Selamat ber’fasting!

selamat_berpuasa____by_Scraemer

Akhirnya sudah tiba saat yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam untuk menunaikan kewajiban rukun islam ketiga iaitu menunaikan ibadah puasa dibulan Ramadhan. Huhu alhamdulillah tahun ni kita masih sempat berpuasa, walaupun sekarang cuaca tak menentu sekejap panas sekejap sejuk lagi dengan penyakit selsema babi influenza H1N1 tak menghalang kita dari berpuasa. Kalau boleh masa bersahur tu minum air suam dan buah kurma banyak-banyak selain dapat kuruskan badan boleh jaga kesihatan gak.

Banyak kenangan berpuasa masa sekolah dulu, aku mula berpuasa tak silap aku dari tadika.. tapi masa tu puasa setengah hari je.. bila balik je rumah mesti minta mak aku masak. Walaupun kadang-kadang mak aku tak nak masak tapi dia kesian kat aku, akhirnya dia masak gak telur goreng kicap hahahaah!… Masa aku darjah tiga aku dah mula puasa penuh, kawan-kawan kat sekolah ada yang tak puasa. Masing-masing bila waktu belajar pergi toilet, bukannya buat apa tapi pergi minum air paip hahaha dah tak de kerja diorang ni. Tapi tak boleh nak salahkan diorang gak sebab masa tu kecik lagi.. Pernah gak kawan-kawan aku tekantoi dengan ustaz masa sekolah, tak hengat beli air coke dan roti krim letak dalam beg, pastu pergi surau.. ingatkan diorang nak sembahyang.. rupa-rupanya buat projek melantak. Satu minggu kene berjemur padang. Masa tu memasing mula la insaf tapi ustaz aku tegas lapar ke haus ke puasa ke tetap kena berjemur. Akhirnya lepas pada tu diorang semua berpuasa… hahahaha

Aku pun masa sekolah dulu ada juga ponteng puasa, curi makan dalam refrigerator, tapi lepas makan rasa menyesal pulak.. bukan makan banyak pun just minum air seteguk dan kuih je… ish.. nasib baik la masa sekolah rendah… tapi aku tak la ikut tabiat tu sampai sekarang… Sekarang walaupun aku ni tak la alim, tapi rukun islam ketiga ni tak pernah tinggal

Azam puasa tahun ni selain menahan lapar dahaga dan beribadah kepadaNya, aku nak kuruskan badan.. opss.. kuruskan badan?… eerrmmm tak boleh kot… tapi aku akan cubalah untuk kurangkan berat badan… masa berbuka tu aku nak try makan sikit je.. kalau boleh nak makan kurma je.. tapi boleh ke?.. OMG.. seksa dowh!.. lagi la kalau mak aku masak sedap-sedap masa bulan puasa.. mesti nafsu makan aku membuak-buak sampai tahap gaban. Walaupun tak ada setan yang menghasut tapi nafsu ni tak dapat dipisahkan hahahaha sial punya setan.. dah kene ikat tapi tinggalkan tabiat buruk kat aku ni…

Ramai kat luar sana hanya berpuasa untuk menahan lapar dan dahaga, tapi diorang lupa untuk puasa pancaindera seperti mata, telinga, tangan, kaki, mulut, pemikiran dan lebih penting hati tidak dipelihara malah berlipat ganda melakukan perkara negatif yang mengurangkan pahala. Bayangkan korang berpuasa nih, tapi tengok Redtube! (jangan klik kalau korang budak baik) ermmm apa nak dikato la kan… kalau boleh jagalah amalan dan perbuatan kita dibulan mulia ni. Banyakkan amal ibadah dan yang paling penting jangan lupa bayar zakat yek..! huhu ingat kat kawan aku dulu boleh terlupa nak bayar zakat… sapa nak jawab?.. sendiri mau ingat la kan… kalau tak silap aku tahun kat kadar zakat kat Selangor RM7.00 , ok la tu kan.. tak la membebankan pun… janji ikhlas.. tak gitu..

Oh ye meleter punya meleter korang ingat lagi ke doa niat puasa ni?… jangan main puasa je tapi niat lupa nak baca.. uhuhu kalau lupa meh dengar ni dan hafal lah… (Alice in reading… jangan lupa baca BISMILLAH HIR RAHMANIR RAHIM dulu ye sebelum niat hahahaha)…

Doa berbuka puasa?… huhu kalau tak ingat dengar ni pulak..!!

Anyway… selamat berpuasa kepada semua umat islam tak kira dimana anda berada tunaikanlah kewajiban ini dengan ikhlas dan niat yang sempurna.. jangan terlalu ikutkan nafsu ikut dan beli apa yang perlu… dan jangan lupa Mandi Wajib.. yang ni penting kalau tak semuanya batal hehehe….

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Selamat ber’fasting!

  1. Alicia says:

    Bila kena baca tu zaid? Yela tu nak kurangkan berat badan….ahahaha…tp aku pun ingat mo control time berbuka…bukan sbb nak diet je …nafsu makan tu yg penting…control..ahahaha…lepas ni ko kena lah bangun awal smbyg kan…ahahaha :-p

  2. admin says:

    @Alicia,

    baca setiap malam alice… malam ni dah boleh baca…

    yes diet key… aku nak buat jadual diet la. hahahaha

    insyaalah aku akan puasa dengan menjaga mata, kaki, mulut dan tangan… sembahyang??… ermmmm insyaalah gak… semoga Allah menunjukkan jalan yang benar kepada diriku ini.. amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *