Raya Eve Dan Pakciku Gila…

Hari raya tahun ni aku rasa macam tak best je… tak ada feel langsung aku nak beraya.. semalam je aku dah kena marah dengan mak aku pasal orang takbir punya pasal… bukan aku tak suka orang bertakbir ke rumah aku… tapi cukuplah dua tahun lepas berapa orang je yang nak bertakbir… boleh dikira dengan jari je… saki bakinya cuma sedara mara terdekat je yang memeriahkan keadaan. Sebab tu aku tak kasi mak aku buat takbir tahun ni… supaya tak nak jadi macam tahun sudah-sudah je…, Alhamdulillah la tahun ni agak ramai juga yang hadir… lebih kurang 15orang… (ramai ke ni?….) ermmm boleh la daripada 5orang je tahun lepas hahahaha….

Selepas orang bertakbir kat rumah aku tadi… aku terus gerak ke rumah nenek, agak jam dah pukul 12 malam, saja je turun rumah nenek sebab rumah aku dengan rumah nenek berapa kilometer je. Sampai kat rumah nenek aku duk borak-borak dengan sepupu sepapat aku macam biasa. Kakak aku bawa juga kawan baru dia untuk diperkenalkan kat sanak saudara… Tiba-tiba pakcik aku yang mentel ni bising-bising kat aku, kemain marah lagi dia sebab kakak aku bawa kawan lelaki….. yang peliknya dia marahkan kakak aku.. tapi aku pula yang jadi mangsa bebelan dia… kalau korang nak tahu dulu pakcik aku ni sihat je.. tapi dia pernah accident kat Kajang, betul-betul depan Shell Kajang, tengkorak kepala pecah… yang peliknya kenapalah dia tak mampos je waktu yek…. mungkin liat sangat kot nyawa dia… ermmmm sekarang ni hidup menyusahkan orang pulak..

Aku bengang betul hari ni… dia dah spoil kan mood raya aku untuk tahun ni…. aku kesian kan nenek je kalau nak diikutkan kepala hangin aku ni, mau je aku lari dari mata diorang… tapi aku tak sampai hati… mereka je lah saudara aku… saudara yang baik-baik…. nenek aku siap paksa aku lagi suh datang beraya kat rumah dia esok…. nasib baik la aku ni jenis cepat cool… kalau tak mau je aku duduk rumah atau bekerja je time raya…

Arhhhhh kenapalah pakcik aku ni start balik perangai pelik dia…. dulu masa aku kecik-kecik pernah juga dia halau aku bila aku duduk rumah nenek. Kalau korang nak tahu dia dulu kemain anti lagi dengan bapak aku…. ntah la apa kes diorang adik beradik… aku malas nak campur sebab masa tu aku kecik lagi…

Tension….tensionnn…. aku tak ada mood nak raya…………………………………!!!!! @!#$!#%$!#

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Raya Eve Dan Pakciku Gila…

  1. alicechan says:

    Dengar ja lah apa yg dia bebel..lagipun dia pernah acciden kan..mungkin ada effect kot dengan perangai dia…nak buat macamana..bukan dia nak pun jd macam tu..lagipun sedara kan…sabar jelah eh… :-p

  2. admin says:

    @alicechan,

    betul tu juga alice… tapi saya pun ada hati dan perasaan… jangan la herdik dan marah saya depan saudara mara yang lain… saya rasa terhina bila dia buat macam ni… lagi-lagi la sekarang time raya… time yang sepatutnya kita bermaaf-maafan… dia dah spoilkan hari raya saya..

  3. alicechan says:

    sabarlah zaid…mesti yg lain pun tau kenapa dia macam tu kan…time raya kenalah happy2..senyum2…ceria2..makan2…hihi..

  4. sara says:

    astaghfirullahalazim.. sabar zaid.. dah tua kalau tak beringat memang mcm tu… ko sound jer.. hehe.. anyway bersabarlah… bnyak pahala… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *