Lirik : Selamat Hari Raya – Saloma versi 50-an (Dam dam dum bunyi mercun)

Huhu harga minyak petrol dah naik, harap-harap minyak tanah pun tak naik harga la ye.. almaklum lah raya dah nak dekat.. nak pasang pelita kenelah pakai minyak tanah. Huh lama tak dengar lagu raya Saloma versi 50an ni kan… dam dam dum bunyi mercun… haaa dengar tu adik-adik jangan asik main mercun je kang ada yang putus telinga lah, putus kaki lah, putus mulut lah… kesian kat mak bapak korang kang…

http://www.youtube.com/watch?v=D1h11VZ57QY

Download Lagu ini : Klik Disini

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Remdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus 1 )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira
Merayakan aidilfitri yang mulia

Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang
Mintak bu kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun

( korus 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Album Lirik Video and tagged , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Lirik : Selamat Hari Raya – Saloma versi 50-an (Dam dam dum bunyi mercun)

  1. miera says:

    curi lirik ea nk letak kat blog @__@

  2. Pingback: Keyword Dan Lirik Selamat Hari Raya « Aku Zaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *