Open House Raya @ Rumah Syam dan Suria

Hari ahad lepas aku dan segerombolan budak-budak Helpdesk 7-Eleven Malaysia pergi open house umah Syam dan Suria. Tahun ni aku memang banyak menerima undangan open house, tapi berapa kerat je yang aku dapat hadir.. alasannya time diorang buat open house mesti aku kene kerja. Kalau nak diikutkan sebenarnya hari aku pergi rumah syam dan suria ni aku kerja shift petang. Tapi disebabkan pujuk rayu kawan-kawan aku akhirnya akur dan terus ambil Annual leave pada hari tersebut.

DSC_0501

Gambar kat atas ni masa kat rumah Syam, macam-macam dia dan mak dia masak… mak syam memang pandai memasak, thanks ye makcik.. kalau korang nak tahu, mak syam ni pun pandai menjahit.. ramai juga budak-budak opis yang tempah jahitan baju raya kat mak Syam.. jahitannya kemas sekali.. kalau sesiapa nak tempah baju ke nak jahit baju ke boleh la call mak syam ye… huhu makcik ni saya promot ni hehehe nanti leh la dapat komisyen hehehehe gurau je…

Lepas beraya kat rumah Syam, kita orang semua pergi beraya kat rumah x-staff helpdesk dulu, tak lain tak bukan Suria lah… huhu boleh dikatakan open house rumah dia ni juga sebagai reunion budak-budak helpdesk otai-otai dulu.. lama tak jumpa Mas dan Adha… huhu akhirnya open house ini menemukan kami semula…

DSC_0538

Anak Suria (Iris) jadi tumpuan ramai.. huhu ye la anak dia lagi comel dari maknya hahahaha su ko jangan marah ye aku cakap ko tak kurus.. ahahahah… apa kata lepas ni ko pergi jogging hari-hari… gerenti ko boleh slim melim balik hahahah… tapi aku tengok ko tak la gemuk pun maintain je wat apa nak kurus lagi.

Oklah kawan-kawan, tahun ni aku tak tau la nak buat open house ke tak… tak ada mood nak buat.. kalau ada masa nanti aku jemput la korang ye.. Chow..!!

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.