Lawak : Kenapa Aku Penat Bekerja?

Lawak apakah ini yang aku dapat dari email ni… hahaha tapi memang ya pun aku memang penat bekerja.. jadi dengan itu secara rasminya esok aku nak bercuti dengan kawan-kawan BAIK aku ke Cherating lagi… malam ni kami bertolak pukul 2pagi, banyak betul halangan dan rintangan  untuk percutian kali ni tapi buat masa sekarang semuanya berjalan dengan lancar… yahooo…. apa-apa pun semasa ketiadaan aku korang layan je la cerita lawak kat bawah ni yek..

KENAPA AKU LETIH BEKERJA…..

Selama beberapa  tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam  hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya
berlaku (the real  reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di  bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah
benar dan bukan rekaan aku

Populasi penduduk  Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara.

Jadi  tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.

Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,  sekolah, kolej,

Universiti dll).

Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh  buat kerja

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi
tak buat kerja.

Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3  juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal

diorang nie nak kerja  macam mana… tinggal dalam hutan.

Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat  kerja….

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja,
surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena
buang kerja dll).

Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat  kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini

berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke
atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).

Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….

Sekarang ini mengikut  bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam
penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.

Jadi dah tinggal 2 orang  yang boleh buat kerja…

Dan 2 orang itu adalah engkau dan  aku…

Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main
internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat
kerja langsung… jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia
nie…

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit….  dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk  kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian  Pertahanan, Jabatan Tenaga Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Lawak : Kenapa Aku Penat Bekerja?

  1. Great post. I used to be checking continuously
    this weblog and I am inspired! Extremely helpful information specifically the remaining phase :
    ) I deal with such info much. I was seeking this certain information for a very long time.
    Thanks and best of luck.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *