I LOVE Malaysia

Semperna hari kemerdekaan yang ke 52 ni aku nak ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri baru kita Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan semua mantan perdana menteri Malaysia Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein, Tun Hussein bin Dato’ Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang selama ini berhempas pulas membangunkan negara Malaysia tercinta.

Apa sumbangan aku terhadap negara?..dari segi ekonomi mungkin ya la sebab aku seorang pekerja. Jadi sedikit sebanyak dapat memantapkan ekonomi negara, tak la jawatan aku sekarang ni disandang oleh orang indon atau banggla.. kalau aku nak pilih isteri pun aku nak pilih orang Malaysia… buat apa nak kahwin orang asing?.. apa tak cukup cantik ke awek melayu sekarang?… hahahaha¬† tak kesah la orang melayu ke, orang india ke, orang cina ke, orang kadazan, ke orang dusun ke,… janji orang Malaysia tak gitu… jangan kita dok membangga orang asing sana tuh… tak kemana pun… tapi kalau dah jodoh nak kawin dengan Britney Spears ke Avril ke nak buat macam mana kan.. aku terima je la hahaha…

Teringat masa Merdeka tahun 2003, masa tu aku join projek Yayasan Salam buat perarakan Merdeka kat Putrajaya, waaa bangga dowh masa tuh.. siap suruh mak aku tengok tv lagi.. hahaha walaupun muka aku tak masuk tv, tapi aku bangga jadi anak Malaysia yang sanggup turun padang masa tuh..

Aku juga ada sehelai baju I Love Malaysia yang aku beli dengan harga 50 ringgit kat Giordano, apa yang bestnya aku dan kawan-kawan aku pun beli gak. Bukan nak menunjuk tapi bangga sebagai anak Malaysia… Baju ni kami selalu pakai bersama kalau nak outting kat mana-mana.. huhu mesti orang pandang-pandang… tapi ada aku kesah!.. aku anak Malaysia lah!.. kalau malu duduk Malaysia sila ke negara lain… Indonesia ke, Thailand ke, mahupun ke Iraq.. aku tak kesah!..

Rasanya ramai diantara korang yang tahu nyanyi lagu Negaraku kan… tapi ingatkah lagi korang dengan lirik lagu tersebut?… almaklumlah kadang-kadang usia semakin meningkat.. otak pun dah beku… tapi aku harap sangatlah walaupun korang tak nyanyi lagi lagu Negaraku tu sekarang tapi bila dengar lagu tu cubalah bangun dan bediri tegak sebagai tanda hormat boleh kan…

Okelah kepada semua rakyat Malaysia, aku ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 tahun, bagi belia remaja tu, jangan nak gaduh-gaduh ye.. lupakan lah refomasi lah perarakan haram la.. tu semua buang masa je… apa kata korang buat kerja yang berfaedah… buat sesuatu yang membanggakan negara Malaysia..oke…

DSC_0178

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to I LOVE Malaysia

  1. Alicia says:

    ari tu dengar lagu negaraku, ko x berdiri pon. ko wat dek je…

  2. stereotaip says:

    hafal rukun negara x?
    bila ko kibarkan bendera malaysia?
    lagu negeri ko slalu nyanyi x?
    apa ko buat bila nampak bendera malaysia jatuh ke lantai?
    kadang2 kita slalu fikir kita benar2 patriotik dengan mengabaikan perkara2 sedemikian…

  3. admin says:

    ye ke… memandai je kau… aku berdiri arrr…

  4. admin says:

    nak kata aku patrotik tu tak la sangat… tapi rukun negara sampai hari ni aku ingat huhu yg ni tak boleh lupa… walau apapun terjadi yang 5 ni tetap dalam hati…. bendera Malaysia.. ermmm tiap-tiap tahun waktu merdeka mesti kibarkan jalur gemulang… tak besar pun saiz kecik untuk kereta tu pun jadi la hehehe… letak kat dalam office…

    tapi aku hairan la.. sekarang ni korang perasan tak… ada bekas minuman kertas ada gambar jalur gemilang… bila orang dah pakai cawan tu pastu buang…. macam kita buang jalur gemilang pulak.. ermm tak patut….

  5. Alicia says:

    @admin, tipuu

  6. admin says:

    tak caya sudah ehem-ehem sebelah kekeke…

  7. stereotaip says:

    macam mana dgn ikrar negara?
    hohoh….

    saiz bendera tidak menjadi kayu ukur seseorang adalah berjiwa malaysia atau tidak….
    tanya hati masing2..

    hmm…
    botol minuman yg ada bendera malaysia tu aku xjumpa lg…
    abes tu ko kutio x botol tu?
    haha!

  8. ijam says:

    aku pun pernah jumpa orang jual air guna cawan kertas lambang Jalur Gemilang… apa kejadahnya mereka ini.. tak ada identiti kerakyatan Malaysia langsung…

  9. After going over a few of the articles on your web page,
    I really like your technique of writing a blog. I book-marked it to my bookmark
    webpage list and will be checking back in the near future.
    Please check out my web site too and tell me what you
    think.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *