HaCkEd By 1923TuRk-GrUp_K@RIZM

Dari sehari ke sehari aku nak letak post ni, tapi baru hari ni teringat.. hehehe hari tu laman web yang aku buat irisuriaglobal.com kena hack dengan hackers dari Turki. Ayoo-yoo… apasal la web ni yang jadi mangsa… tau la aku ni tak pandai sangat tentang sekuriti web ni jadi janganlah menyusahkan aku.

Sekarang ni tak pasal-pasal aku kena baiki web tu semula. Dah la aku tengah banyak kerja sekarang ni. Tak apa lah nak buat macam mana. Tapi sebenarnya bagus juga orang hack meng hack ni, kat situ kita boleh tahu yang web script dan hosting tu tak berapa selamat..

Untuk pengetahuan korang, web aku dan web irisuriaglobal ni dah beberapa kali diserang oleh hackers Turki. Kenapa yek diorang nak serang aku? dah tak ada kerja lain ke diorang ni? apa-apa pun aku berharap supaya mereka ni menghentikanlah kerja-kerja tak berfaedah ni terhadap masyarakat. Gunakan kemahiran tu untuk cari kerja kat kerajaan ke atau kat bidang swasta. Banyak lagi web-web yang perlu disekuritikan macam web kerajaan atau perbankkan..

Ok ni screen shot web irisuriaglobal selepas dihack.. siap ada lagu turki lagi hehehe… apa-apa pun kepada tuan milik web irisuriaglobal.com sila beri saya masa untuk perbaiki web anda… Yahoo!!

HaCkEd

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com