Akhirnya Aku Berjaya Memberanikan Diri…

Hari ni 10/09/2009 menjadi sejarah dalam hidup aku apabila aku memberanikan diri untuk melamar si dia.. seperti yang korang semua tahu, aku ni memang takut untuk meluahkan isi hati dan perasaan cinta aku kepada orang, lebih-lebih lagi dia seorang perempuan yang ingin aku jadikan kekasih dan isteri suatu hari nanti.. Alhamdulillah dengan berkat dan sokongan kawan-kawan aku akhirnya berjaya memberanikan diri melamar si dia sebagai kekasih hatiku. Walaupun si dia perlukan masa untuk berfikir tapi aku rasa lega kerana sudah selesai beban cinta yang aku tanggung selama ini. Kalau tak sebelum ni aku makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena…. arrhhhh adakah aku telah dibius cinta… ya inilah yang dikatakan demam cinta…

Tiada ayat jiwang yang aku lafaskan, sikit-sikit tu adalah… aku ni bukan jenis seorang yang romantik… aku seorang yang humor suka buat lawak dan periang orangnya. Dalam masa yang sama aku juga seorang yang pemalu dan merendah diri. Dah lama aku nantikan saat ini (untuk melamar si dia) tetapi lidah kelu untuk berbicara. SMS menjadi saksi babak-babak dan detik aku bicara kepadanya. Ya walaupun hanya melalui SMS tetapi amat sukar untuk aku menaip… bahkan seluruh tubuh aku merasa kaku dan menggeletar.

Ternyata masa diperlukan untuk si dia membuat keputusan. Aku tidak menghalangnya.. biarlah si dia mencuri masa itu dengan perkenalan yang lebih hebat lagi. Anggaplah masa yang aku berikan sebagai ujian untuk aku lulus dalam peperiksaan jodoh. Dalam masa yang sama aku dan si dia boleh mengenali diri masing-masing baik dan buruk akan dilalui bersama-sama. Masa akan berjalan dengan pantas, aku perlulah menunjukkan sikap yang baik, rasa sayang, cinta, kejujuran hati, perhatian dan perasaan aku terhadapnya.

Apa yang menyebabkan aku terpikat pada si dia?.. dialah yang sentiasa menjaga kesihatan aku, tak kira lah aku sakit perut ke, sakit kaki ke, sakit hati ke si dia lah yang pertama akan menegur dan bertanyakan status kesihatanku dan dialah yang akan memberi nasihat percuma kepada aku. Dialah penghibur dikala hati aku tidak tentetam… dikala sunyi… dikala aku perlukan seseorang untuk mendengar masalah aku.

Aku bukanlah seperti yang korang sangkakan. Pernah sewaktu aku sekolah dulu seorang kawan pernah cakap, ‘ehh zaid kau tak pernah bercinta kan.. kau tak suka perempuan ke?’. Tanggapan mereka tidak benar…. aku tidak memilih rupa yang cantik,  paras yang menawan… tetapi aku memilih soal hati yang serasi dengan aku.. aku rasakan si dia adalah yang terbaik yang pernah aku jumpa selama ini. Kalau tidak tak akan aku berani untuk mencuri hatinya.

Cinta aku tidak bertepuk sebelah tangan… Walaupun tiada jawapan dibibirnya lagi tetapi harapan yang diberikan amat kental. Perubahan perlu dilakukan dalam tempoh ini, yang lain-lain tu biar aku dengan si dia je lah yang tahu ye… rahsiaaaaaaa… hehehehe…

Aku tak pasti lagu ni sesuai dengan entry kali ni atau tak… tapi apa yang penting aku nak tujukan khas lagi ini untuk si dia yang aku sayangi…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com