat turun gambar kacak atau gedik anda dengan cara anda sendiri menikmati Mister Potato, yang penting ianya kreatif dan idea yang menarik… selepas selesai mengupload gambar korang tunggu pada 29 November di mana gambar korang akan berada dalam galeri. Pada tarikh itu pengundi boleh menggundi gambar kretif anda sehingga 5 Disember. Wei korang nanti vote ye gambar aku..
Huhu ni gambar gedik aku dan member-member aku berpesta dengan Mister Potato…

Topi dan misai tu aku photoshop je… heheehe nak beli dress mexican tak mampu.. heheh

Pelakon iklan kat atas ni Zaza (Kiri) dan (Nurul)… bersama Mister Potato kegemaran mereka.

Yammieee…. inilah MohdZaid kalau korang nak tahu… aku memang suka perisa Tomato dan Hot & Spicy

Abang Bob dan Rina pula suka perisa Barbeque, masing-masing tak mengalah nak juga rebut Mister Potato perisa Tomato aku hehehe…
Okehlah… harap-harap kalau aku tak menang peraduan ni aku dapatlah peluang kedua untuk memenangi hadiah untuk blogger Nuffnangers (Mister Potato Fiesta 2009)…hadiah dia pun lumayan hehehe so supportlah entry ini ye…! Untuk maklumat lanjut sila ke
atau layari:
http://www.nuffnang.com.my/blog/2009/11/02/mister-potato-fiesta-2009