Apabila Novel Ibuku Tiada Dipasaran!!!

Hangin satu badan aku kat kedai Popular (Cheras Selatan) dan MPH (Sg.Wang), bila cari buku mak aku (Belahan Jiwa) tak ada!!.. apa top 10 ke buku mak aku tu?.. atau pekedai dah tak nak jual?… bila aku pergi je kat Popular/MPH tak abis-abis buku novelis-novelis fofular je kat rack depan, ada tu satu line rak tu buku dia je… hahaha ni bukan nak martabatkan penulis baru bahkan memperkeciklan mereka. Macam mana penulis baru nak berjaya kalau tak ada sokongan dari mereka! (Pekedai).

Aku tahu la novel mak aku tak la begitu HITS sampai nak masuk TV ke surat khabar ke tapi apa salahnya bagi dia peluang. Aku tanya kat budak jaga kaunter Popular tu mintak dia cari kat sistem, punya la lama nak tunggu agak-agak dalam 10minit kot last-last budak tu cakap ‘Novel Belahan Jiwa Dah Abis’ aikk dari gaya bahasa dia macam buku tu laris. Kalau laris kenapa tak order lagi..?.. kalau orang lain nak beli macam mana?..

Ok bagi sesiapa yang nakkan Novel Belahan Jiwa (Zara Aluwi) ni tetapi tak ada kat pasaran terdekat boleh order online melalui website ni – http://www.nbkara.com.my/ penghantaran adalah percuma!.

Kepada publisher/pekedai pulak jangan la diskriminasi terhadap penulis-penulis baru. Banyak lagi karya best dari mereka dan jangan diperkecilkan. Apa korang ingat penulis ‘top’ ‘hot’ ‘pot pet’ tu best sangat ke novel mereka?… hahahaha..!! jangan marah ye nanti kene jual. Aku cakap ni dari luahan hati aku yang agak marah dengan pekedai-pekedai ni… jangan asik nak kaut untung hebat je, tapi kualiti hampeh…

Kepada pembaca pula bukan aku nak paksa, tapi aku tengok pembaca sekarang ni tertumpu kepada novel cintan cintun je. Orang tua kata apa ‘romen-romen’ hahaha apa salahnya lepas ni korang baca novel Sceince fiction ke seram ke baru mencabar.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Apabila Novel Ibuku Tiada Dipasaran!!!

  1. Norazila says:

    tu ler… cintan cintun… tapi itu yang di suka untuk di baca… jiwang jiwang… romen romen… ha ha ha…

    dah habis baca berangan…

    dah kawen mula lah… buat bandingan.. hati dha tersemat keindahan membaca novel cinta…

    kah kah kah

    satu je nak ty… saya nak cari diari bonda yang ke-4, ada?…

    saya nak tau apa kesudahan ceritanya… rohani din … kemana kau…

  2. Alicia says:

    kan bagus kalau novel ni ada softcopy….samada dlm bentuk movie or org bercerita…sure sy beli coz sy malas membaca…apa kata korg try buat script lakonan. pastu antar dekat …..(dekat mana eh??? lol…aku pun tak sure)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *