My Passport Essentialc – Portable Hard Drive

Dah lama aku mengidam hard disk 1TB, huhu besarkan 1TB rasanya tah bila la nak penuh harddisk aku kalau aku beli 1TB.. Hari ni setelah 5hari berfikir nak beli atau tak external harddisk ni telah terjawab, sebelum apa-apa thanks kat Ruby dan Naim sebab ambik risalah harga kedai-kedai kat Plaza Lowyat, dapat juga aku mentelaah serba sedikit harga harddisk ni.

Petang tadi waktu rehat masa kerja, aku ajak Rina temankan aku pergi beli harddisk, kebetulan a.bob dan a.zaimi pun ada so diorang pun nak temankan sekali sambil-sambil tu bolehlah cuci mata dan tengok gedget baru kat Lowyat.  Jalan punya jalan aku terus pergi kedai C-Zone kat Lowyat dan terus rembat sebijik Harddrive 500GB brand Western Digital.. mula-mula nak ambik 1TB tapi bila fikirkan 1TB kena pakai adaptor tu yang malas tu.. walaupun harga 1TB lebih murah tapi kalau pakai adaptor rasa macam kuno pulak.. macam zaman desktop harddisk… Harganya boleh tahan gak mahal, RM350# . Apa lagi kredit kad la jawabnya… aku ni bukannya ada duit cash… huhu lagipun apalah sangat pakai kredit kad.. boleh kumpul point.. boleh tebus voucher KFC nanti huhu..

Lepas aku selesai beli harddisk ni, kami pun turun tinggat LG dan jalan-jalan kat lobby plaza lowyat a.bob berkenan pulak satu set PC wireless ni. Lawak la mamat cina yang menjual tu.. aku dan a.bob lah mangsa lawaknya. Huhu nak tahu apa dia… aku tanya la cina tu… PC ni boleh touch screen ke?… dia cakap memang boleh… so aku try la touch kat screen tu…. picit punya picit.. tekan punya tekan… hampeh… tak ada apa-apa effek pun…. pastu mamat cina tu gelak.. dia cakap tu kan you dah touch dia punya screen…. hahahahaah hampeh… memang la aku touch screen pc tu… tapi pc tu tak ada function touch panel kat screen… hahahahaha a.bob pulak kene gak… a.bob cakap keyboard ni wireless ke?.. mamat cina tu cakap ahha memang wireless… pastu a.bob tanya lagi.. berapa jauh keyboard ni boleh pakai wireless.. pastu mamat cina tu suh a.bob pergi jauh-jauh dan try…. kami dah tergelak dah… ye la kalau dah pergi jauh-jauh macam mana nak detect … sebab kalau dah jauh… PC pun tak nampak hahahaha…. korang paham ke cerita aku ni?… kalau tak paham tak apa la… janji aku paham dan tergelak sorang-sorang hahahaha…

oke ini ada video masa aku buka kotak My Passport Essentialc – Portable Hard Drive nih…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

11 Responses to My Passport Essentialc – Portable Hard Drive

  1. Alicia says:

    aku dah agak dah…..hahaha……

  2. ruby says:

    so, zaid tak amik 1 TB la eh?? Bagus.. Bagus.. Hehehe.. Alang2 1TB, baik 2TB jer kan.. eehehehhe,… 500GB pun tak abes guna.. Penoh ngan gambar je dalam hdisk ruby.. hehehe..

  3. admin says:

    yup ambik 500gb je… memang niat nak ambik 1TB tapi semua pakai adapter .. tu yg malas tu..

  4. admin says:

    hoho kita ada chemistry

  5. Alicia says:

    @admin, zaid, drpd ko beli 1TB better u take 1TV. boleh tengok TV dlm bilik…hehehe

  6. admin says:

    hahaha berapa banyak tv daaa… alice ko beli la satu tv… mesti ko bosan kan kat dalam bilik…

  7. Alicia says:

    tulah zaid, semua bende sy tak tau sekarang..pasni sy nak beli paper je lah…nak rajinkan diri membaca berita…

  8. admin says:

    ala alice tak perlu beli paper pun tak apa… tak ada tv pun tak apa… sekarang semua dah ada kat internet… suratkhabar online pun banyak utusan.com.my, bharian.com.my, hmetro.com.my…. kalau kau bosan boleh je tengok movie online… lebih hebat.. lebih jimat… cuma kepuasan je la… kalau ada tv boleh baring atas sofa…. huhu

  9. Alicia says:

    @admin, tunggu lah aku byk duit nnti…hidup senang sket…tengok tv mcm bos..pastu sambil makan..

  10. Unknown says:

    Heelo Zaid, nak tanye, u record video through webcam guna software ape ye?

  11. admin says:

    hye unknown… video tu guna software Youcam software ni memang dah tersedia ada kat laptop HP saya ni masa beli dulu…

    cuba try download kat sini… huhu http://rs7.rapidshare.com/files/246310360/YouCam3O18117429-.rar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *