Makcik Oh Makcik

mm_pro_transformer_img01

Petang tadi sebelum saya pergi kerja (hari ni shift petang) saya singgah kat Petronas untuk isi minyak motor, jam dah pukul 2.30 petang saya patut punch card pukul 3, arrhhh sah-sah dah lambat… jadi terpaksa juga la isi minyak motor yang dah kontang tu. Kebetulan gaji dah dapat pastu kena bayar duit kereta, duit kredit kad, duit itu ini lagi… jadi alang-alang tu singgah jap la kedai Petronas yang menyediakan ATM dan cash deposit. Memang senang kat Petronas ni semua ada dalam satu hari boleh selesaikan semua hutang-hutang tertunggak.

Lepas bayar semua bil tu saya pergi la isi minyak motor, ‘pum nombor lapan ye kak’ saya pun terus gerak kat motor untuk isi minyak. Belakang saya ada sorang makcik tua yang terhegeh-hegeh nak buka tempat duduk motor dia untuk isi minyak gak. Saya pun buat bodoh je la sebab nak cepat.. tu pun dah lambat sebenarnya. Tiba-tiba sapa makcik tu untuk mintak bantuan. Saya ni jenis peramah sikit, pantang tengok orang dalam kesusahan. Jadi walaupun dah lambat saya tetap membantu makcik tu buka sit motosikal anaknya yang baru tu. Alamak yek.. susah pulak nak bukak sit motor anak dia ni. Saya ni bukannya pandai pun kalau motor dah berlainan jenis ni. Ambik masa dekat 5minit gak la nak buka sit motor tu… huhu nasib baik la saya ni jenis penyabar orangnya.. kalau tak dah lama saya tinggalkan makcik tua tu terkontang-kanting sorang-sorang buka sit motor tu.

Lepas dah buka sit motor tu dia minta saya tolong isikan minyak dia pulak. Alamak ai makcik saya dah lambat ni.. hehehe tapi saya cakap dalam hati je la.. sambil tu saya borak-borak gak ngan makcik tu dari mana nak kemana.  Rupa-rupanya dia baru lawat anak dia masuk hospital sakit apa tah saya lupa pulak nak tanya. Makcik ni pulak terpaksa tonggang motor walaupun dia jarang-jarang bawak motor, maklumlah orang tua, saya cakap kat makcik tu ‘makcik minyak ni banyak lagi, kenapa nak isi?’, makcik tu cakap dia takut kalau-kalau kat tengah jalan minyak habis. Sebab sebelum ni dia pernah tolak motor tu sorang-sorang sejauh 2 kilometer. Aduh kesiannya makcik tu.. tak ada orang nak tolong ke..

Tak apalah makcik bersabar je la banyak-banyak, saya doakan supaya anak makcik tu cepat sembuh dan boleh bantu menyara makcik satu hari nanti ye. Saya pun selalu ingatkan diri saya ni supaya sentiasa menolong orang yang susah walaupun hari ni saya terpaksa punch card lambat… kalau kita ingat kita susah.. mungkin ada orang lain yang lagi susahkan…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.