Akan Datang : Pengembaraan Ke Zoo Negara!

Banyak tul akak aku shopping tiket Zoo negara tadi, total semua dekat RM200, yang bestnya tadi ada pameran Zoo Negara kat Jusco Cheras Selatan. Diorang buka booth jualan tiket dan pameran bergerak. Kat sini korang boleh dapatkan tiket dengan harga Dewasa RM15 dan kanak-kanak RM11, dan yang bestnya juga setiap pembelian tiket korang akan dapat free tshirt… aku dah beli 5untuk famali aku.. so lepas raya ni bolehla kita orang melaram dengan baju ni kat Zoo Negara nanti… huhu..

Dah lama dowh aku tak pergi Zoo Negara.. kali terakhir aku rasa masa form3 kot?… ermmm tak tau la apa yang menariknya kat sana yek.. tapi yang penting aku nak jumpa kawan aku Si Rimau… adik beradik dengan anak kucing aku… hahahaha…

Oh ye info ni… kalau korang nak dapatkan tiket ni beserta tshirt tu masih ada esok Ahad 30 Aug 2009… datang la sendiri ye kat Jusco Cheras Selatan. Sambil shopping baju raya boleh la singgah beli tiket yek…

29082009_002

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com