Blog Kembali Pulih Dari Selsema BABI!

Lama jugakan aku tutup blog kesayangan aku ni, hampir 2 minggu aku tak update apa-apa, bukan apa aku saja bawa diri yang terguris ni dari makhluk-makhluk atau parasit yang tidak diundang. Lantak la semua perkara tu dah aku lupakan, apa yang didalam fikiran aku ni biar aku saja lah yang tahu. Kalau nak dihebohkan kat blog aku ni kang mau perang dunia meletus kembali. Jadi lepas ni apa orang nak kutuk ke nak apa ke peduli apa aku.. aku punya blog… aku punya sukalah.. ada aku kesah?.. hahahaha

Okey setelah hampir dua minggu aku tak update blog ni banyak cerita yang aku nak kongsikan kat korang semua. Sekarang ni kan musim H1N1 melanda, jadi aku kenalah berhati-hati. Tahap kebersihan apabila di tempat awam pun perlu jaga. Lepas dan bersin atau batuk tu sila-sila basuh tangan ye. Aku sebenarnya baru baik dari demam, mana taknya budak-budak office aku pergi bercuti kat Sarawak so aku terpaksa la cover mereka kerja 16jam tiap-tiap hari… tidur pun macam ayam je.. dua tiga jam dah bangun pergi kerja balik.. tu yang buat aku letih dan penat sampai demam, dah la bilik kerja tempat aku kerja tu pun kecik kalau sorang batuk semua mesti berjangkit… sorang selsema semua selsema…

Hari khamis lepas aku sempat pergi klinik panel untuk buat pemeriksaan kesihatan aku, mana la tahukan kot-kot ada H1N1 ke… cuak gak sebab batuk dan selsema aku tak baik-baik dah dekat tiga minggu.. masuk je pintu klinik tu aku jumpa auntie dan kakak india yang bekerja kat klinik panel tu… diorang ni memang peramah bila jumpa aku ada saja cerita nak dibualnya. Aku masuk je klinik aku tengok auntie pakai mask muka untuk elak H1N1.. aku terus je buat lawak cakap yang antie tu ada H1N1 hahahaha… tergelak auntie tu…  last-last dia kasi aku dan member aku satu mask supaya tak berjangkit… mana la tahukan kot-kot kat klinik tu ada pembawa H1N1 kan…

30072009_001

Auntie dan kakak india tu sempat lagi buat lawak cakap aku pakai topeng muka ni nampak macam ninja turtle.. hahahaha dah la klinik tu orang ramai sakit… bila diorang buat lawak aku ngan member (rina) apa lagi terbahak-bahaklah gelak… sampai pesakit lain semua pandang semacam kat kami hahahaha…

Lepas je buat pemeriksaan doktor aku bebas dari H1N1 dan aku cuma menghidap selsema ringan dan ada tonsil kat tekak, demam pun sederhana je,  cuma bila cek darah tinggi aku naik 160/80 kata doktor normal 120/80 lagi pun aku ni muda lagi jadi tak sepatutnya tinggi macam tu,  hhoho setiap kali cek macam tu je… sebab tu la aku cepat hangin… memang cepat naik darah hahaha… doktor cakap lepas baik selsema dan batuk ni buat pemeriksaan sekali lagi untuk darah tinggi… kata doktor lagi aku kena kurangkan stress di rumah dan di pejabat, aiyoookkk kene kawal makan ni…. dan nak mula bersenam keluarkan peluh…

P/S : Harap-harap bulan puasa ni selain dari beribadah kepada Allah S.W.T dapat juga aku kuruskan badan… 😛

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *