Oh Bontot Panas!

Kali ni aku menulis bukan pasal kipas dinding ataupun KICAP cap kipas tapi cerita pasal kipas bontot orang, mungkin dah menjadi trend masa kini orang lebih suka kipas bontot orang dari kipas sate sendiri. Kipas bontot yang aku maksudkan adalah golongan orang yang suka mengampu dan bodek orang atasan, tapi tak semestinya orang atasan ada juga yang suka bodek makcik jual nasi lemak untuk dapat makan free hari-hari hehehehe.

Ramai yang aku kenal belagak bukan main lagi dengan pangkat dan kekayaan yang diorang miliki, tapi semuanya dengan jalan pintas bukannya dengan kebolehan dan bakat yang mereka ada. Kadang-kadang tu belajar tak tinggi mana pun, kemahiran pun suam-suam kuku je.. tapi pegang jawatan besar.. nak kata kerja lama tak juga.. nak kata berpengalaman tak juga… Aku bukan nak mengata sesiapa tetapi aku menulis bedasarkan pengalaman aku di kolej dan bekerja di KFC sebelum ni, jadi bak kata Kak Azwanaalia ‘Ada aku kesah’, blog aku aku punya sukalah nak tulis apa, bak kata Pak Meon pulak ‘Kalau tak nak buasir jangan la makan cili’. Harap-harap jangan lah ada sesiapa yang terasa hati sebab ni cerita umum dan nasihat untuk semua yang baca blog pakcik ni… Tak kuasa aku nak mentarbiah korang semua!.

Berbalik pada isu kipas bontot ni sama lebih kurang dengan isu politik, aku pernah jumpa ramai orang yang suka mengendeng-gendeng dan terhegeh-hegeh kat boss, berpura-pura baik tetapi ada agenda terselindung. Alasannya senanglah ko nak naik pangkat kan.. bagi perempuan pulak kecantikan dan rupa paras menjadi taruhan untuk mengejar nikmat dunia semata. Ahhh aku dah fedup lah dengan species orang yang macam ni, dah macam tak ada nilai kat diri tuh. Bila bercerita tentang keburukan orang tu bukan main lagi, tapi kesalahan sendiri campak kat orang lain.

Ada juga orang yang aku kenal, bila dah naik pangkat dengan hasilan kipas mengipas ni kemudian bukan main gah lagi dengan pangkat dia tu, ada sampai tak nak makan semeja dengan pekerja bawahan lah, ada yang tak boleh vaction sama-sama lah… berlagak macam high class tapi low class. Pemikiran orang yang macam ni sangat tidak bermoral bagi aku.. apa salah ke kalau korang makan breakfast dengan orang bawahan kau.. dulu kau setaraf dengan kami gak.. jijik sangat ke kami nih. Tulah dia kalau kerja asik kipas bontot boss je sampai dah berlagak macam company tu bapak dia yang punya, Opss terlebih sudah.. kang ada pula yang panas.. ingat ye korang.. pak meon dah cakap… ‘Kalau tak nak buasir jangan la makan cili’ dan ‘Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas dibontotnya’… paham-paham sendiri sudah!.

Kenapa ye masih ada orang yang macam ni?.. senang-senang nak jalan mudah menandingi orang lain. Ingat!! pangkat dan kekayaan tu tak boleh di bawa mati tau. Manusia mati hanya tinggalkan hutang dan nama je.. kalau yang dah kawin tu tinggalkan anak terkontang-kanting. Aku pun nak kata baik sangat tu tak la, mungkin dari pandangan orang, ada yang nampak aku pun kipas punggung orang.. tapi aku ni tak pandai nak kipas-kipas, sebab tu la sampai sekarang aku ni tak maju-maju.. kalau maju pun ambil masa 2 kali lebih berbanding orang mengipas ni.

Apa yang penting diri sendiri tu perlu berubah. Cuba cari x-factor dalam diri tuh, tak perlulah nak kipas mengipas ni sebab tu bukan cara yang terbaik dalam amalan dan adat kita. Setiap insan ada karismanya tersendiri tak perlu jual tubuh dan bergadai nyawa untuk pangkat ataupun apa saja dengan jalan mudah!

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Oh Bontot Panas!

  1. ruby says:

    betul tu zaid.. bikin panas jer org macam nih.. satu hari ni Allah s.w.t akan tunjukkan dan tarik balik semua rezeki yang mereka dapat,.. Tak bersyukur, sebab tu berlagak.. Hrmm.. Semoga mereka sedar sebelum terlambat.. Ko kalau dah tengok perangai mereka macam tu, jangan buat macam tu k.. Biar susah di dunia, senang di akhirat.. InsyaAllah..

  2. admin says:

    tunggu je la balasan Allah … satu hari nanti mereka pasti jatuh ke tanah jua…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *