MJ Hitam Putih Kehidupanmu

iy57xftv

Terlopong sekejap aku tadi kat office bila kawan aku dapat sms dari boyfriend dia yang mengatakan Michael Jackson dah meninggal dunia hahah betapa kunonya kami kalau kat office, Malaysia gempa bumi pun tak tahu… kene ada orang sms baru la tahu… Kematian Raja Pop Michael Jackson awal pagi ini akibat serangan jantung mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa yang tiada penggantinya. Dulu hitam sekarang dah putih, tapi sampai akhir hayat tanggung azab. Media melaporkan yang dia dah masuk islam suatu ketika dulu, ermmm tak tahulah ye atau tak kan.. cuma Allah saja yang tahu. Tapi rasanya tak salahkan kalau kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Michael Jackson atau nama islamnya Mikaeel …. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Lagu-lagunya masih lagi kedengaran kat telinga aku ni walaupun aku hanya meminati beberapa lagu dari dia je. Tapi lagu-lagu dia sungguh simbolik dan penuh makna tersendiri. Dengan kehabatan tarian dikenali sebagai tarian robot dan moonwalk dia tu cukup membuat sesiapa saja terhibur. MJ dalam kenangan, dengar kata selepas dia masuk islam dia ada buat record lagu keislaman kalau nak tahu tengok Youtube kat bawah ni… tapi aku tak pasti la betul atau tak..

Give Thanks to Allah Muslim

Antara lagu MJ yang aku minat sampai sekarang… Michael Jackson – you are not alone

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to MJ Hitam Putih Kehidupanmu

  1. Alicia says:

    nama Islam dia bukan mikail kah? ….well, sy pun suka lagu micheal jackson…”beat it”…. tapi sy kesianlah tengok dia ni..bila baca komen org lain lepas dia meninggal, kebanyakkan dorg pertikaikan pasal life dia….. apa2 pon kita doa je lah untuk dia eh… semoga dia bahagia d tempat lain… we can’t judge him coz kita pun sama juga macam dia…manusia yg tidak sempurna…who know, sebelum dia meninggal dia sempat bertobat….mungkin dia lebih suci dr kita kan..

  2. admin says:

    @Alicia,

    ye apa pun agama dia kesalahan dia hanya tuhan saja yang tahu dan biar tuhan yang buat pengadilan..

  3. dakosue says:

    apa la ko ni yed lain kali belilah paper bwk opis atleast tahulah perkembangan dunia apa jadi skrg ni huhu…

  4. Bugil says:

    Testing2 1 2 3

  5. admin says:

    kalau kat office memang aku je yg beli paper su.. nak arap yg lain ampeh.. lagi2 la si rina tu.. asik nak meminjam je surat khabar aku hehehe…

  6. admin says:

    4…5…6…

  7. fazarudin says:

    salam tuan tanah , nice blog kamu ni…. sebut pasai Jacko ni , aku suke lagu earth song ngan smooth criminal …sebut pasal smooth criminal tu , gempak lah dia buat tarian anti graviti … pakai kasut special tu…. kesian arwah…hidup dia diselubungi kontroversi ( itu sebelum dia islam ) , then hutang byk lak tu..camne la nasib anak2 dia tu…. sebut pasal islam lak , wallahualam.. hanya Allah yg mengetahui… dia lafaz je kalimah syahadah , dia ibarat anak2 kecil yg baru lahir… Alfatihah

  8. admin says:

    salam bro… tu la walaupun semasa hayatnya dibebani hutang, tapi selepas kematiannya aruah banyak dapat publisiti…hari tu ada terbaca surat khabar, mengatakan selepas dia meninggal ni wang royalty dia tu je dah mampu untuk langsaikan semua hutang-hutangnya… siap ada lebih lagi… ya dia sungguh istimewa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *