Sambutan Merdeka dan Berbuka Puasa @ Redbox Sogo

Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua pelawat blog zaid nih.. huh apa la erti merdeka kalau tak merdeka kan.. hahaha… apo aku cakap nih.. tak masuk akal tul.. Hari ni aku, kak sal, rina, a.bob, kecik, yus, a.zaimi dan kak yati 290, memilih Redbox Sogo untuk berbuka puasa dan celebrate hari merdeka.

huh salah ke berbuka kat pusat karaoke?… tak salah kan.. huhu janji kitaorang makan makanan yang halal tul tak. Memula rancang nak berbuka kat hotel radius tapi si yusri ada plan lain nak berbuka kat Redbox. Memula aku malas gak nak pergi sebab ramai yang tak nak, tapi atas dasar kawan aku ikutkan juga. Best gak berbuka sambil karaoke ni, lagi pun aku dah lama tak ke Redbox. Cuma aku bila makan kat Redbox mesti tak habis.. nak kata sedap sangat tu tak la.. tapi masakan dia biasa-biasa je..

Yang bestnya si yusri pilih lagu final countdown huhu nak count detik 12 tengah malam dah lepas dah.. tapi saje je pilih lagu tu.. nyanyi ramai-ramai sampai nak pecah bilik exclusive tuh.. hahahah, budak-budak yang kerja kat Redbox ni pun baik-baik.. siap buat lawak lagi suh pakaikan kondom kat mic tu… hahahaha (kak sal jangan gelak lebih ye ni rahsia kita berdua..)

Antara juadah yang kami rembat… huhu rembat ke?… bayar tau!!… satu kepala RM36++ korang makan la sampai kenyang…

DSC_0015

Yang ni hidangan Rina dan kecik.. boleh tahan gak diorang ni melantak…

DSC_0014

Yang ni untuk aku dan kak sal… sebenarnya ada banyak lagi.. tapi tak cukup ruang meja so terpaksa la letak kat kerusi..

DSC_0013

Nak tau tak… udang ni aku rembat banyak… sampai orang yang beratur belakang aku bengang sebab tak tinggalkan untuk orang belakang… hahahah nasib la kan.. siapa cepat dia dapat.. aku bayar tau..

DSC_0017

Karipap dia suck… tak sedap langsung… sedap lagi karipap rina… hehehehe

DSC_0026

Lepas makan apa lagi sambung memekak sampai tak ingat dunia…. uihhh yus ko lupa sembahyang yek?…. hahahaha

DSC_0047

Inilah pasangan sehati berdansa musim terbaru ni… sepadan tak?…

sebenarnya banyak lagi gambar yang nak diletak.. cukup la ni yek.. kang buat penuh server hosting aku jek… hehehe… ok la next time aku nak berbuka kat Menara KL pulak.. amacam.. ada yang nak belanje?… aku on je..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Sambutan Merdeka dan Berbuka Puasa @ Redbox Sogo

  1. Alicia says:

    sedap makanan…yummy..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *