Transformers 2 : Revenge Of The Fallen

Yahoo akhirnya tercapai gak hajat aku nak tengok movie Transformer 2 ni hehee sebelum tu aku kenalah transformkan diri aku jadi robot huhu. Petang tadi aku, mak dan adik gi tengok kat Jusco Cheras Selatan dekat je ngan rumah aku. Punya la aku booking online semalam guna kredit kad last-last kene reject. Hangin satu badan sebab router aku la.. baru nak send tetiba disconnect. Arhhh last-last pegi beli terus kat kaunter lah jawapannya. Nasib baik tengok siang orang tak ramai, tu yang best.. hehehe

25062009

Tiga tiket RM30, kalau beli online RM31 hhehe.. nasib baik orang tak ramai..

25062009_001

Mak aku pun nak tengok cerita ni,.. memang bestlah.. mak lepas ni boleh la buat cerita SC-FI macam ni ye..

Mula-mula cerita dah best banyak aksi dan robot baru diperkenalkan. Tapi plot cerita dia terlalu pantas sampai ada beberapa part yang aku terlepas, dan ending dia pulak macam tak berapa best (nak sambung part 3 la tuh). Arhhh tak boleh jadi ni, mesti tengok lagi ni tiga empat kali baru paham hehehe.. aku ni senang lupa. Apa-apa pun tiket RM10 tak rasa membazir tengok cerita SC-FI macam ni. Agak-agak boleh tak dinovelkan?.. aku nak suh mak aku buat cerita SC-FI la.. mesti hot punya. Tapi sekarang ni tau-tau je la orang semua nak cerita cinta je. Tak apa la apa-apa pun sesiapa yang tak tengok lagi cerita ni di sarankan supaya tengok cepat. Aku bagi 5 bintang dan 7/10 rate kepada cerita Transformers 2 ni..

Oh ye sebagai saguhati aku kasi 1 wallpaper Transformers Revenge Of The Fallen untuk di muatturun… selamat menonton..

Download1 (Save as) : http://www.mohdzaid.com/wp-content/uploads///2009/06/mzaid1.jpg

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Transformers 2 : Revenge Of The Fallen

  1. tyka says:

    zaid , best eks ,,
    wah mau try tgk jgak ni …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *