Aku Nak Jadi & Mendapat Kawan Yang Terbaik

Hari ni tak boleh tidur pulak, dah seminggu kerja shift malam mata pun dah naik buntang tak boleh tidur. Lagi pun aku ni sejak sekolah rendah lagi susah nak tidur malam, kalau time gelap tu lagi bijik mata aku ni besar hehe. Tengah bosan-bosan layan perasaan sorang-sorang ni teringat kat kawan-kawan sekolah, kawan kolej, kawan masa mengaji, kawan office, kawan chatting kat YM. Aku ni memang susah nak ingat nama orang tapi kalau tengok muka tu insyaalah kenal lagi la.

Kata orang bukannya senang nak cari kawan yang baik  dan bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik , baik ke aku terhadap kawan-kawan aku?.. aku rasa aku dah berikan 110% yang terbaik kepada mereka semua, mungkin ada diantara kawan-kawan aku yang kurang senang dengan aku, memang manusia tak semuanya sempurna. Walaupun aku dah berikan 110% terbaik kepada mereka, mungkin ada diantara perbuatan dan pertuturan aku yang agak lepas telah menyakitkan hati semua orang. Sebenarnya tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa, hanya kawan-kawan baik aku je yang faham dengan perangai gila-gila aku ni. Kalau time gila aku datang abis semua orang aku buat lawak sampai pecah perut.

Apakah ciri-ciri kawan yang baik?… kawan yang baik akan mencuba sedaya upaya tidak mengumpat kawan baiknya dengan orang lain. Apa erti menjadi kawan baik kalau belakang kita kemain lagi mengata kita, kita ni gemuk la, kita ni jalan senget la… Kawan baikkah itu? bagi aku aku tak kesah kalau orang nak mengata aku, kalau nak mengata depan-depan, aku boleh terima. Kalau mengata belakang ni memang la bukan kawan baik aku… hahaha

Untuk menjadi kawan yang baik , jangan sesekali cemburu dan melarang kawan baik kita berkawan dengan kawan baiknya, biarlah dia nak kawan dengan siapa pun janji kita yakin yang dia memang kawan baik kita. Sentiasa menasihati kawan baik kita kalau dia buat perkara yang tak betul dan tak sihat.., dalam waktu sunyi kawan baiklah yang sentiasa menjadi penghibur, macam aku kalau time sunyi aku akan YM dengan kawan-kawan baik aku. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira kerana kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Aku sentiasa mendoakan kejayaan dan kesihatan kawan baik aku, walaupun aku ni tak kuat iman, tapi aku tetap berdoa agar Allah sentiasa meringankan beban dan kesejahteraan kawan baikku di dunia dan di akhirat. Tapi aku memang susah nak dapat kawan yang baik. Kawan yang pura-pura baik tu ramai la…. tapi aku tak kesah sebab aku pun pura-pura baik dengan dia orang hahahaha…

Huh siapa kawan baik aku yek?… dalam hidup aku ni aku cuma ada 6 orang kawan baik je… siapa tak perlulah aku sebutkan sebab jika dia kawan baik aku sudah tentu dia tahu.

Ops tiba-tiba kepala otak aku blank… so sampai sini dulu… nanti aku update lagi.. cayok..!

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com