Disagree Band – To Prevent The Earth From Moving With You @ Hard Rock Cafe Malaysia

disagreeband_0114

disagreeband_0039

Hari ini bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur berlangsungnya satu majlis pelancaran album terbaru dari kumpulan rock alternatif iaitu kumpulan Disagree. Mereka terdiri daripada Zahid (Vocal/Guitar), Aziz (Bass), David (Guitar) dan Hamka (Drams). Saya sendiri selaku media yang hadir membuat liputan amat senang dengan kumpulan ini. David yang sentiasa tersenyum dan Zahid yang peramah sampai ke meja kami dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran kami serta memberi salaman.

Popular selepas album pertama mereka “At the End of the Day” dengan lagu-lagu hits seperti “Crumbs”, “Suicide Note” menjadi siulan ramai suatu ketika dulu. Kini anak-anak muda dibawah label Fat Boys ini telah merevolusikan diri mereka dengan sebuah hasil tangan yang sangat hebat. Album kedua terbaru mereka “To Prevent The Earth From Moving With You” dengan susunan lagu yang lebih segar seperti “Osaka” “Haley” dan “The Tiniest Moment” bakal hangat di corong-corong radio dan TV.  Kali ini alunan muzik mereka boleh dikatakan lebih matang dan sedap telinga mendengar.

Pada sidang perasmian itu mereka telah menyanyikan beberapa buah lagu yang disaksikan oleh pihak media serta 100 peminat terpilih. Ramai diantara meraka menyatakan bahawa album kali ini sangat unik dan bertenaga. Bagi saya selaku blogger yang dijemput hadir membuat liputan mendapati lagu-lagu pada album terbaru ni memang sangat-sangat best, ye memang layan gila la, dan meterial-meterial yang mereka berikan sangat bersesuaian dengan pasaran sekarang.

disagreeband_0050

Saya berharap kumpulan Disagree akan terus maju dalam usaha memartabatkan lagu-lagu Malaysia di mata dunia. Dengan harapan supaya album terbaru akan datang pihak Disagree akan selitkan satu atau dua lagu melayu untuk peminatnya.

disagreeband_0062

– David selaku gitaris baru kumpulan Disagree, memberi persembahan yang cukup bertenaga semasa pelancaran album mereka.

Kepada mereka yang masih belum ada album To Prevent The Earth From Moving With You sila dapatkan di pasaran sekarang dan belilah yang original. Untuk dapatkan gambar-gambar semasa majlis pelancaran album kumpulan Disagree ini sila ke Gallery atau sila ke Gigmalaysia.com untuk dapatkan info tambahan dan terkini mengenai band ini.

Sejarah – Rujukan http://ms.wikipedia.org/wiki/Disagree

Pada tahun 1995, kumpulan Disagree diasaskan oleh Zahid dan Hamka ketika di bangku sekolah menengah. Bersmaa ahli-ahli lain, Lan dan Amir, kumpulan ini membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur dan merakam demo pertama mereka, Never Cry Wolf pada tahun kemudiannya. Menurut Zahid, studio di mana mereka merakamnya ialah Bach & Traz, dan studio tersebut gulung tikar seminggu selepas itu. Tambah beliau, mereka mampu merakam 10 lagu, dan hanya dua daripadanya diselamatkan untuk didendangkan dalam persembahan.[1]

Pada tahun 1997, dengan bantuan sebuah label independent, kumpulan Disagree merakam demo keduanya. Malangnya, hajat tidak kesampaian akibat kekalutan dalam label. Semenjak itu, ahli-ahli menumpu perhatian mereka pada perkara lain, maka berkuburlah kumpulan muzik itu selama dua tahun.[1]

Kumpulan Disagree bangkit semula setelah Zahid dan Hamka diajak untuk menyertai konsert Rock the World yang julung kali diadakan, di 1 Utama. Kumpulan itu bermain di hadapan 10,000 orang, dan ini menggalakkan kumpulan ini untuk berkumpul semula dan merakam muzik. Namun begitu, Lan dan Amir meninggalkan kumpulan itu, lalu diganti oleh Aziz dan Ashroff.

Pada tahun 2001, Disagree merakam demo baru yang dijadikan sebahagian fenomena Homemade Jam di Malaysia. Demo itu diputarkan di Wow FM (kini tidak wujud) dan hitz.fm lalu berbagai-bagai majalah memberi ulasan yang positif secara mendadak.[1]

Kumpulan ini mula makin giat dalam persada muzik setelah memikat perhatian para penganjur. Pada tahun 2002, Fat Ant Music Festival diadakan dan kumpulan Disagree hadir di situ untuk melariskan muzik mereka. Pada lewat tahun yang sama, Disagree membuka konsert ‘Rock the World II’, salah satu pencapaian terbesar mereka, lalu terus menyertai konsert Rock the World seterusnya. Semenjak itu mereka menjadi hadirin wajib dalam konsert Rock the World tahunan ini.

Pada tahun 2003, sewaktu Rock the World III, Fat Boys Records, satu label independent yang diketuai Jason Lo dan ketika itu sudah menandatangani kumpulan Naked Breed, menunjukkan minat terhadap Disagree. Sambil berbincang dengan label itu, kumpulan Disagree bersedia merakam album sulung mereka. Setelah 10 bulan, termasuk kerja mastering di California, album At the End of the Day 11 runut ini dikeluarkan pada 10 Februari 2004.

Pada tahun 2005, kumpulan Disagree mula meraih anugerah, bermula dengan Anugerah Putaran Terbanyak di Anugerah Malaysian English Top 10 Awards hitz.fm sulung, diikuti dengan Artis Bahasa Inggeris Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-12.[2]

Pada tahun 2006, mereka bergandingan dengan kumpulan Pop Shuvit untuk menghasilkan lagu dan video muzik yang ditujukan kepada peminat bola sepak sempena Piala Dunia FIFA 2006. Penghasilan lagu bertajuk Football Mad Nation dan videonya ditaja oleh Celcom.[3]

Pada tahun 2007, kumpulan Disagree terlibat dalam Nokia You Make It Reel, pertandingan bagi pengara video muzik baru. Pada tahun yang sama, mereka menyertai Ikon Malaysia.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *