Mencuba Google Adwords!..

zaidadwords

Hari ni aku saja-saja mencuba iklan Google Adwords.. caj untuk pendaftaran cuma RM20 dan aku dapat free coupon RM200 dari Google… yahoo just suka-suka je… kalau ada sesiapa nak buat kempen iklan kat Google Adwords ni boleh la tumpang kat aku ye… aku jual murah je.. nak ke?.. hehehe

Ada sesiapa yang tak tahu apa itu Google Adwords ke?… meh aku terangkan sikit.. aku ni tak pro pun just tau basic je..

Google adwords adalah sebuah program pengiklan melalui internet bagi perusahaan atau orang (advertiser) yang dikelola dan dikawal selia oleh pihak Google. Melalui program ini advertiser boleh mengiklankan produk mereka seperti barang keperluan, perkhidmatan, business, dan seperti aku mengiklankan blog sendiri hehehe… Dari sini korang boleh lariskan jualan produk korang melalui carian enjin google, korang pun tahukan google adalah medium carian internet paling laris… kat sini korang boleh iklan contohnya kalau korang berniaga kondom… dan bila orang taip keywords “Kondom terpanjang didunia” kat Google , iklan produk korang akan dipaparkan dibahagian tepi kanan atau atas tapak carian..  ianya menambah cantik lagi iklan anda selain orang yang mencari kondom tu terus buntang biji mata sebab apa yang mereka cari dah dapat. (ni contoh je…)

Darimana Google dapat duit?…

Google akan caj iklan korang melalui PPC (Pay Per Click), Pay per click advertising adalah sebuah layanan pemasangan iklan dimana kita akan dikenakan bayaran jika iklan kita diklik oleh pengguna. Lagi banyak orang klik, lagi banyak google akan caj korang. Tapi korang boleh set budget macam aku sehari seringgit, seringgit cukuplah buat apa nak membazir banyak-banyak….

okelah.. apa yg korang perlu tahu Google Adwords ni berbeza dengan Google Adsense, Google Adsense pulak adalah medium untuk orang yang ada website atau blog meletakkan iklan kita diblog mereka… haaaa yang ni pihak blogger tersebut tak perlu keluar duit sebab iklan tu pemilik adwords dah bayarkan…. korang cuma terima duit je bila orang klik iklan tersebut…. Huh pening kan penerangan aku nih… hahahahaha nak senang korang klik je la link bawah ni…

Google Adwords

Google AdSense

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Mencuba Google Adwords!..

  1. Irawan says:

    Wah, gimana caranya agan supaya dapat coupon adwordss, mohon sharingnya. Saya berminat pula untuk beriklan di adwords ni

  2. Mohd Zaid says:

    Irwan > saya tak pasti kenapa saya diberikan coupon ini.. tapi apa yang saya tahu saya pernah membeli Google Adwords suatu masa dulu..

  3. This recreation is obtainable on Android and iOS (iPhone 5 and above,
    iPod Touch fift era and above aand iPad three and above).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *