Thank You For My Birthday Wishes & Happy Birthday to everyone eles TODAY

Verbesserung Pillen , die funktionieren Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi membuat ucapan hari lahir untuk diriku yang hina ni.. Tiada ungkapan lain selain terima kasih je yang dapat aku berikan. Tarikh 18-Oktober-1984 adalah tarikh keramat untuk seorang yang bernama Mohd Zaid Othman, sepatutnya lahir di Hospital Kajang tetapi atas sebab degil dan susah sangat nak keluar, sampai mak aku terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bersalin, sebab masa dulu Hospital Kajang tak berapa lengkap kot peralatannya. Huh! betapa bertuahnya aku dengan rahmatNya aku dilahirkan pada hari Khamis jam lebih kurang 8 malam, Yeehhhh sebab tulah aku suka nombor genap… 8 dan khamis adalah nombor dan hari ‘ONG’ aku, hehehe jangan percaya sangat.

no nguc tu nhien Nak kata aku dilahirkan cacat jauh sekali, Allah punya kuasa tak boleh kita nak pertikai, lepas aku dilahirkan aku mengalami sakit apa tah, sampai kepala aku besar (sebab tu lah sampai sekarang aku ni besar kepala dan degil), nasib baik tak bawa sampai ke tua. Aku pernah tanya mak aku, aku ni lahir secara normal, forceps atau vacuum extractor?.. mak aku cakap normal, ye lah setahu aku kalau pakai vacum kepala akan besar sikit.. tapi aku lahir secara normal tak kan besar kot! Yes! satu lagi keajaiban Allah maha pencipta, apa saja yang dia nak PASTI terlaksana. Mak dan nenek aku lah yang menjaga aku sewaktu aku kecil dengan kepala besar tak hengat tu sampai berkudis-kudis (nenek aku yang cerita)… aku rasa aku ada simpan lagi gambar masa aku kecil tu.. tapi malas la nak selongkar dalam album. Nasib baik sekejap je berkepala besar tu… lepas pada tu kepala aku beransur normal seperti biasa (Alhamdulillah)….

pieni siitin Aku mula menulis sejak dari dalam perut mak aku, 9 bulan aku belajar dalam perut dan conteng-conteng kat dalam perut mak aku masa tu, ye lah belum lahir mana kita tahu kan… hehehehe.. aku dikurniakan dua tangan, dua kaki, mulut, hidung, telinga, mata, deria, badan, muka dan tubuh yang sempurna. Sejak dari kecik aku menulis dengan menggunakan tangan kiri, dalam keluarga aku hanya mak dan aku je yang menulis dengan tangan kiri, yang lain kakak, adik dan arwah abah aku menulis dengan tangan kanan. Huh anugerah tuhan lagi,… orang cakap mereka tangan kidal ni lebih kretif dan seni sebab lebih banyak menguasai otak di sebelah kanan tapi yang tak bestnya kurang berjaya dalam pelajaran, pengurusan dan kesihatan yang tak menentu.. arrhh lantak lah nak buat macam mana, dah kejadian tuhan, kalau korang nak tahu hanya 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal, lagi 90 peratus maybe tulis tangan kanan atau tak ada tangan. Leonardo da Vinci pun menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang nak membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya. Haaaa betapa bertuahnya aku!… Alhamdulillah!!

Tuah (Lucky)!! – Korang  nak percaya atau tak tu terpulang lah!.. aku ni memang sangat bertuah.. lebih banyak luck dari bad luck.. tipu la kan kalau aku kata aku ni asik bertuah je.. mesti ada juga yang tak bertuah… ! dulu masa sekolah aku rajin masuk kuiz atau peraduan kat suratkhabar, TV, Radio, Internet…. kalau aku masuk apa-apa kuiz atau peraduan mesti menang.. tak hadiah besar pun mesti dapat hadiah gak walaupun hadiah tu kecil je.. macam-macam aku dapat tiket konsert lah, tiket percutian lah, barang-barang berjenama dan lain-lain lagi lah… pernah adik aku masuk marathon larian anjuran Kosmo! aku pun pergi lah temankan dia, hanya temankan je sebab aku tak larat nak lari…. disebabkan nak teman punya pasal.. aku pun isi borang untuk aku sekali… tapi tujuan nak menang cabutan bertuah dan baju free je… tiga tahun berturut-turut adik aku kalah dalam larian tu… dan tiga kali berturut-turut aku memang cabutan bertuah tanpa berlari pun hahahaha… punya bengang adik aku sampai tahun keempat dia dah tak nak masuk larian tu lagi, dia cakap.. asik angah je menang padahal tak belari pun hahahaha… lawak je adik aku nih. Pernah juga sekali tu masa aku belajar kat PTPL Kajang, bila balik je dari kelas aku suka dengar radio online, tak perlulah aku cakap frekunsi mana kang ramai yang cemburu pulak.. setiap kali stesen radio tu buat kuiz aku pasti menang,.. ada sekali tu aku jawab soalan banyak-banyak pastu pergi ambil hadiah bertimbun-timbun kat office stesen radio tu… sampai orang kat situ pun terkejut aku menang banyak sangat… mungkin aku ni memang ada tuah/lucky kot… tapi semua tu datangnya dari Allah S.w.t .. Alhamdulillah.

Opsss aku dah lari dari tajuk post aku nih heheheh ala saja je nak cerita serba sedikit tentang diri aku ni, kalau nak diikutkan banyak lagi tapi nanti-nantilah aku cerita ye.. bukan senang aku nak menaip sekarang ni… ni pun dah kira panjang gak aku taip kalau tak tu 10 patah 20 patah perkataan je huhu.. Aku nak paste ucapan-ucapan dari SMS/Facebook dan hadiah yang aku dapat hari ni..!!

kat bawah ni antara message ucapan hari lahir untuk aku dari Facebook, thanks ye korang!!

Facebookbdy

ada banyak lagi… ni pula hadiah-hadiah dan kek yang aku terima masa hari jadi aku… gambar kat bawah ni bantal yang cute hadiah dari Cik Ruby aku dah letak nama bantal ni sebagai soja za rast grudi ‘HUHUYaHOO ne cilen ane eshte mitra , terima kasih banyak-banyak ye ruby tak sangka aku dah tua-tua ni ada juga dapat hadiah.. kalau korang semua nak tahu… hari jadi Ruby dan hari jadi aku adalah sama, 18 haribulan oktober.. cuma tahun je lain kan ruby.. anyway happy birthday to you juga ye… hope ditahun akan datang ni ruby lebih ceria dan bahagia disamping orang yang tersayang ye…

18102009_003

Ni pula, kek dari kawan dan keluarga aku … memang sedap kek coklat dan kek coklat+pisang ni.. sampai menjilat jari… thanks ya!..

17102009_001

DSC_0707x

siap ada makan-makan lagi… sekali celebrate dengan hari jadi adik aku yang beza sehari je… dia 16hb aku 18hb… dah alang-alang tu sambut sekali lah ..

so ini sajalah untuk tatapan kali ini ada banyak lagi SMS yang aku terima. tapi aku tak sempat la nak taip balik kat blog ni….. apa-apa pun aku sangat menghargai korang semua… thanks for everything…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Thank You For My Birthday Wishes & Happy Birthday to everyone eles TODAY

  1. Alicia says:

    zaid…aku nak wish birthday je…hadiah takyah eh…

  2. ruby says:

    happy birthday.. hikhikhik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *