Rahsia Nama Dari Facebook Apps

Benda ni dah lama aku perasan kawan-kawan jemput ambil bahagian dalam aplikasi Facebook ni… tapi baru hari ni tergerak nak jenguk. Kat sini aku cuba-cuba la tengok rahsia nama aku Mohd Zaid Othman kat aplikasi ni. Huh agak betul gak tapi tak boleh percaya 100% just nak jadikan panduan tu boleh la..

M : Kejayaan mudah datang kepada anda. (nak kata berjaya tu tak la..aku SPM pun kantoi..  tapi mak aku cakap aku ni bertuah, mana-mana kuiz aku masuk gerenti menang.. kalau tak 1st prize saguhati pun mesti dapat hehehe kalau korang nak tahu kebanyakan barang dalam rumah aku ni adalah hadiah dari kuiz-kuiz yang aku masuk hahahaha)
O : Seorang berfikiran terbuka. ( Ya aku seorang yang berfikiran terbuka, bukan jenis hipokrit punya orang haaa…)
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang. (Ermm yang ni salah… aku lebih suka mencari kesalahan orang lain dari kesalahan aku sendiri..)
D : Sukar mempercayai orang lain. (Ya aku ni memang susah nak percaya orang especially orang yang baru aku kenal.. tapi aku juga mudah diperdaya dan terpedaya oleh orang yang aku percayai..)

Z : Anda selalu bergaduh dengan seseorang. ( Ya, tak caya tanya budak-budak sekolah aku dulu, atau pun tanya Siti kat tempat aku bekerja… sengaja je aku cari gaduh ngan dia hehehehe… tapi sebenarnya bukan gaduh tapi bergurau secara kasar je.. )
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu. ( Ya!, aku seorang yang periang, tapi bila aku terlalu memikirkan sesuatu perkara tu aku akan mula ubah sikap seperti seorang yang sangat-sangat pendiam.. huh bahaya ni..)
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum. (Ya, aku sangat periang orangnya, dan suka buat lawak.. dari sekolah, tempat kerja dan di rumah… tanyalah siapa saja yang mengenali aku pasti akan ketawa terbahak-bahak)
D : Sukar mempercayai orang lain. (Sama seperti diatas)

O : Seorang berfikiran terbuka. (Sama seperti diatas)
T : Anda memiliki sikap canggih, amat canggih. (ermmm yg ni tak pasti la… canggih ke aku ni?… mungkin ya juga sebab aku suka bab-bab IT ni sejak dari kecik lagi… bayangkan umur 11tahun aku dah pakai internet… huhu korang umur 11 tahun dulu dah pakai internet?… kesiann…. hehehehe)
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang. (Sama seperti diatas)
M : Kejayaan mudah datang kepada anda. (Sama seperti diatas)
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu. (Sama seperti diatas)
N : Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan. ( Yang ni sudah semestinya betul.. aku ni memang workaholic tapi dalam satu-satu masa tu aku perlukan ketenangan dan rehat yang secukupnya.. kalau tak kerja pun tak happy dan tak syok)

Kejayaan mudah datang kepada anda.Seorang berfikiran terbuka.Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.Sukar mempercayai orang lain.Anda selalu bergaduh dengan seseorang.Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.Anda memiliki sikap canggih, amat canggih.Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.

“Di situ kita mungkin kenal diri kita, buatkan juga untuk pasangan kita dan tengok persamaan, jauh dari perbezaan. Hendak cari perbezaan memang seratus kita akan jumpa dan hendak cari perbezaan, seribu yang akan menjelma.

Tak wajib betul harus salah, setakat suka-suka, sekurang2nya kita ada panduan utk mengenal pasangan kita, atau saingan kita. Semuanya ALLAH punya kuasa, tapi tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yg tersembunyi. Kalau sekarang baru tahu bukan bermakna ia tak ada, tapi kita yang belum jumpa.

Akhir kata, selamat bercinta buat kali pertama dan itulah yang pertama dan terakhir. Cinta untuk cita-cita kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.”

-H. M. TUAH ISKANDAR

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , . Bookmark the permalink.