Hari ini 4-Sept-2009 aku..

8.00AM – 12.30pm – Tidur

12.30pm – 1.30pm – Berfacebook dah lah farmville dan burnbuddy tak boleh bukak,… hangin satu badan.. abis aku punya tanaman layu, wei korang jangan asik nak curik tanaman aku yek.. kang aku curik balik korang punya…

1.30pm – 2.10pm – Sambung tidur jap, ngantok arrr… mata ni asik nak membuto je…

2.10pm – 2.40pm – Mandi, siap-siap nak pergi kerja… minggu ni aku shift petang..

2.40pm – 2.56pm – Dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja.. naik motor je kalau naik kereta sah-sah tak ada parking.. kat Times Square ni parking mahal..

3.00pm – clockin id, huhu nasib baik datang tepat waktu.. kalau tak mesti dah kena marah dengan bos..

3.00pm – 5.00pm – kerja seperti biasa.. hari ni kerja tak banyak sangat…

5.00pm – 6.00pm – perut dah krrooookkk koooorrrooeeee, laparrrr…. hauss…. suh alice dan ruby beli nasi lemak kukus kat bazar ramadhan bukit bintang… hhuhu rm4 je ada ayam… tapi…. tapi….. bila makan hampeh… tak sedap..

7.00pm – 8.00pm – turun bawah pergi kedai mamak berbuka puasa… dan borak2 kosong dengan kawan-kawan..

8.00pm – 9.00pm – teringin nak minum starbucks pulak… so ajak si alice, shah, ruby beli starbucks… aku biasa la mesti nak Java chips… huhu kami ada diskaun staff so tak la beban sangat…

9.00pm – 11pm – kerja seperti biasa… update email office bla…bla..bla…

11.00pm – 11.30pm – lepak ehsfan (mamak) minum teh tarik… wajib ni…

11.30pm – jalan ke parking motor… start enjin motor… bila jalan je tayar pulak pancit… macam gampang… nak teruskan perjalanan takut terkandas pulak…

11.40pm – call mak aku tanya kot-kot akak aku dah tidur ke belum…. nasib baik dia tak tidur lagi.. suh dia jemput je la aku kat office nih…

11.45pm – 12.15am – lepak office sementara akak aku sampai…

12.20am – akak aku sampai office… naik kereta dan terus balik

12.40am – sampai rumah.. mandi… dan berfacebook balik…

inilah perjalanan hidup aku untuk hari ni.. 4 Sept 2009 …

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *