Happy Belated Birthday to My Nenek Kesayangan (Halimah Binti Omar)

Sedar tak sedar nenek aku telah menyambut hari kelahirannya yang ke 74 tahun. Alhamdulillah dengan usianya yang telah menceceh 74 tahun ni, nenek aku masih lagi sihat dan aku sangat-sangat menyayanginya… kalau tak ada nenek aku ni tak wujudlah aku kat muka bumi yang aman damai ni, tak jumpalah aku kat mak bapak aku yang aku kasihi dan sayangi. Nenek aku ni walaupun dah berusia tapi still tak boleh duduk diam, ada saja kerja yang dia nak buat. Tangannya ada saja yang nak dibereskan… untung kalau nenek aku datang rumah aku, dia mesti tolong sapu dan bersihkan halaman rumah… kitaorang dah cakap kat nenek jangan sapu.. tapi dia nak gak bersihkan… alang-alang dia dah berkemas, terpaksalah kami semua berkemas juga dek kesian kan dia hahahaah…

Kita orang ada buat collection untuk celebrate birthday nenek ni, cadang nak buat kat luar je sebab ari tu baru je buat kenduri kat rumah nenek.. so diorang malas la nak masak-masak, nak basuh pinggan bla..bla..bla.. so sebulat suara cakap makan tomyam kat kedai je… cadangan demi cadangan yang diterima dan akhirnya diorang nak makan kat Doll Tomyam (Sg. Sekamat) Kajang, kat sebelah Stesen Minyak Caltex. Aku baru 1st time makan kat sini, ermmm makanan dia tak la berapa sedap sangat seperti yang digembar-gemburkan oleh sepupu-sepupu aku ari tu… Kita orang order hidang untuk 7 set (dalam 40 orang makan)…. ni je dekat RM700. Huhu ikan kerapu masa 3 rasa.. yaksss… tak sedap langsung… ikan pun kecik je… mentang-mentang la kitaorang order banyak dia nak ambik untung lebih pulak tokei kedai ni… (nak naik haji cepat la tuh)…. apa-apa lah… aku rasa ni 1st and last time aku ke Doll Tomyam ni.. melainkan kalau ada orang belanja aku pergi je lah… hehehehe..

DSC_0323

Tak sedap tak sedap pun… licin la semua makanan… pakcik makcik aku order macam-macam… aku bedal je lah dah diorang order.. huhu masa nih semua orang dah kelaparan.. bila start je makan semua tak tentu arah hahaha melantak tak ingat dunia…

DSC_0393

Nenek aku yang tudung coklat tu… orang panggil nenek limah.. nek owang minta maaf ye kalau masa kecik-kecik dulu owang ngan Edi (Budak magic tak jadi) selalu buat jahat dengan nenek … owang ingat lagi owang ngan Edi buat jerangkap samar kat reban ayam nenek masa kecik-kecik dulu… last-last nenek yang kene perangkap tu hahahahaah…. pastu nenek marah kita orang, tapi lepas tu nenek juga yang bermanja-manja dengan kita orang balik hehehe…

Info : Cara pembuatan Jerangkap samar yang dimaksudkan adalah,

1. Cari kawasan orang jalan lalu-lalang (tapak tanah)

2. Korek lubang tanah tu agak-agak dalam besar tapak kaki manusia, lagi dalam lagi bagus.

3. Ambil cermin tingkap yang tak pakai atau dah orang buang…

4. Letak cermin tingkap tu kat lubang yang telah dikorek… kemudian tutup lubang dan cermin tingkap tersebut dengan lebihan pasir yang telah dikorek tadi…

5. Ambil daun kering dan taburkan di sekitar perangkap.

6. Tunggu orang lalu dan gelakkan diorang bila terkena…

7. Cermin tingkap tersebut pasti akan pecah apabila dipijak manusia…

(Amaran : Kemungkinan mangsa akan cedera parah di kaki kalau terkena serpihan kaca tingkap tu… jadi pandai buat pandai tanggung..)

DSC_0439

Nenek aku sedang memotong kek, Huhu kalau korang nak tahu dalam keluarga terbesar nenek limah, bulan 10 adalah bulan paling banyak kelahiran dan paling banyak kita orang buat majlis hari jadi…. memang ramai yang lahir bulan 10, aku sendiri pun lahir bulan Oktober… aku pernah tanya mak aku, kenapa orang ramai lahir bulan 10?… mak aku pernah cakap… dulu bulan 12 (December) cuti sekolah, so orang ramai kawin time tu… jadi bulan 10 lah diorang beranak…. ermmm mungkin juga kan… hehehe….

DSC_0477

Sambil-sambil tu kita orang sempat lagi bergambar sakan (potong kek dan bergambar ni kat rumah pakcik aku kat Bukit Mewah Kajang, lepas kitaorang makan-makan kat Doll tomyam)… ni je korang nak tahu sepupu sepapat aku… ni tak termasuk makcik pakcik aku… huhu kalau kenduri cam ni gerenti meriah macam kat funfair

DSC_0471

Ni pulak gambar anak-anak nenek aku, yang tak ada dalam gambar ni arwah abah aku dan pakcik aku sorang yang masuk air tu…

DSC_0472

Yang ni pulak, menantu-menanti nenek aku… yang tudung dan baju hijau tulah makĀ  aku…

Post ini telah di set auto schedule pada hari ini jam 2.30AM.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *